Jangan baca!

7 0 0
                                    

Bahagian 2

Beberapa hari yang lalu aku berhempas pulas menyiapkan diri untuk menghadiri sesi temuduga di syarikat penerbitan tersebut dan semoga segala usaha ku ini nanti akan membuahkan hasil. Segala maklumat berkaitan dengan cara menghadapi sesi temuduga aku cari di internet, baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda sudah aku seterikakan awal petang kelmarin. Rasa teruja dan cemas saling menerpa tiap kali aku berfikir tentang bagaimana keadaan aku esok.

Awal pagi lagi, aku sudah bangun dan terus mandi kerana kalau ikutkan jadual sesi temuduga tersebut aku perlu sampai disana sebelum pukul 10 pagi. Selesai mandi aku terus menyarung baju kemeja dan memakai seluar slack yang aku pinjam dari kawan ku Azlie. Dengan mengunakan pengangkutan awam,Land Railway Transit( LRT) aku pergi ke ibukota kerana ku kira sekiranya aku pergi menggunakan motorsikal untuk pergi ke ibukota nanti takut pula penampilan ku berserabut nanti tambahan pula, jika aku tidak bernasib baik nanti takut pula dengan hujan akan turun dengan tiba-tiba pasti merencatkan segala rencanaku nanti.

Dalam pukul 8 lebih pagi, aku sudah pun sampai ke ibukota dan terus berjalan mencari bangunan syarikat penerbitan tersebut mengikut alamat surat yang aku terima tempoh hari. Walaupun sudah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke ibukota tapi hampir semua tempat disitu sudah dapat ku hafal kecuali kalau ada perubahan terbaru sepanjang tempoh setahun ini.

Setelah jenuh berjalan kaki disekitar ibukota dan bertanya pada orang disekitar, akhirnya aku dapat juga menjumpai bangunan tersebut yang tersergam indah dan ada lima tingkat tingginya, tapi disebabkan aku berjalan kaki tadi dengan pakaian kemeja lengan panjang, terasa agak panas dan peluh keluar membasahi disekitar kening ku dan terus aku ambil sapu tangan didalam poket beg sandang yang aku bawa tadi untuk mengelap peluh serta mengemaskan penampilan ku agar tidak kelihatan kusut masai...terasa sedikit menyesal juga kerana aku terlalu awal memakai pakaian kemas tersebut, seharusnya aku pakai baju biasa sahaja semasa bertolak tadi dan sampai disini baru aku menukar pakaian.

Hampir sepuluh minit aku berdiri  diruang tepi lobi bagi menghilangkan sedikit kepenatan berjalan dan peluhku tidak lagi keluar, baru aku segera menghampiri seorang perempuan muda yang bertugas dikaunter pertanyaan. Ku lihat wanita tersebut terus memberikan senyuman manis menyapa ku yang datang menghampirinya.

Dengan perasaan sedikit gemuruh aku memberanikan diri mengeluarkan suara untuk bercakap dengan wanita tersebut yang sudah sedia menunggu ku berkata-kata.

"Selamat pagi cik." sapa ku dengan nada lembut.

"Selamat pagi, ada apa yang saya boleh bantu encik?"

"Begini cik...saya datang ke sini sebab hendak menghadiri sesi temuduga jawatan penulis di syarikat ini." kata ku lagi dengan lebih yakin kali kedua ini.

"owh..kalau macam itu..encik kena naik lif dan pergi ke tingkat aras tiga, sesi temuduga itu akan bermula sebentar lagi."

"Baik.. terima kasih yea..cik."

"Sama-sama..semoga berjaya kepada encik." balas wanita tersebut sambil tersenyum manis.

Selesai bercakap dengan wanita dikaunter tersebut..aku langsung berjalan menuju ke hadapan pintu lif dan menekan butang membuka pintu lif tersebut. Tidak sampai seminit aku menunggu dihadapan pintu tersebut pun terbuka dan ada beberapa orang yang aku kira kakitangan disyarikat tersebut. Setelah mereka hampir keluar baru aku masuk kedalam pintu lif dan menekan butang tutup serta butang angka tiga.

Sebaik sahaja aku keluar dari dalam lif dan berjalan menuju ke pintu hadapan sebuah pejabat, dapat ku lihat sudah ada beberapa orang pemuda dan perempuan yang kukira hampir sebaya dengan aku. Mereka yang duduk dibangku panjang sambil memegang fail masing-masing ku kira mereka juga datang untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. aku pun berjalan menghampiri mereka dan duduk di kerusi yang kosong berdekatan dengan mereka sambil aku terus mengeluarkan fail berisi semua sijil akademik dan juga sijil ko-kurikulum yang pernah aku ikuti semasa dialam persekolahan dulu.

Tepat jam sepuluh pagi, satu persatu kami yang berada diruang tersebut dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik yang ku kira tempat temuduga dijalankan sehinggalah tinggal aku seorang sahaja lagi peserta bagi sesi tersebut, ku lihat jam ditangan sudah pukul 11 setengah pagi. Melihat aku tinggal berseorangan, manakala peserta kedua terakhir sebelum aku masih lagi berada di dalam bilik tersebut. Hati ku mula terasa gelisah dan gemuruh. Tapak tangan aku pada waktu itu terasa sejuk sekali dan pelbagai perkara terbayang dalam fikiranku pada waktu itu tentang apa sahaja kemungkinan berlaku didalam bilik tersebut. Mampukah aku menjawab dengan baik semua soalan yang bakal ditujukan pada aku nanti.

Akhirnya pemuda yang terakhir tadi pun keluar dari bilik temuduga tersebut dengan wajah sedikit terkilan terpapar diwajahnya, mungkin sesi temuduganya tidak berjalan dengan baik dan gagal menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Aku terleka sebentar memerhatikan gelagat pemuda tadi yang kukira sekejap lagi sekiranya aku juga tidak bernasib baik dan gagal menjawab soalan dengan jawapan yang bernas pasti aku juga berakhir hampa seperti pemuda tersebut.

Tidak lama selepas itu, nama aku dipanggil masuk oleh seorang wanita berbaju kurung bercorak bunga-bungaan dimuka pintu. sebaik sahaja mendengar nama aku disebut, secara spontan kepala aku terasa bagaikan mengembang dan bulu roma disekitar lengan ku mencacak berdiri.

Setelah membaca beberapa potong ayat al-Quran sebagai penguat hati, aku memberanikan diri melangkah dan masuk kedalam bilik tempat aku ditemu duga tersebut. Sebaik sahaja aku masuk kedalam dapat aku lihat ada empat orang berada dibilik tersebut menjadi panel menemu duga aku ketika itu, dan aku sedikit merasa lega kerana salah seorang daripada mereka adalah orang kenalan ku iaitu abang  Jeff, abang sulung kepada salah seorang rakan ku waktu disekolah dulu.

Semasa masuk tadi aku mengucapkan selamat pagi kepada mereka dan meminta diri duduk dibangku yang berada ditengah mereka berempat, tetapi sebelum aku duduk tadi..aku menghulurkan fail dan juga salinan resume kepada mereka berempat baru aku duduk dikerusi kayu tersebut.

"Selamat pagi..nama encik Ramlan bin Ahmad, betul?"

"Yea..betul encik..nama saya Ramlan bin Ahmad."

"Baiklah..cuba kamu ceritakan sedikit tentang latar belakang kamu sendiri." tanya salah seorang panel tadi yang kukira hampir sebaya dengan umur ayahku sahaja.

Tanpa ku sedar, sesi temuduga aku tadi menjangkau lebih dari 15 minit dan juga aku bernasib baik kerana hampir semua soalan yang diajukan kepada aku tadi dapat aku jawab dengan baik sekali kerana soalan tersebut sudah aku cari dilaman sesawang beberapa hari yang lepas tentang isu semasa dunia penulisan.

Bersambung...

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Feb 20, 2020 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

Jangan BacaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt