Matanya membulat. Aulia nak menolak tubuh suaminya tapi Harraz makin menindihnya. Tangannya makin ditekan di tilam. Dan ciuman itu makin kedalam.

20 saat Harraz lepaskan bibir munggil isterinya. Harraz senyum puas. Akhirnya dia dapat miliiki bibir itu.

Aulia nak cari nafas balik. Habis oksigennya kena sedut dengan Harraz tadi.

"You know what sayang, kalau tengah kissing kena tutup mata. Barulah feel. Bukannya terbeliak mata tu macam nampak hantu." Perli Harraz.

"Siapa yang tengah kissing? Awak yang suka-suka hati nak kiss kita." Aulia pura-pura marah.

"Biarlah. Siapa suruh you berani sebut nak cari suami lain. I je yang akan jadi suami you tak akan ada lelaki lain boleh jadi. You're mine sayang. Please don't say that again. I tak boleh bayang kalau you jadi milik orang lain sayang."

"Saya gurau je lah. Saya pun tak nak suami lain selain awak. Dan saya je yang akan jadi isteri awak bukan orang lain. Promise." Tutur Aulia lembut sambil matanya turun ke bibir seksi Harraz. Aulia telan air liur lagi. Kenapa dia nak rasa bibir tu lagi. Tadi pun dia masih belum puas.

"You want my lips again sayang? Like i want your sexy lips so bad." Bagai memahami lirikan mata Aulia.

Pandangan mereka bersatu. Tak tunggu lama, mereka terus menyatukan bibir mereka. Tak seperti tadi, kali ni dia membalas kucupan suaminya. Dan kali ni Aulia memejamkan matanya. Mahu menikmati setiap saat ciuman itu.

Tak tahu berapa lama mereka seperti itu, Harraz menghentikan adegan itu. Aulia mendengus kasar. Dia masih belum puas lagi lah.

"Why?" Soal Aulia geram.

Harraz ketawa. Tadi bukan main cakap tak bersedia lah, tengok siapa yang tak nak berhenti sekarang ni.

Dia tunduk mengucup dahi licin itu. "You nak kita terus lunch kat atas katil ni ke? Tak lapar? Ke you terus kenyang bila makan i nanti?"

Aulia termalu sendiri. Macam mana boleh lupa diri tadi. Arh siapa suruh Harraz mulakan dulu.

"Okaylah, jom lunch dulu." Jawab Aulia malu-malu.

Harraz senyum sampai ke telinga. Dia sangat suka tengok wajah blushing Aulia. Tak tunggu lama lagi dia terus bangun dari menindih isterinya. "Siap cepat, kita shopping groceries."

Tangan dihulurkan untuk membantu Aulia bangun. Aulia sambut huluran itu. Dia berdiri di tepi katil sambil membetulkan bajunya.

"Malam nanti kita sambung balik tau sayang." Harraz tepuk punggung Aulia.

"Hey pencabul!" Aulia menjeling manja. Harraz buat muka tak bersalah.

Aulia terus ke closet mereka. Dia mahu terus bersiap.

Harraz masih di katil. Ikutkan hati memang nak teruskan je adegan tadi. Nak miliki Aulia sepenuhnya. Tapi perutnya pun dah lapar.

Tapi tak apa, masih banyak lagi masa yang ada. Arh tak sabarnya nak malam.


****************


Harrraz mendekati Aulia yang khusyuk memasak. Dari atas lagi dia dengar bunyi segala senduk berlanggar dengan kuali. Bau masakan yang sangat membuka seleranya membawa langkahnya ke dapur.

"Bhah!" Sergah Harraz dari belakang.

Terkejut Aulia sampai terangkat bahu dia dengan sergahan Harraz.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now