epilogue💌

136 7 2
                                    

Dean P.O.V
Pejam celik pejam celik. Dah masuk setahun aku jadi suami si Fee. "Abang, bangunlah"kata Fee yang sedang bersiap siap depan cermin.
"Abang rasa pening kepala la sayang"kataku seakan inginkan perhatian. "Jet lag lah tu,
pergilah mandi cepat, kang lambat sampai"kata Fee lagi. Aku cuba menguatkan diri dan melangkah ke kamar mandi.

Daisy Hafeeya P.O.V
Aku dan Dean melangkah keluar dari hotel sambil berpegangan tangan. Now, we are officially at Okayama, Jepun. Hari ini, Dean ajak aku pergi melawat kubur arwah ibu dan Nek Yui.

"Abang, before that Fee nak pergi beli bunga dulu"kataku lembut dan Dean mengangguk lembut. Kami berjalan beriringan ke arah florist berdekatan dan seperti biasa, dua jambak daisy putih kubeli. Selesai membeli, Honda Accord Dean meluncur laju membelah jalan di Okayama menuju ke Ibaraki. Sepanjang perjalanan Dean banyak mendiamkan diri.
Dia mengadu dia tak sedap badan dari semalam. Panadol sudah ditelan pagi tadi.

Dean P.O.V
Sampai di kawasan tanah perkuburan,
Fee masuk dahulu meninggalkanku kerana aku terasa ingin muntah. Dah kenapa lah aku ni, selalunya naik flight dari Venice balik Malaysia elok je. Salah makan la ni kot.
Dalam 5 minit aku pergi ke toilet dan aku terus mencari kelibat Fee. Dia sedang membaca Yaasin di samping kubur ibu. Tanpa ragu ragu aku duduk di sebelah dia. Fee tersenyum lembut dan menyerahkan lagi sebuah surah Yaasin ke arahku. Lalu kami sama sama mengalunkan surah tersebut.

Hati aku berbunga bunga melihat situasi ini. Alangkah indah kalau Ibu dan nenek masih ada dengan kami. Mesti mereka happy tengok aku dan Fee kahwin. Tapi, nak buat macam mana kan, mati itu pasti. Siapa lah kita nak melawan takdir Allah. Aku yakin, Ibu dan nenek masing masing berada di tempat yang jauh lagi baik dari dunia yang bersifat fana ini. Tenang lah di sana dua jiwa yang paling aku rindui.

Sebelum pulang, kami bersama sama mencabut rumput rumput liar yang menjalar di atas tanah perkuburan nenek dan Ibu.
Suasana terasa sedikit hiba apabila mahu meninggalkan tempat itu. Fee tidak lupa meletakkan sejambak bunga Daisy di atas kubur nenek dan Ibu. A typical Fee. Daisy is her symbolism.

Daisy Hafeeya P.O.V
Pulang dari tanah perkuburan ibu dan nenek,
Dean mengajak aku ronda Okayama.
Sekarang tengah spring. Suasana di Bumi Nippon ini is aesthetically pleasing.
Bunga sakura yang kembang mekar membuatkan hati aku menari kegembiraaan.

"Amboi sayang, suka lagi eh"tegur Dean apabila tangan aku tidak melepaskan camera Lumix -G yang Dean berikan sempena hari lahirku bulan lepas. "Cantik lah bang, haih, my favourite kind of view"kataku lembut. "Yeke your fav kind of view?Yakin ke?"tanya Dean tiba tiba. Aku memandang dia pelik. Husband aku ni dah kenapa. "Yelah bang, takkan la Fee tipu"jawabku seakan malas nak layan.

"Bukan ni ke fav view Fee?"tanya dia sambil berdiri tegak di hadapan cameraku. Lol.
Awat tak habaq hang nak bersweet kat sini.
Aku dah tergelak kecil. "Okay okay ye, you are my favourite kind of view, always, forever"
kataku dan tangan laju mengambil gambar ootd Dean berlatar belakangkan pohon pohon sakura yang berkembang mekar. Absolutely perfect.

Dean P.O.V
Aku mengajak Fee menaiki kereta api untuk menikmati detik detik terakhir kami di Jepun sebelum kami bergerak ke Venice esok. Fee dah dapat kerja dekat sana so that aku dah tak perlu nak struggle ada long distance relationship dengan dia. Hanya Allah yang tahu perasaan ni tak perlu berjauhan dengan isteri sendiri lepas ni. Kereta api yang kami naiki bergerak perlahan kerana memberi ruang untuk para penumpang menikmati keindahan alam di luar. Sangat cantik. Kelilingku dipenuhi dengan bunga Sakura. Tapi, bunga yang di sebelahku lebih menarik perhatianku. Siapa lagi kalau bukan si Daisy Hafeeya.

"Oh, sampai hati eh tengok je bunga sakura tu sampai tak perasan ada bunga lain dekat sebelah"kata dia seakan merajuk. Adoyai.
Aku menggenggam tangan dia erat sambil tersenyum lembut. "Mana ada lah!Bunga dekat sebelah ni jauh lagi cantik okay!"kataku ingin memujuk. "Janganlah senyum macam tu,
geramlah tengok lesung pipit tu!"kata dia membuatku ketawa dengan agak kuat.

"Ingat abang nak ke ada lesung pipit"kataku sambil cubit pipi kanan Fee yang kelihatan agak tembam di mataku. Gerammm!
"Eee sakitlah"kata dia sambil memegang pipi dia yang dah kemerahan.
"Since when wife abang chubby macam ni?
Bukan dulu kurus sikit ke?"tanyaku lagi ingin mengusik. Fee dah mula muncung. Hahaha,
alahai. Sumpah geram!"Alolo, siapa buat sayang abang ni, biasa lagi dia ye!"kataku membuat Fee ketawa kecil. "Mengada"kata dia dan memperkemas pegangan tangan kami.

"Fee, abang rasa macam nak-"kataku dan tanpa sempat Fee berbuat apa apa aku termuntah di atas riba dia. Alamak!Nasib baiklah tiada penumpang lain berdekatan dengan kami.
Yang paling dekat pun selang 4 baris dari sini.
"Abang okay tak ni?"tanya Fee yang tangan dia ligat menggosok belakangku sambil membersihkan baju dia. Selepas itu dia menyuruh aku untuk ke toilet. Sampai sahaja di tempat duduk kami tadi, Fee takde kat tempat duduk dia. Dah kemana pulak wife aku ni. Tukar baju la kot.

Daisy Hafeeya P.O.V
Aku mendekati Dean dengan tenang. Dia kelihatan agak pucat. Kesian dia.
Dia terlelap sekejap. Aku mengambil kesempatan ini untuk meneliti wajah manusia handsome depan mata aku ni. Ceh!Puji husband sendiri nampak!Eh biarlah, husband aku kan, bukan husband korang ehehehe.

Aku meneliti kening dia. Sangat lebat dan sedikit terputus dekat hujung. Very attractive.
Bulu mata dia?Jangan tanyalah. Kalah bulu mata aku. Kemain panjang lagi. Lentik pulak tu. Hidung mancung bukan main, dengan bibir yang agak merah di mata aku. Absolutely perfect. Tanpa ragu ragu, aku memegang pipi dia dan Dean membuka mata. Terkejut aku.

"Gotcha!Buat apa hah?Best jadi stalker?"tanya dia dan aku hanya tersenyum. "Biarlah, stalk husband sendiri kan"kataku membuat Dean ketawa, dengan lemah. Dia penat mungkin.
"Kenapa lately ni abang rasa Fee suka tengok muka abang diam diam eh?Setiap kali sebelum tidur pun macam ni" tanya Dean lembut.
"Sebab, sebab dia kan"kataku seakan ingin menguji Dean. "Sebab apa sayanggg?"tanya dia dengan agak kuat. Ishhhhhh dia ni kan.

"Sebab Fee nak baby-D kita rupa macam abang"kataku polos membuat mata Dean membutang. "What?can you repeat that again?
Baby-D? Who?"tanya dia inginkan kepastian.
"Ni, baby kat dalam ni"kataku sambil meletakkan tangan dia di atas perutku yang masih kecil.  "Ya Allah, sayang pregnant ke?"soal Dean sambil mulut dia tidak habis habis mengucapkan rasa syukur kepada Allah.

Ye, aku pregnant. Dah masuk sebulan. Nak bagitahu Dean, tapi dia busy uruskan kerja kat Venice lately ni. "Oh!Abang dah tahu kenapa abang asyik muntah muntah je dari tadi. Ini lah sebab dia!"kata Dean dengan girang. "Muntah pun happy ke?"tanyaku. "Kalau untuk sayang, segala morning sickness abang sanggup hadap"kata dia buat aku tersenyum.

"Thank you sayang for everything, thank you for letting me to be your husband, thank you for being the best wife for me for the past 12 months, many many years to go okay sayang?no words can describe how much I love you, you're so precious to me, I can't imagine my life without you by my side. The first person that I want to see after I woke up is you, forever & always, now, you're carrying a baby, our baby, Allahu, I can't explain how I feel right now, I feel so blessed, I hope Allah will always protect you from any danger, this man, your husband, just want to say he loves you so much, so freaking much, let's be a happy lovebirds till Jannah,
happy 1st anniversary my wife, te amo Mi Fiore"kata Dean syahdu sambil mengucup dahiku lembut dan kami sama sama menikmati sunset terakhir kami di negara Jepun ini.
Sayonara, Japan, Bonjour, Venice!
Sincerely from,
Dean's Fiôre

fiôreWhere stories live. Discover now