They Left Me All Alone ( Selepas Movie 1)

1.2K 79 15
                                    

Hari itu adalah hari pekerja. Semua ibu bapa yang bekerja diberi cuti. Itulah masanya untuk sebuah keluarga meluangkan masa bersama. Di Pulau Rintis, keadaan yang sama pun terjadi. Semua ibu bapa bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga mereka masing masing. Termasuklah Superhero bumi kita ini. Adudu tidak kelihatan pada hari itu. Mungkin pergi bercuti bersama mak dia juga kot.

Yaya, Ying dan Gopal, bersama ibu bapa mereka, berkumpul di Kokotiam Tok Aba. Fang tak ikut dikeranakan harus mengikuti abangnya. Mereka semua berborak senda di Kokotiam itu.

Wawa(mak Yaya) : Eh, baru mak cik perasan. Mana kawan korang, si Boboiboy tu?
Ying : Tak tahu lah, mak cik. Dari siang tadi tak nampak kelibat di Boboiboy tu.
Faiz(ayah Yaya) : Hm... Tok Aba, mana cucu mu itu?
Tok Aba : *tengah cuci cawan* Dia tengah kemas beg dia.
Gopal : Kemas beg?
Tok Aba : Haah. Dia nak balik Kuala Lumpur. Nak bersama mak ayah dia. Dah hampir setahun dia tak berjumpa mereka. Maklumlah hari ni hari pekerja, jadi dia adalah kesempatan nak berjumpa mereka.
Gopal : Apa?! Alah, jadi dia tak ada lah untuk hari ni?
Tok Aba : Ya.
Boboiboy : Korang!

Kelihatan Boboiboy sedang berlari ke arah kedai Kokotiam itu sambil menggalas 2 buah beg.

Tok Aba : Ha, dah siap kemas dah?
Boboiboy : Dah, Tok.
Tok Aba : Hm, dah. Jom kita pergi ke stesyen kereta api.
Boboiboy : Jom!
Yaya : Eh, jap! Kitorang pun nak ikut! Er.... Boleh kan, mak? Ayah?
Faiz : Boleh, sayang. Pergilah.
Ying, Yaya, Gopal : Yeay!

Mereka pun berjalan kaki ke stesyen kereta api. Setibanya di sana, tinggal 3 minit lagi sebelum kereta api sampai di stesyen itu.

Tok Aba : Kereta api dah nak sampai. Semua barang ada?
Boboiboy : Ada, Tok!
Tok Aba : Bagus. Jumpa lagi minggu depan. Jaga diri baik baik, ya? Kirim salam pada mak ayah kamu. Assalammualaikum.
Boboiboy : Baik, tok. *salam tangan Tok Aba* Waalaikumusalam.

Dan tidak lama kemudian, kereta api pun tiba di stesyen itu. Tanpa menunggu lama, Boboiboy pun masuk ke dalam kereta api tersebut.

Ying : Selamat tinggal Boboiboy! Jumpa minggu depan!
Gopal : Bye! Jumpa lagi!
Yaya : Jaga diri baik baik!
Boboiboy : Baiklah. Selamat tinggal. Terbaik!

Pintu kereta api pun tertutup. Kereta api itu mula bergerak meninggalkan Pualu Rintis.

.
.
.
.
.

_________________♡________________

Boboiboy tiba di Kuala Lumpur. Boboiboy pun mula keluar dati kereta api, dan menahan sebuah teksi.

Pak Cik Teksi : Adik nak pergi mana?
Boboiboy : Boleh hantarkan Boboiboy ke sini?

Boboiboy menghulur sehelai kertas dengan alamat rumahnya di kertas itu.

Pak Cik Teksi : Baiklah, dik.

Pak Cik Teksi itu pun mula memandu ke rumahnya.

Setibanya di rumah, Boboiboy membayar tambang pada Pak Cik itu dan terus menuju ke rumahnya.

Boboiboy sudah tiba di depan sebuah rumah agam yang besar. Rumah agam itu berwarna coklat gelap. Tanpa membuang masa, Boboiboy bergegas mahu memasuki rumah itu. Boboiboy mengetuk pintu rumah.

Boboiboy : Mak! Ayah! Boboiboy dah balik!

Langsung tak ada jawapan. Boboiboy pun hairan. Boboiboy teringat yang mak dan ayahnya dah letakkan kunci rumah di dalam peti surat sekiranya mereka belum sampai di rumah lagi ketika Boboiboy berada di sana. Boboiboy pun pergi mengambil kunci itu dan membuka pintu rumah. Boboiboy menolak pintu itu. Pintu itupun terbuka. Rumah itu gelap. Langsung tak ada penghuni di dalam rumah itu.

Boboiboy Mess Up AUWhere stories live. Discover now