☀️ three ☀️

44 9 12
                                    

.

.

[ eunra pov ]

Akhirnya aku sampai di rumah. Malangnya eomma masih tak ada di rumah. Baik aku temankan Joochan je tadi. ehehe aku pula yang gatal sekarang.

Aku rebahkan badanku di atas katil yang tersarung cadar berwarna pink. Waa~ selesa dari kerusi di hospital tadi. Aku membuka phone.

0%

Bateri aku habis!

Lantas aku capai power bank di dalam handbag dan charge-kan pada phone.

40 missed call from Yeonjunㅡnie❤❤

Matila aku. Sudah pasti dia marahkan aku. Apalah kata-kata kesat yang dilemparkan ke atas aku nanti?

____

[  author pov  ]

Setelah selesai sarapan, Eunra bergegas ke hospital untuk melihat Joochan. Rasa bersalah ia terhadap Joochan lebih tebal daripada Yeonjun. Pandai-pandaila dia jelaskan masalahnya semalam kepada Yeonjun.

" Hi ! " Eunra menyapa dengan senyuman.

Nampaknya Jangjun sudah siap sedia untuk pulang.

Joochan punya allergic tidaklah seteruk yang disangkakan jadi Joochan sudah boleh keluar hari ini.

Eunra begitu pelik dengan Jangjun. Kenapa cara dia bersembang dengan Joochan seperti sudah lama kenal. Padahal baru sahaja dia berjumpa Joochan semalam.

Adakah Joochan dan Jangjun pernah berjumpa sebelum ini??

" Eunra, kau ok tak?! kenapa termenung" Jangjun mengejutkan lamunan Eunra.

"Dia terpegun dengan kehenseman aku tu." Joochan berkata dengan penuh perasan.

" Ish ! Awak ni perasan gila la. " Eunra membuat roll eyes menayangkan buku limanya.

" Dah-dah jom kita pergi. Nanti kena halau pula dengan nurse kat sini."  Nasib Jangjun ada, kalau tak jadi gelanggang pergaduhan la jadinya.

____

Jangjun menaiki motorbike-nya. Manakala Eunra menaiki kereta Joochan.

"Joochan, Saya nak minta maaf pasal semalam." Eunra menundukkan pandangannya.

" Yang mana? yang awak lari dari tanggungjawab untuk jaga saya tu ke?" Mata Joochan masih fokus dalam pemanduan.

"Bukan lah. Yang waktu saya bagi awak telan aiskrim strawberi tu sampai awak mampus tapi tak mampus la lagi. " Eunra tersengih.

"Oo yang tu ke. Tak apa la saya maafkan sebab saya dah lama tak makan strawberi. Thanks la kepada awak." Entah ikhlas ke tak dia punya alasan. Tengok betul-betul ada terselit nada perli di situ.

"Macam tak ikhlas je." Eunra memuncungkan mulutnya.

" Kalau awak nak saya maafkan ada satu syarat."  Joochan smirk.

"Aㅡapa dia?" Lain macam saja Eunra melihat riak wajah Joochan.

"Awak kena teman saya time rehat esok." Berkerut dahi Eunra dibuatnya. Dia bukannya sama sekolah dengan Joochan macam mana pula nak temankan dia.

"Tapiㅡ"

"Saya anggap awak setuju. " pantas Joochan memotong kata-kata Eunra.

Eunra hanya berdiam dan pikirkan apa yang Joochan katakan. Puas otak dia memproses. Hampir terkeluar otaknya, tetapi tidak ada jawapan.

Change It [ Hong Joochan ]Where stories live. Discover now