"Itu anak Aryani bukan Afham."

"Lah. Samalah jugak. Tadi kata cucu."

"Hai, mati nanti tak tutup mata papa."

"Papa! Kenapa nak cakap pasal mati pulak? You're still young, papa," Raef merengus tak senang. Benar tak suka bila papanya masuk soal itu.

"Mati itu pasti menemui setiap manusia, Raf. Tak kira muda atau tua."

"Papa. Stop it!"

"Nanti kalau papa tak ada, Raf tolong jagakan mama dengan Rose."

"Papa nak pergi mana? Outstation lagi?"

Dato' Yusri tersenyum nipis. Kepala anaknya diusap perlahan lagak si kecil berusia lima tahun. Namun memang anak-anak tetap kecil di mata dan hatinya. Masih memerlukan perhatian lebih-lebih lagi Raef Afham.

"Raf," Dato' Yusri mencapai tangan anaknya lalu digenggam.

"Papa," Raef mula mengalami debaran dengan sikap papa yang tak seperti selalu. Tapi tetap dibuat tak endah.

Bukan tak pernah papa outstation lama-lama. Mereka sudah terbiasa ditinggalkan berbulan-bulan.

"No matter what, Raf kena jaga mama dengan Rose. Raf anak lelaki perlu pikul tanggungjawab keluarga. Jangan bebankan mama. Papa tahu anak papa dah cukup dewasa."

"Okay, papa. I will. Selama ni bila papa outstation memang Raf yang jaga mama. Akak dah ada Abang Zack nak risau apa lagi? Settle. Don't ever worry. Just do your business," sahut Raef sambil genggaman tangan itu dibalas sama.

Tak dinafikan dia memang anak manja. Tapi tetap menjadi pewaris keluarga. Be a man along that women.

"Lepas ni kalau mama suruh Raf cari isteri, tak payah nak mengelak, ya. Raf dah cukup dewasa nak berumahtangga."

"Oh my papa. Please... bab tu Raf memang tak boleh nak bertolak ansur. Sorry to say Raf tak akan kawin dalam masa terdekat. I have my dream."

"Kalau dah bertemu jodoh?" masih juga Dato' Yusri mahu bertanya.

"Jodoh ke bodoh I don't care. Raf muktamad akan kawin tiga tahun lagi."

Dato' Yusri menghela nafas dalam. Kepala anaknya kembali digosok. Seketika tubuh Raef ditarik ke dakapan.

Pilu di hati kian mencengkam.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AKHIRNYA seorang Afham menangis tersedu. Pertama kali di dalam hidup air mata jantannya jatuh berlinangan. Kalau dia tahu itu merupakan detik terakhir papa ada di sisi, akan dituruti segala kehendak tanpa membantah. Tapi ternyata dia sudah terlambat.

LANGIT MASIH BEGITU || telah terbit 2024 - DearNovels ❤Where stories live. Discover now