Jangan baca!

14 0 0
                                    

Bahagian 1

Ruang bilik tidur aku masih lagi suram kerana langsir dibilik tidurku masih lagi belum dibuka walaupun jam pada waktu itu sudah pukul 10 pagi.

 aku masih lagi lena tidur di atas katil bujang dengan keadaan bilik tidur aku yang sejuk kerana aircond memang sengaja dipasang aku semalaman. Kerana aku masih lagi mengganggur tidak ada sebarang pekerjaan selepas setahun tamat pengajian disebuah kolej tempatan membuatkan aktiviti aku setiap malam adalah lepak diluar bersama rakan-rakan sehingga lewat malam dan jika aku tidak keluar dari rumah, kebanyakkan masa aku habiskan dengan bermain permainan video di laptop.

"Lan! bangun..matahari sudah tinggi ni.."

jerit mak aku memanggil dari bawah kerana melihat aku masih juga tidak bangun sedangkan adik beradik aku yang lain sudah awal pagi tadi keluar rumah turun ke sekolah dan juga adik perempuan aku, Lina yang muda setahun dariku sudah dulu mendapat pekerjaan disebuah kilang mengeluarkan alatan elektronik sedang aku dalam tempoh setahun ini masih lagi tercari-cari kerja kosong yang bersesuaian dengan bidang kelulusan ku yang belajar dalam jurusan penulisan bahasa melayu falkuti media massa kerana cita-cita ku sejak dari kecil lagi...aku ingin menjadi seorang penulis cerita yang terkenal seperti penulis idolaku iaitu Awang Ramli Murshid.

Dengan rasa malas dan dalam keadaan mamai, aku gagahi juga badan ku untuk bangun dan duduk diatas tilam sambil mengosok mata ku agar dapat melihat dengan lebih jelas lagi ditambah lagi aku memang seorang yang rabun jauh dan terpaksa cermin mata sejak dari aku mula menyambung belajar dikolej lagi.

setelah mengeliatkan badan beberapa kali, baru aku turun dari tilam bujang ku dan berjalan keluar menuruni anak tangga menuju kebilik air yang terletak bersebelah dengan dapur kerana bilik tidur ku tidak ada bilik air.

"hah...tau pun bangun...nanti ayah kamu balik kejap lagi kalau tengok kamu masih lagi belum bangun tadi...habis kamu dibebel nya." tegas ibuku yang sudah masak dengan perangai ayahku yang kuat membebel kalau ada perkara yang beliau tidak puas hati sedangkan mak aku diam sahaja selalu kecuali ada perkara penting sangat baru dengar dia berleter bagai hari nak kiamat.

"ala...lan lambat tidur semalam..tu yang lambat bangun."

" sapa yang suruh? kamu tak teringin ke pergi kerja lan...dan setahun kamu menggangur tidak ada buat apa-apa." tanya ibuku yang membuatkan hatiku sedikit tersentak kerana bukan niat aku yang hendak mengganggur tapi kalau aku kerja yang bukan setaraf dengan kelulusan ku, nanti rakan-rakan sekelas aku dulu pasti mempersendakan diriku.

bukan aku tidak berusaha langsung mencari perkerjaan, hampir semua syarikat penerbitan yang aku tahu, aku pergi hantar resume dan salinan sijil-sijil kelulusan ku yang lain tapi hampa tanpa ada sebarang maklum balas...mungkin juga bukan rezeki bagiku untuk bekerja didalam bidang yang aku impikan selama ini.

Tidak lama selepas itu, ketika aku sedang duduk sambil makan kuih karipap yang ibu buat awal pagi tadi, kedengaran sebuah motorsikal berhenti didepan pagar rumah ku. Tapi sudah dapat aku hafal bunyi motorsikal tersebut dan siapa empunya kalau bukan pak cik Kumar yang bekerja sebagai posmen. setelah itu, ibu ku yang sedang menyidai baju diampaian diluar rumah terus mendapatkan surat yang dibawa oleh pak cik Kumar tadi dan membawa beberapa sampul surat tersebut masuk kedalam rumah sambil melihat nama yang dituju surat-surat tersebut.

"Lan...ada satu surat untuk kamu ni." teriak ibuku dari ruang tamu.

setelah menghabiskan segelas air kopi yang suam itu, aku pun segera mendapatkan ibu di ruang tamu dan mengambil sampul surat berwarna putih yang tertera nama penuh ku "Ramlan bin Ahmad" didepan sampul tersebut.

Tanpa membuang masa aku terus mencarik hujung sampul surat tersebut dan menarik keluar sekeping surat berwarna putih yang dilipat dengan cermat sekali. Setelah membaca isi kandungan surat tersebut dengan perasaan berdebar-debar..aku terus menjerit sambil melonjak kegembiraan kerana isi kandungan surat tersebut menyatakan aku ada mengikuti sesi temuduga disebuah syarikat penerbitan majalah yang agak terkenal di ibu negara pada minggu hadapan. Aku segera mendapatkan ibu yang masih lagi menyambung kerja menyidai pakaian di ampaian sambil aku menjerit kegembiraan.

"ibu! ibu...cuba baca surat ini..apa dia cakap?" kataku dengan penuh kegembiraan.

ibuku segera mengambil surat yang dipegangku itu dan dengan teliti beliau membaca isi kandungan tersebut dan selepas itu terpamer diwajah ibuku satu senyuman kegembiraan pabila mengetahui aku ada dipanggil untuk ditemuduga dan semoga nanti aku berhasil mendapatkan pekerjaan sebagai seorang penulis disebuah syarikat tersebut.

"syukurlah...lan, tidak sia-sia...kau berdoa selama ini, moga kau berjaya mendapatkan pekerjaan ini lan...ibu sentiasa sokong dan merestui apa jua pekerjaan yang kamu buat asalkan halal dan tidak melanggar undang-undang.

"Terima kasih bu...." kata ku lagi lalu memeluk badan ibuku dengan erat.

*********

Bersambung.....


Jangan BacaWhere stories live. Discover now