Bab 5

106K 5.2K 956
                                    

Satu hari. Ini bermakna aku ada lagi dua hari, kalau tak aku akan fail untuk subjek ini. Aku tak nak, jadi aku kena datang awal. Maka, bersama dengan itu. Kini aku sudah berada di dalam dewan kuliah. Awal 10 minit daripada orang lain. Baguskan?

Tak nak puji aku ke?

"Wehh?! Kau dah nak mati ke? Macam mana boleh datang awal gila ni?!" soal Sabrina saat dia melihat aku duduk di tengah-tengah dewan bersama dengan oat krunch di tangan.

"Haah. Tak lama dah. Boleh la kut kau tempah batu nisan untuk kau."

Keyword dia kau, bukan aku.

Sabrina geleng kepala. "Jangan bergurau sampai tahap itu kau, banyak lagi dosa ni." Sabrina duduk di sebelah aku. "Sorry la. Aku tak boleh nak backup kau minggu lepas." 

"It's okaylah. Aku okay je. Kau ingat aku ada perasaan ke?" soalku seraya memandang Sabrina dengan pandangan yang membawa maksud. 'I'm Jisoo, I'm okay.'

"Kau manusia. Walaupun kau selalu kata kau ni heartless, aku tetap rasa kau ada perasaan. Kitakan manusia. Mana ada manusia yang tak ada perasaan."

Aku mengeluh. "Tapi--"

"Looks who's here. Artis yang terkenal lagi viral minggu lepas. Datang awal siot. Kau mimpi apa semalam? Dah nak mati ke?" soal Idham sebaik sahaja dia masuk ke dalam dewan kuliah ini.

"Aku mimpi kau terpaksa repeat untuk sem ni." balas aku selamba namun kedengaran tidak selamba di telinga Idham.

"Gila kau bergurau. Tak lawak bodoh, tarik balik kata-kata kau tu." arahnya cepat bersama dengan muka yang agak ketakutan dan serius.

"Kau yang kena tarik balik kata-kata kau dulu." balas aku selamba.

"Fine. Aku tarik balik." Idham tarik kerusi, duduk di sebelah kiri aku. "Kau pulak."

"Aku pun." aku memandang kembali ke hadapan sebaik sahaja perasan yang dewan kuliah ini mula dipenuhi dengan ramai orang. "Kau memang nak kena duduk sini ke?" soal aku kepada Idham.

"Bila lagi nak duduk sebelah kau." Idham sengih.

Aku menjelingnya tajam.

"Baiklah class. Disebabkan dua minggu dari sekarang akan berlangsungnya minggu presentation, saya juga ingin memberi tugasan kepada kamu semua. Siapkan report dan presentation, setiap ahli group hendaklah maksimum ada lima atau empat orang." 

"Aku dengan kau." bisik Sabrina, aku pula angguk faham seraya mengukirkan senyuman. 

"Untuk setiap ahli kumpulan yang terbentuk. Saya sudah tetapkan." ucap Dr. Adam membuatkan aku terbungkam.

Wait, what?!

Aku memandang Sabrina dengan muka yang terkejut. "Gila." ucapku.

"Come in front, kemudian tengok senarai nama yang saya telah tetapkan." Dr. Adam mengeluarkan satu kertas dari briefcase miliknya. Kertas itu kemudian, diletakkan di atas mejanya.

Dr. Adam kemudian berlalu untuk duduk di mejanya. Seorang demi seorang turun ke bawah untuk tengok senarai nama yang telah ditetapkan oleh Dr. Adam.

Aku merengus kebencian. "Sabrina cantik, tolong tengokkan nama aku sekali boleh?" suruhku saat melihat Sabrina bangun dari kerusinya.

Sabrina mengeluh. "Macam terlalu berharap ke kalau aku berdoa yang kau akan satu group dengan aku?"

"Aku pun berharap benda yang sama weh..!!" balas aku seraya mengukirkan senyuman paksa. Macam terlalu mustahil je. Tapi, tak salah berharap.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now