☀️ four ☀️

51 10 13
                                    

.

.

[  eunra pov  ]

"Jooㅡ joochan?"

Adakah aku sedang berkhayal ? Ataupun aku sedang bermimpi.

"Mina tampar aku jap" Kedengaran pelik tapi aku betul-betul nak pastikan yang ini realiti atau tidak.

"Kau serius ke?" Aku hanya menggangguk.

Apalagi tidak mungkin Mina  akan melepaskan peluang yang jarang berlaku ini. Maka dengan nafas bismillah, dia telah melepaskan satu lempangan yang kuat.

Pang!

Berdesing kepala aku dibuatnya,dunia seakan-akan berpusing. Ya ampun azab apa ni. Aku dapat rasakan semua mata dikelas tertumpu ke arahku.

"Eunra? Kamu kenapa?" Soal Cikgu Chanyeol dengan prihatin.

"Saya ok je, cikgu. Cuma pening sikit je" Aku membalas persoalan cikgu.

"Ok kalau macamtu, Joochan kamu boleh perkenalkan diri."

Joochan berdiri di hadapan kelas.

"Hi, Saya Hong Joochan. Boleh panggil Joochan. Saya pernah bersekolah di sini pada 3 tahun lepas."

Ooo~ jadi ini bukan mimpi, aku je yang over. Kan dah kena tamparan Mina. Sia-sia saja.

"Ok Joochan, kamu boleh duduk di sebelah Jangjun."  Cikgu Chanyeol memulakan kembali sesi pembelajaran yang tergendala.

Eh jap, kalau sebelah Jangjun, maknanya tempat duduk depan aku lah kan? Shiet

Joochan berjalan mendekati tempat duduk di hadapan aku. Sebelum duduk, sempat lagi ia mengenyitkan sebelah mata kanannya kepada aku. Fuh nak muntah aku. Sesiapa ambikkan baldi please.

____

[  author pov  ]

Jam menunjukkan pukul 10.05 pagi. Masa untuk semua murid melantak, atau lebih sopan disebut makan.

"Terima kasih, cikgu Yanan"  Cikgu chinese yang selalunya mengajar subjek matematik tambahan atau perkataan yang lebih mudah, addmath.

"Kamu semua boleh keluar." Suaranya sungguh lembut sekali mampu mencairkan setiap pelajar perempuan.

Semua pelajar keluar dari kelas kecuali Eunra dan Joochan.

"Eunra! awak jangan lupa janji awak dengan saya ye." Joochan tersenyum sinis ke arah Eunra. Eunra hanya membuat muka menyampah. Sebab tu dia malas nak berjanji dengan orang. Semua benda nak gelojoh saja.

"Awak kena juga rehat dengan saya. Tak boleh lari." Joochan tersengih. Comel betul muka Eunra bila menyampah. Bila dah dilamun cinta semua benda nampak sempurna.

"Dah jom pergi" Eunra berkata dengan nada malas.

____

Pinggan yang dipenuhi beberapa menu itu, Eunra tenung. Semuanya Joochan belanja. Tiba-tiba perasaan malu menguasai dirinya. Yela semalam dia sendiri beria menghalau Joochan. Harini pula Joochan sendiri yang belanja dia makan.

"Woi!  Kenapa tengok makanan tu sampai nak tembus?" Joochan menjerkah Eunra secara tiba-tiba.

"Orang nak makan la ni. Dah jangan kacau. " Eunra pula masih jual mahal takkanla mahu jual free pula kan?

Eunra makan dengan gelojoh sekali. Joochan hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Pap!

Kedengaran seperti bunyi meja diketuk kuat. Paling mengejutkan meja yang diketuk itu, tempat Eunra dan Joochan sedang makan.

"Woi,bro. Kau tau tak aku ni siapa?" Yeonjun berkata dengan muka kemerahan.

"Tak tau. Siapa ye?" Joochan menjawab tanpa rasa ragu-ragu.

"AKU NI NAMJACHINGU PEREMPUAN YANG KAU TENGAH DATING NI! " tanpa sengaja Yeonjun tertengking Joochan dan membuat keriuhan di kantin itu.  Handphone para pelajar mula merakam pergaduhan itu.

Joochan mula berdiri sehingga kerusinya terjatuh.

" Kau tahu tak aku ni siapa? AKU NI FUTURE HUSBAND DIA OKEH!  Baik kau bla sebelum aku pecahkan muka kau yang tak berapa handsome tu. "  Joochan berkata dengan penuh geram.

"Ada aku kesah. Lelaki pengecut je akan lari kalau kau ajak gaduh. " Yeonjun mula mengacah seperti menyensengkan baju walaupun ia hanya memakai baju lengan pendek. Poyo sungguh si Yeonjun ni.

"Ok, aku tak minta. Kau yang minta jangan salahkan aku." Joochan tersenyum sinis.

Tiba-tiba satu tumbukan dilepaskan ke muka Joochan.

Dan Joochan membalas serangan dari Yeonjun.

Tumbuk dan sepak terkena pada tubuh masing-masing. Video dan camera pada setiap handphone pelajar masih terpasang. Kantoila setiap murid membawa benda haram itu ke sekolah.

Eunra hanya kaku di situ. Otaknya sangat blur sekarang.  Apa yang patut dia buat sekarang ? Menyokong pergaduhan mereka? Laporkan kepada cikgu? Berhentikan pergaduhan mereka? Sungguh Eunra tak dapat berbuat apa. Makanan yang ada dimulutnya pun masih belum sempat dikunyah.

"Choi Yeonjun, Hong Joochan, Kim Eunra  masuk ke bilik disiplin sekarang juga. " jerit cikgu Seokjin selaku ketua guru disiplin dan sahsiah murid. Selain itu, pelajar-pelajar yang merakam pantas saja menyorokkan handphone mereka.

Terus terhenti pergaduhan antara mereka. Matila mereka kali ni.

"SEKARANG! " Jerit cikgu Seokjin dengan tegas. Mereka berdua terus berlari lintang-pukang.

Eunra juga turut mengikuti mereka dari belakang. Apalah salah dia, dia pun tak tau.

____

"Ok menurut video yang saya terima dari pelajar, kamu bergaduh atas masalah cinta remaja." cikgu Seokjin memandang  mereka bertiga dengan pandangan tajam.

Mereka semua tidak bersuara langsung.

"I need explanation,now!" Cikgu Seokjin berkata tegas.

Eunra mula bersuara.

"Macam ni ceritanya, Saya dan Joochan........" Eunra menceritakan segalanya secara terperinci.

Setelah 6 minit~

"Ok ,saya sudah buat keputusan. Yeonjun dan Joochan akan digantung sekolah 1 minggu. Eunra perlu hadir ke kelas tahanan selama 1 minggu." Cikgu Jin tersenyum tidak ikhlas.

Mereka bertiga pula membulatkan mata mereka. Terkejut sungguh dengan keputusan yang dimaklumkan.

Apa yang mereka perlu buat dalam masa satu minggu?

Kelas tahanan?

Gantung sekolah?

Mereka hanya membuat muka redha.

_____

Di bilik kesihatan~

Hanya Joochan dan Eunra saja yang ada di dalam bilik itu.

Eunra menyapu antiseptik pada luka-luka Joochan.

"Tula orang ajak gaduh, awak acah berani. Sekarang ni, kan dah kena luka-luka macam ni." perli Eunra.

"Alaaa, selagi awak ada saya sanggup menempuh lautan gunung berapi." Joochan bercakap dengan muka menahan sakit.

"Mohon mampus." Eunra menekan sedikit tempat luka Joochan.

"Sakitla~" Joochan merungut tapi suaranya kedengaran manja sekali.

"Ahaha padan muka!"

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhatikan mereka dengan penuh kemarahan.

TBC

Sorry pendek je update kali ni.

Change It [ Hong Joochan ]Where stories live. Discover now