PROLOG

141 3 0
                                        

"Sering kali kita dengar bahawa semuanya telah ditetapkan untuk kita sejak dari azali lagi. Ajal, rezeki dan juga jodoh. Setiap yang hadir dalam hidup kita akan menjadi kepingan dan sambungan untuk kepingan yang lain. Begitu juga dengan setiap...."

"Dah, dahlah Nisa. Kau tak bosan ke baca benda yang sama. Kau baca benda tu hari-hari kut. Kesian telinga aku kena dengar benda yang sama saja setiap hari," ujar Dalisha dengan bosannya.

Nisa terus berpaling dan memandang kawannya itu. Buku ditangannya ditutup dengan kasarnya sebagai tanda protes, tidak puas hati dengan kata-kata kawannya itu.

"Dalisha Zahra Imani. Kau ni kan memang suka sangat rosakkan mod aku pagi-pagi ni. Aishh, tak romantiklah kau ni. Kita merajuk dengan awak."

Nisa memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk. Dia memeluk kedua belah tangannya dan menyilangkan kakinya. Amira ketawa melihat gelagat kawannya itu.

"Alaaa, bushuk kita merajuk lah, nanti kita belikan awak aiskrim kit-kat ehh," kata Amira dengan nada yang manja. Riak wajah yang comel ditayangkan kepada Nisa.

"Aiskrim kit-kat? Nak!!! Jom kita pergi cafeteria sekarang."

Tangan Dalisha ditariknya lalu bergegas menuju ke cafeteria yang berdekatan dengan mereka.

"Ish kau ni, kalau bab aiskrim kit-kat je laju eh kau," perli Dalisha.

"Benda free, siapa je tak nak. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, " ujar Nisa dengan gembiranya.

Dalisha hanya mampu menggelengkan kepalanya. Nisa mengambil aiskrim kit-kat lalu beratur di kaunter bayaran untuk membayar. Dalisha hanya mengekori Nisa bagai lembu dicucuk hidung. Ketika mereka sedang beratur, Dalisha terpandang seseorang yang tidak jauh daripada tempat mereka beratur. Riak wajahnya terus berubah.

"Lisha, kau dah siapkan lab report ke? Kita kena submit lagi 2 hari kan?" Nisa bertanya kepada Dalisha. Apabila dia tidak mendapat sebarang balasan daripada Dalisha, dia terus memandang Dalisha.

"Lisha, kau dengar tak ni? Apa yang kau pandang?"

Apabila Dalisha tidak menjawab, dia pun turut memandang ke arah yang sama dengan Dalisha. Kelibat seseorang yang amat dikenali dipandangnya.

"Damn, seriously. Lisha, aku rasa dia memang jodoh kaulah," ujar Nisa dengan yakinnya.

"Jodoh kepala hotak kau. Mana kau dapat idea mengarut macam ni? Eii, ni mesti terpengaruh dengan novel cinta yang kau baca ni," marah Dalisha.

"La, aku cakap benda yang betul. Yang kau nak marah-marah ni kenapa. Lisha, aku cakap benda yang betul lah. Apa bukti yang kau nak lagi, Lisha?"

"Apa yang betulnya? Nothing's going to happen, okay. It's just a coincidence. All of it." ujar Dalisha lagi.

Dompetnya yang berada di dalam beg dicapainya. Duit not bernilai RM 10 diambilnya lalu dihulurkan kepada Nisa.

"Kau bayarkan eh. Aku nak pergi tandas sekejap. Aku tak nak duk sini lama-lama. Nanti kau tunggu aku kat kelas eh."

"Ehh, kejaplah. Dah nak sampai turn kita dah ni. Japlah, kita pergi tandas sama-sama," pujuk Nisa.

Dia tahu kenapa Dalisha bertindak sedemikian. Dia faham perasaan Dalisha, tapi dia tidak boleh mengelak untuk selamanya.

"Yelah, aku tunggu kau."

Dalisha tidak sanggup untuk meninggalkan kawannya itu semata-mata hendak mengelak daripada si dia.

"Lisha, there's nothing like coincidence in live. There's a reason for everything that happened in live. You can't denied it. All you have to do is let it flow and find the reasons," nasihat Nisa kepada Dalisha.

"Apa maksud kau? Dah kenapa dengan kau ni? Tetiba pulak jadi kaunselor," tanya Dalisha.

"Dengar sini baik-baik. I don't think that he is someone that just passed by. And I don't think that your relationship with him is already over. There's something that going to happen between both of you. He might be someone that will change your life."

Nisa memandang wajah Dalisha. Wajah Dalisha ditenungnya lama, cuba untuk memahami reaksinya.

"I'm sorry, what??? The heck!!! No. There's nothing going to happen, okay."

Wajah Nisa dipandangnya tanpa berkelip, tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Nisa.

"Apa yang masih kau tak faham? Kau dengan dia belajar di sekolah rendah yang sama. Not only that, sekolah menengah kau adalah bersebelahan dengan sekolah menengah dia. And now, kau belajar di universiti yang sama dengan dia. It's like everything around you involved with him. Hubungan kau tak akan berhenti sampai sini. Your relationship with him is not over yet."

"Relationship? Maksud kau, masa dia jadi boyfriend aku dulu? It's already in the past, okay. Besides, I'd only being his girlfriend for a few months, not years. And that relationship happened when we're only 11 years old, an age where we're still stupid and don't know anything about love. Zaman bila otak baru nak berkembang. It's just cinta monyet. Cinta yang tak betul."

Dalisha menyilangkan tangannya. Dia malas hendak memandang Nisa.

"Cinta monyet? I don't think so. Hubungan korang bukannya tak betul. And I think that love is the purest one. Memang betul korang bercinta masa zaman korang baru nak matang. Tapi percintaan korang bukannya tak matang. Malah perasaan korang suci. Tidak ada istilah curang. Tengok zaman sekarang, kes curang dan kayu tiga macam benda biasa. Sedangkan suami boleh curang kepada isteri, ni apatah lagi kalau teman lelaki. Tapi cinta korang dulu suci, tak ada perasaan nak curang, malah tak tahu apa itu curang."

Dalisha memaparkan mimik muka yang tidak faham kepada Nisa.

"Hah? Apa yang kau merepek ni, Nis?" tanya Dalisha.

"Maksud aku cinta korang suci. Dia hanya cintakan kau dan kau hanya cintakan dia. Tak ada orang kedua atau ketiga. It's the honest relationship. The purest one. Lagi-lagi kau dengan dia sekelas masa sekolah rendah dulu. Lagilah dia tak curang sebab korang jumpa satu sama lain setiap hari. So basically, korang cintakan satu sama lain dengan sepenuh hati," terang Nisa dengan panjang lebarnya.

"Eishh, kau ni. Macam-macam lah. Entah apalah kau ni. Malas aku nak fikir. Let bygones be bygones. Dah tak ada apa-apa antara kita orang. Aku dengan dia tak akan ada hubungan yang baru. There will never be another relationship between us. Never. Ever. Dah, cepat bayar. Nanti lambat pulak nak ke kelas," kata Dalisha.

Nisa menghulurkan not RM10 itu kepada jurujual. Baki wang diambilnya dan diberikan semula kepada Dalisha. Dalisha mengambilnya lalu memasukkan ke dalam dompetnya.

Ketika dia memasukkan dompetnya ke dalam beg, dia merasakan seperti seseorang memandangnya. Lantas dia memandang ke hadapan. Dia terkejut melihat apa yang dipandangnya.

"Are you sure that nothing will happen between both of you? Apa yang aku tengok sekarang ni dah cukup untuk aku katakan sesuatu akan berlaku nanti. And when that happened, you will regret saying that, Lisha," ujar Nisa dengan yakinnya sambil tersenyum herot.

Dalisha dan si dia memandang antara satu sama lain. Melihat reaksi si dia, sudah cukup untuk mengatakan yang si dia juga masih mengingati Dalisha dan juga hubungan mereka berdua. Cukup untuk mengatakan yang mereka mengakui kisah percintaan mereka dulu. Cukup untuk mengatakan apa yang berlaku dulu bukanlah mimpi dan cukup untuk mengatakan bahawa mereka masih lagi sedar dengan kehadiran satu sama lain.

Dalisha memalingkan wajahnya lalu memandang Nisa. Dia cuba untuk berlagak selamba.

"Dah, kau jangan merepek lagi. Kau dah siapkan? Jom pergi kelas. Kata tadi nak pergi tandas dulu sebelum masuk kelas," ujar Dalisha.

Pergelangan tangan Nisa dicapainya lalu beredar dari situ dan menuju ke kelas. Daripada lirik pandangannya, Nisa nampak si dia memandang Dalisha tanpa berkelip.

'Are you sure that you going to deny this, Dalisha Zahra Imani? Deny your feelings, deny your future and deny your fate?' bisik hati Nisa.

She Belongs To MeWhere stories live. Discover now