Tangan aku laju mendail nombor seseorang.Dia perlu tahu tentang hal penting ini.

"Hello?"ujarku di corong telefon setelah dia mengangkat panggilan.

"Hello,Yoongi.Kau nak apa call aku ni?Aku dah pesan jangan call aku kalau tak ada hal penting."balas dia dengan nada suara sedikit kasar.

"Jin,kakak aku dah tahu pasal kau.Dia dah tahu pasal identiti kau sebgai mafia."beritahuku kepada Jin.

"What?Macam mana dia boleh tahu?!"

"Aku yang beritahu dia lepas dia tunjukkan gambar tangan kau yang ada tatu pada  aku.Aku beritahu dia pasal kau sebab aku rasa dia boleh tolong kau."

"Kau yakin dia boleh tolong aku cari pembunuh adik aku?Kau sendiri pun masih tak dapat nak pujuk hantu adik aku.Inikan pula kakak kau yang tiga suku tu."

"Aku yakin dia boleh tolong kau cari pembunuh adik kau.Aku ada nampak dia bercakap dengan hantu adik kau lepas dia prank Namjoona hari tu."

"Okay.Pastikan kakak kau dapat pujuk hantu adik aku.Kalau tak,aku buang kau daripada kumpulan aku.Faham?"

"Faham,ketua."

Talian terus dimatikan oleh ketua Kim Seokjin.Sebuah keluhan berat terlepas keluar daripada mulut aku.

Dah satu hal pulak aku nak kena rancang strategi untuk buat kakak aku pujuk hantu Salokar tanpa dia curiga akan identiti yang aku sembunyikan.

Masuk tahun ini dah 3 tahun aku berkhidmat di dalam kumpulan mafia Xiketic sebagai seorang penggodam.

Siapa sangka aku seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang nerd dan pendiam orangnya di sekolah merupakan salah seorang ahli kumpulan mafia paling berbahaya dan berpengaruh di kota Seoul.

👣


"Jin hyung,Yoongi balik dulu.Hyung tu jangan balik lambat sangat.Nanti ada perempuan miang stalk tak tahu."pamit Yoongi lalu dia mula beredar meninggalkan Jin.

"Semiang-miang perempuan tu,miang lagi aku.Elok-elok balik tu."balas Jin lagi lalu ekor matanya melihat sekilas ke arah dinding.

Kepala yang aku jengukkan sedikit untuk menghendap Jin pantas aku sembunyikan pantas di sebalik dinding.

Bahaya kalau Jin nampak aku.Nanti rosak rancangan aku nak stalk dia hari ni.

"Hello."

Suara Jin bercakap di telefon mula kedengaran.Dengan kesempatan yang terhidang ini,aku mencuri dengar perbualan telefon Jin.

Aku buat semua ni bersebab.Aku nak pastikan sama ada betul atau tak Jin ketua kumpulan mafia seperti yang diberitahu oleh Yoongi.

"Kenapa kau ni bodoh sangat?Kalau dia tak nak bayar,kau bakar jelah dia hidup-hidup atau sula dia.Haih,itu pun aku nak kena ajar ke!Lembap!"jerkah Jin lalu dia menghempas telefonnya ke dinding.

Aku terkedu setelah telinga aku sendiri menjadi saksi terhadap apa yang aku dengar tadi.Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku tika ini.

Perasaan takut dan terkejut bercampur baur.Diri aku ini seakan-akan susah untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang aku suka selama ini merupakan seorang mafia.

"Keluarlah dari tempat persembunyian kau,Yoonji sayang.Aku tahu kau bersembunyi di sebalik dinding tu."kata Jin dari jauh membuatkan aku takut.

Tangan aku menggeletar hebat saat ini.Kaki aku tiba-tiba sahaja menjadi lemah.Aku tahu aku perlu melarikan diri sekarang namun kaki aku tidak mahu memberi kerjasama.

"Hmm,Yoonji tak nak keluar eh?Tak apalah kalau Yoonji tak nak keluar.Jin pergi cari Yoonji sekarang juga.Yoonji tunggu Jin tau."ujar Jin lagi membuatkan tangan aku menggeletar lebih teruk.

Derapan tapak kaki Jin menuju ke arah aku menambahkan lagi perasaan takut yang menghantui diriku.

Tak!Aku kena buat sesuatu.Aku tak boleh lemah.Aku kena lari.Aku kena lari sekarang juga.Aku kena lari sebelum Jin dapat tangkap aku.

LARI YOONJI LARI!

"Kau bergerak selangkah kepala kau hancur.Jangan bergerak kalau kau nak hidup."kata Jin betul-betul di belakang telinga aku.

Jin bergerak menghadap aku.Sepucuk pistol diacukan tepat ke kepala aku.

"J-Jin.A-awak b-buat apa ni?K-kenapa a-awak acukan pistol kepada s-saya?"ujarku tergagap-gagap kerana takut akan pistol Jin yang berada di kepala aku.

Sebuah ketawa halus meletus daripada mulut Jin.Segaris senyuman sinis menghiasi wajah kacaknya sambil sepasang mata bundar miliknya itu merenungku tajam.

"Soalan yang kurang cerdik.Kau tanya aku apa yang aku buat ni?Kau rasa aku akan biarkan kau terus hidup selepas kau dah tahu tentang identiti aku sebagai mafia?"

Picu pistol kemudiannya ditarik oleh Jin.Walaupun perasaan takut kian menguasai diri,aku memberanikan diri untuk menatap mata Jin.

Matanya aku tenung sedalam-dalamnya.Cuba untuk menagih simpati daripada Jin agar dia tidak menamatkan riwayat hidup aku.

"Jin.S-saya janji saya tak akan beri-"

Bicara aku pantas dipotong oleh Jin.Dia langsung tidak mahu memberi aku peluang untuk bercakap.

"Kau ingat tak aku pernah cakap yang bahaya kalau kau tahu siapa aku?Inilah bahaya yang aku maksudkan.Kau ketuk pintu maut kau sendiri bila kau dah tahu tentang identiti sebenar aku."

Tangan aku yang menggeletar tidak aku hiraukan.Dengan beraninya,kedua-dua belah tangan aku menyentuh pipi Jin.

"Jika dengan mengetahui identiti sebenar awak sebagai mafia telah membuat saya mengetuk pintu maut saya sendiri,awak bukalah pintu maut ini.
Bunuhlah saya jika dengan cara ini identiti awak akan selamat daripada pengetahuan orang lain.Tembaklah saya.Saya izinkan."

Aku sendiri menggesa Jin untuk menembak aku.Mungkin sesiapa yang mendengar kata-kata aku sekarang akan menyangka aku gila kerana membiarkan sahaja orang lain membunuh aku.

Aku tahu aku dah tak mampu berpatah balik.Keputusan aku menghendap Jin hari ini membawa aku ke jalan maut aku sendiri.

"Tak.Aku tak akan tembak kau.Aku perlu gunakan kau."ujar Jin lalu dia mengalihkan pistol daripada kepala aku.

"Awak perlu gunakan saya?Maksudnya?Saya tak faham."soalku yang kurang mengerti kata-kata Jin.

"Aku bagi kau dua pilihan.Tolong aku cari pembunuh adik aku atau mati dalam tangan aku.Kau nak pilih yang mana?"kata Jin lalu dia mengacukan semula pistol ke kepala aku.

To be continued..


A/N:

Terkejut tak lepas dah tahu siapa Jin sebenarnya?

Ff ni baru nak panas enjin.Lebih banyak lagi kejutan menanti lepas ni.

So,get ready guys😉

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now