Jin mengangkat chopstick yang terlekat dengan urat-urat mi yang agak banyak ke arah mulut aku.

Aku membuka mulut seluas-luasnya untuk menerima suapan mi daripada Jin.

Sedikit sahaja lagi mi yang disuapkan oleh Jin mahu memasuki mulut,bahu aku ditampar kuat oleh seseorang daripada belakang.

"Arghh!Sakit!Tak guna!Siapa yang tampar bahu aku ni?!Bahu aku kena tembak kau tahu tak,bengong!"jerkahku tanpa sengaja membuatkan pelanggan yang berada di dalam kedai serbaneka memandangku semacam.

Kepala aku tolehkan ke belakang untuk melihat orang yang telah menampar bahu aku tadi.

Jungkook sedang berdiri di belakang aku dan Jin.Beg plastik  yang dipegangnya jatuh ke lantai setelah dia mendapat tahu aku ditembak.

"Bahu kau kena tembak?Mana?Siapa yang tembak kau?Kau kena tembak di mana?Kau pergi mana sampai kena tembak ni?"soal Jungkook bertalu-talu.

Jungkook kemudiannya menanggalkan jaket kulit yang dipakai di atas jaket besbol.Jaket besbol yang membaluti tubuh aku juga ditanggalkannya.

"Weh,bahu kau masih berdarah lagilah walaupun dah dibalut dengan bandage.Luka kau teruk juga ni.Jom aku bawa kau pergi hospital."ajak Jungkook lalu dia menarik tangan kanan aku untuk mengikutinya.

Pergerakan aku tersekat.Jin rupa-rupanya sedang memegang tangan kiri aku.Dia cuba menghalang aku pergi.

"Kau tak perlu bawa dia pergi ke hospital.Aku dah rawat bahu dia."kata Jin sambil matanya merenung tajam Jungkook.

"Kenapa kau tak nak aku bawa Yoonji pergi hospital?Kau takut rahsia kau akan terbongkar kalau aku bawa dia pergi hospital?"balas Jungkook lalu dia tersenyum sinis memandang Jin.

Riak muka Jin berubah apabila Jungkook menyebut tentang rahsia.Dia kemudiannya melepaskan tangan aku.

"Aku dah agak.Kau tak bawa Yoonji pergi ke hospital sebab kau takut rahsia kau akan terbongkar.Huh,dasar pengecut."ujar Jungkook lalu dia menarik tangan aku menjauhi Jin.

Jin kelihatan tenang walaupun Jungkook sudah berkata buruk tentangnya.Kali ini,dia tidak lagi menghalang aku.Dia membiarkan sahaja aku dibawa pergi oleh Jungkook.


👣


"Beritahu aku kenapa kita ada di sungai Han sekarang?Bukannya tadi kau kata kau nak bawa aku pergi hospital ke?Dan yang paling penting sekali,kenapa kau paksa aku tidur atas lengan kau ni?Fikir sweet ke?"

Kepala aku angkat daripada lengan sasa Jungkook.

Namun,Jungkook pantas menarik kepala aku untuk kembali berehat di lengannya.

"Shhh.Orang sakit tak boleh banyak bercakap.Kau tu tengah sakit.Takkanlah aku nak biarkan kau letakkan kepala atas tanah.Dibuatnya ada batu macam mana?Tak payah banyak cakap.Kau rehatkan je kepala kau atas lengan aku yang sasa,empuk dan gebu ini."ujar Jungkook lembut.

Ayat terakhir yang meluncur keluar daripada mulut Jungkook membuatkan tangan aku gatal.

Secara sengaja,tangan kiri aku yang tidak sakit meluku kuat kepala Jungkook.

"Aku tanya lain kau jawab lain.Kan dah kena luku.Padan muka."

Anehnya,kali ini Jungkook langsung tidak memarahi aku kerana memukulnya.Selalunya pantang aku pukul dia sikit mesti berbakul dia marah aku.

"Jungkook."

Aku memanggil Jungkook setelah menyedari dia hampir-hampir tertidur.

"Ya?Kenapa?Bahu kau sakit ke?"soal Jungkook risau.

"Taklah.Aku nak tanya kau.Kenapa kau tak bawa aku pergi hospital sedangkan bukan main beria-ia lagi tadi kau kata kau nak bawa aku pergi hospital depan Jin?"

Soalan aku yang tidak dijawab oleh Jumgkook tadi aku bangkitkan kembali.

"Aku tipu Jin.Aku tak ada niat langsung nak bawa kau pergi hospital.Aku cuma nak bawa kau pergi jauh daripada Jin."

Jawapan yang Jungkook berikan mengejutkan aku.Kenapa aku rasa jawapan Jungkook seperti ada makna tersirat?

Macam Jungkook cuba memberitahu aku sesuatu melalui jawapannya itu.

"Kenapa kau nak bawa aku pergi jauh daripada Jin?Kau jealous ke tengok aku dengan Jin?"soalku lagi cuba menyelami sisi Jungkook yang tidak pernah aku lihat selama 15 tahun aku berkawan dengannya.

"Aku nak bawa kau pergi jauh daripada Jin sebab aku rasa kau seorang perempuan yang bodoh."jawab Jungkook lalu dia meluku kembali kepala aku.

Pipi Jungkook aku tampar perlahan setelah mendengar dia sesuka hati mengata aku bodoh.

"Sebodoh-bodoh aku,aku taklah dapat C dalam mata pelajaran English macam kau.I got 98% mark out of 100% mark for English,you know?"ujarku sengaja mahu menaikkan amarah Jungkook.

"Sebodoh-bodoh aku dalam English sampai aku dapat C pun,aku taklah sebodoh kau yang senang-senang je pergi rumah lelaki malam-malam macam ni.Perempuan bodoh je yang berani pergi rumah lelaki malam-malam."balas Jungkook membuatkan aku terputus kata-kata.

Okay,aku dah mula syak sesuatu yang pelik pada Jungkook.Macam mana Jungkook boleh tahu aku pergi rumah Jin sedangkan aku tak beritahu sesiapa pun pasal hal ni?Dia stalk aku ke?

"Macam mana kau boleh tahu aku pergi rumah Jin?Kau stalk aku eh?"soalku lagi yang mula mencurigai Jungkook.

"Dah orang-orang Jin tu siap ambil kau depan rumah lagi takkanlah aku tak tahu.Tapi kau buat apa kat rumah Jin?
Macam mana kau boleh kena tembak?Jin ke yang tembak kau?"soal Jungkook kembali membuatkan aku tertawa.

Apa jelah yang ada dalam otak Jungkook ni sampai dia boleh terfikir Jin tembak aku?Pelik betul Jungkook ni.

"Ada orang tembak bebola besi tapi aku tak kena tembak pun.Bahu aku bergeser sikit je dengan bebola besi tu.Kenapa kau tuduh Jin pulak yang tembak aku?Tak masuk akallah."

"Sebab aku sayang kaulah aku tanya kau sama ada Jin yang tembak kau atau tak.Kau tak kenal lagi siapa Kim Seokjin.Dia lelaki yang berbahaya."

Bicara Jungkook terhenti seketika.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung bicaranya semula.

"Aku tak nak kau jadi mangsa dia yang seterusnya.Jadi,mulai hari ini,aku tak nak kau dekatkan diri kau dengan Jin lagi.Faham?"

"Tak faham.Kau siapa nak larang aku dekat dengan Jin?Kau bukan boyfriend aku.Kau bestfriend aku.Bestfriend."balasku sedikit marah dengan Jungkook.

Jungkook memusingkan kepalanya menghadap aku.Tangan kirinya menarik badan aku merapatinya.

"Aku lelaki yang sayang kau."

Sejurus Jungkook menghabiskan ayatnya,Jungkook melakukan perkara yang tidak pernah aku jangka dia akan lakukan pada aku.

Jungkook mencium aku.

BESTFRIEND AKU CIUM AKU WEH!

To be continued...

A/N:

Sedar tak sedar dah 9 bab korang bersama aku dalam ff Crush Minta Kaki.

So,aku naklah tahu juga pendapat jujur korang tentang ff ni.

Apa pendapat korang mengenai fd crush minta kaki ni?Jujur tau.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now