☀️ five ☀️

61 9 5
                                    


.

.

____

[  eunra pov  ]

Aku melangkah ke pagar sekolah dengan malas. Hari ini aku perlu menghadiri kelas tahanan. Tidak lupa juga Joochan dan Yeonjun tidak perlu datang ke sekolah selama seminggu.

Huaaa~ untungnya mereka, dapat cuti free-free saja.

Tiba-tiba, ada dua orang pelajar memandang aku pelik. Siapa lagi yang lalu di koridor selain aku kan?

"Weyh perempuan tu kan yang ada dalam video ni?"

"Betul la, muka dia sama."

"Ish, murah betulkan dia tu"

Telingaku dapat menangkap perbualan kedua-dua pelajar itu. Adakah mereka sedang mengumpat tentang aku?

Video apakah itu?

Adakah video yang diterima oleh cikgu Seokjin semalam?

____

Aku melangkah masuk ke dalam kelas.

"Eunra!"

Memang rutin harian Mina untuk sampaikan berita hangat kepada semua orang. Makcik bawang sekolah kan~

"Kau dah tengok video viral tu ke?" soal Mina.

"Video apa pula ni?" Aku mengeluh malas.

"Ish tengok ni." Mina menghulurkan phonenya.

Video berdurasi 2 minit itu dimainkan. Semua yang terjadi semalam, semuanya dirakam.

Aku melihat komen di bawah. Semuanya memaki dan mengutuk aku. Haih!  Sungguh memalukan. Siapa yang berani sebarkan video ni!?

"Kau tahukan hampir satu sekolah kecam kau. Aku harap kau berhati-hati lah ye." ujar Mina.

Aku rasa nak menangis saja. Aku nak balik rumah. Memanglah aku pernah impikan untuk menjadi famous di dalam sekolah tapi bukan cara ini!

Aku patut putus dengan Yeonjun secepat yang mungkin sebelum fans Yeonjun menyerang aku.

Sebelum terlupa, aku jalinkan hubungan bersama Yeonjun secara senyap-senyap. Yeonjun tu boleh dikatakan famous juga dan mempunyai ramai peminat. Tambah lagi eomma aku tak mengizinkan kami berhubungan jadi kami terpaksa menyorokkan hubungan ini.

"Eunraㅡ lamanya kau termenung?" tegur Mina.

"Tak ada apalah. Aku ok je."

____

Sudah pukul 3.00 petang, sepatutnya masa ini aku sudah pulang ke rumah. Hmm tetapi hukuman yang dikenakan kepada aku perlu dilaksanakan 🙃. Aku jejakkan sebelah kaki saja sudah kedengaran netizens mengutuk.

"Weh, weh mana pakwe-pakwe dia yang semalam tu."

"Kena buang sekolah latu" Kedengaran seperti suara figura lelaki sengaja dikuatkan untuk membahangkan lagi telinga aku.

Baik aku buat bodoh je. Malas aku mahu melayan pelajar yang tiada sahsiah dan rajin mengupas bawang ini. Aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Jauh dari semua orang.

"Woi perempuan ! kau boleh pergi sana tak? Ni tempat aku." Oo perempuan yang ngumpat aku pagi tadi ke? Siapa nama dia? Hwang Yeji rasanya. Dari dulu selalu menggatal dengan Yeonjun haku. Sumpah annoyed gila.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Change It [ Hong Joochan ]Where stories live. Discover now