b1

4.5K 186 1
                                    

Punat kunci kereta ditekan. Langkah nya penuh berkarisma ditambah lagi dengan raut wajahnya yang tegas. Kepala dianggukkan seraya menjawab salam tatkala sesiapa yang berselisih dengan nya memberi salam.

Pintu bilik guru itu ditolak sedikit kuat. Sesekali bunyi tapak kasutnya memecahkan kesunyian bilik guru itu.

"Hey Irene, morning!" Sapa cikgu yang duduk di meja sebelah pintu utama. Cikgu Hadi namanya. Sapaan nya disambut tenang. Irene menuju ke meja nya.

"Irene pagi ni ada kelas ke?" Soal cikgu Limah yang berada di meja hadapan Irene.

"Ada kak, kenapa?" Jawabnya lembut. Perhatiannya diberi sepenuhnya kepada cikgu tersebut.

"Oh akak ingat nak ajak Irene breakfast sama-sama. Tapi Irene ada kelas, tak apa lah" Jelasnya. Irene tersengih. Dia memohon maaf atas kekangan waktu nya.

Tepat jam 8 pagi. Irene menapak masuk ke dalam kelas 5 Golden. Kelas yang tadi nya riuh rendah menjadi senyap.

"Assalamualaikum cikgu!", ucap ketua kelas iringi murid yang lain. Irene menjawab salam seraya menganggukkan kepala; membenarkan mereka duduk. Buku dan beg tangan diletakkan di atas meja guru. Dia kemudian berdiri di bawah kipas. Mengira bilangan murid dalam kelas.

"Okay baiklah, kamu semua kenal saya?", rata-rata menganggukkan kepala. Irene mengangguk kepala berpuas hati.

"Rule saya senang je. Awak hormat saya, saya hormat awak. Sekali awak buat taik dengan saya, sepuluh kali saya balas taik dekat awak. Faham?" Ucapnya tegas berbaur amaran. Anak mata nya tajam menikam satu persatu anak-anak murid nya.

"Faham cikgu"

Sesi pembelajaran berjalan dengan tenang. Irene memerhati anak-anak muridnya yang tekun menyalin nota di papan putih. Dia mengerling jam tangannya sekilas. Ada lagi lima minit sebelum masa mata pelajaran nya tamat.

"Sebelum saya keluar, ada nak tanya saya apa-apa?" Suara tegasnya memecah kesunyian. Masing-masing menggelengkan kepala sambil tangan mereka laju menyalin nota. Dia mengangguk faham. Meja guru dirapikan. Beg tangan nya di ambil sebelum buku-buku nya dipeluk erat.

"Saya keluar dulu, assalamualaikum", tanpa menunggu mereka jawab salam. Irene lekas keluar menuju ke kelas seterusnya. Jadual nya sangat padat hari ini. Biasalah hari isnin.

Seorang murid lelaki yang sedang nyenyak tidur itu menarik perhatian Irene. Dahinya berkerut tanda dia tidak suka. Kerusi ditolak ke belakang dengan kuat. Tubuh dibangunkan dari kerusi. Kaki nya mendekati meja murid tersebut.

Pelekat nama di atas meja itu Irene baca. Aiman Dazriel. Hm, nama sedap tapi perangai tak sedap mata memandang. Permukaan meja nya diketuk kuat. Diulang sehingga tiga kali. Namun hasil nya tetap sama. Wajahnya mula membengis dan bara api dalam hati semakin kuat. Dia cukup pantang murid nya tidur dalam kelas.

"Aiman Dazriel!", jeritnya sederhana kuat. Murid-murid lain yang melihat mula kecut perut. Mereka hanya memerhati Dazriel yang baru sahaja bangun dari lena nya itu.

Dia mengeliat dengan mulut yang terbuka luas. Membulat mata Irene melihat aksi tak senonoh itu. Tidak nampak kah budak itu?!

Dazriel memalingkan wajahnya ke kanan apabila terasa dirinya seolah-olah ditusuk pedang. Terkedu. Dia terkedu melihat guru yang viral dengan sifat tegasnya itu berada di hadapan nya. Seketika, dia memutarkan biji matanya ke kiri.

Apa dia nak takut? Dia punya kuasa.

"Apa?", soal Dazriel selamba. Tangan kiri nya menampung wajahnya.

"Apa? Apa kamu tanya saya? Awak tahu tak sekarang ni kelas saya? Boleh ye, awak sesuka hati tidur dalam kelas saya?!", berang Irene melihat keselambaan murid nya itu. Sempat matanya mengesan seluruh wajah anak muridnya. Muka dah hensem tapi perangai hauk.

"Saya ngantuk, saya tidur lah. Cikgu nak kecoh asal? Saya tak kacau pun cikgu mengajar", panas telinganya mendengar bebelan cikgu acah garang itu.

"Kamu jangan biadap!", jerit Irene. Dadanya berombak ganas. Kerutan didahi semakin kelihatan.

Dazriel menjongketkan bahu sebelum dia menyambung tidur kembali. Kecil kecil dah biadap. Nasib baik anak orang, kalau adik aku ni memang penampar sampai kat pipi, rungut Irene dalam hati.

Mata nya tajam memandang semua murid di dalam kelas itu. Nafas ditarik dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan. Diulang beberapa kali sambil melangkah kembali ke meja guru. Keluhan pendek dilepaskan.

"Yang lain, sila buka buku teks muka surat 200. Dua orang tolong bangun untuk baca dialog tu", ringkas dan padat Irene memberi arahan. Dek takut dengan angin baran si Irene, laju dengan sukarela dua orang murid perempuan bangkit dari duduknya.

"Sila perkenalkan diri awak dulu", pelawa Irene. Teks di dalam buku itu dibaca mereka. Matanya sesekali mengerling ke arah meja Aiman Dazriel itu. Ee!

Astagfirullah al azim sabar Irene, bisik hatinya.

"Hai assalamualaikum, nama saya Qarina"

"Nama saya Sasha", Irene menganggukkan kepala. Menyuruh anak murid nya itu meneruskan bacaan nya.

"Jadi dekat sini dia suruh cari apa?"

"Kata kerja!", jawab mereka dengan penuh semangat. Irene bergerak ke hadapan beberapa langkah. Mendekati papan putih.

"Tolong sebutkan kata kerja yang ada dalam petikan tu Sasha", pinta Irene. Sasha bangun dari kerusinya.

Sekonyong-konyong...

Dazriel bangun dari kerusi nya lalu keluar dari kelas tanpa meminta izin. Terlopong Irene melihat pelakuan biadap muridnya itu. Dia menyabarkan hatinya.

"Sambung Sasha", dingin dia berkata.

"Jadi, kata kerja yang kita dapat sekarang ni adalah memasak, menyapu, mengelap dan tidur. Cikgu nak kamu semua buat satu ayat berdasarkan kata kerja ni. Boleh?"

"Boleh cikgu", melerek mereka menjawab. Sasha yang mengangkat tangan itu menarik perhatian Irene.

"Ye Sasha, kenapa?"

"Buat dalam buku apa cikgu?", soal nya takut-takut. Muka aku macam nak makan orang ke sekarang ni?

"Buat dalam buku tatabahasa. Kamu tolong sediakan dua buku untuk Bahasa Melayu ya. Satu buku panjang untuk penulisan dan satu lagi buku pendek untuk tatabahasa dan pemahaman", jelas Irene satu persatu.

"Ada apa-apa lagi nak tanya?", mereka menggelengkan kepala tanpa mengangkat wajah daripada memandang buku. Irene terangguk puas hati. Dia kembali ke meja guru nya.

Telefon pintarnya diambil. Aplikasi WhatsApp dibuka. Group guru disiplin dibuka. Jarinya menari-nari di screen telefon. Masalah tadi dinyatakan pada guru-guru disiplin yang lain. Rata-rata mereka tidak memberi jawapan yang memuaskan. Ada ke patut mereka kata biarkan saja Budak Dazriel tu?!

Irene merengus kasar. Telefonnya disimpan kembali. Matanya tajam menangkap Dazriel yang berlenggang kangkong di koridor bangunan sebelah. Berkerut dahinya memerhaikan anak itu. Anak mata mereka bertembung. Seperti ada pancaran kilat di tengah-tengah mereka. Dazriel menjeling tajam sebelum berlalu dari situ. Menyakitkan hati!

"Cikgu, dah siap kena hantar ke?", Irene berpaling menghadap anak muridnya itu.

"Ya, hantar. Tak kan kamu nak simpan buat jeruk pula", balasnya pedas. Terdiam budak lelaki itu.

Buku yang banyak itu dibawa dengan berhati-hati. Pintu bilik guru ditolak menggunakan kaki panjangnya. Perlahan-lahan kakinya mendekati meja yang ber tag nama nya.

"Irene", dia memandang Cikgu Limah.

"Irene dah nak balik ke?", soal Cikgu Limah sambil membetulkan tudung nya di hadapan cermin. Irene mengangguk.

"Haah kak. Lepas solat zohor kejap lagi, nak balik terus. Kenapa kak?"

"Jom lah ikut kitorang makan dekat kedai baru buka tu", pelawanya. Irene tersengih kekok.

"Tak apa lah kak. Terima kasih, lain kali ye", tolaknya dengan baik. Dia mengemas meja nya sedikit sebelum berlalu keluar dari bilik guru setelah meminta diri.



....

Nak lima vote je, boleh?

Thank you, love.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Duda Anak Satu [SU] Where stories live. Discover now