9: Pemeriksaan

4.2K 616 158
                                    

100 votes + 30 comments

Jungkook memicit dahinya dengan perlahan sementara menunggu angka gilirannya tiba.

Manakala si gadis bernama Juyeon itu kekal menunduk memandang lantai. Aduh, malunya!

Kejadian yang berlaku tadi, masih segar dalam ingatannya.

"Awak, janganlah buat kerja gila" ujar Juyeon sambil menarik lengan Jungkook supaya tidak mendekati basikal itu.

Mereka berdua sedang berdiri di halaman rumah Jungkook sambil memandang kearah basikal itu.

Masalahnya sekarang ni, Jungkook itu berat! mana boleh dia nak bawa Jungkook naik basikal sampai ke hospital.

"Tak, sekarang ni. Kau nak aku mati ke?" balas Jungkook sambil mencengkam lembut pipi Juyeon.

"Tapi, awak demam biasa je" balas Juyeon pula.

"Macam mana kau tahu? kalau denggi macam mana?" Jungkook menbalas kembali.

Kim Juyeon diam buat seketika, tambahan pula jarak diantara dia dan Jungkook semakin rapat dan membuatkan hembusan hangat nafas Jungkook mula menyapa kulit pipinya.

Jadi, pengakhirannya, mereka berdua pergi ke hospital dengan menaiki basikal.

"Pegang kuat-kuat tau" pesan Juyeon kepada majikannya itu.

"aku tahulah" balas Jungkook lalu dia merangkul pinggang Juyeon dari tempat duduk belakang.

"Janganlah peluk, tak selesalah" balas Juyeon sambil menggerakkan tubuhnya tanda minta Jeon Jungkook melepaskannya.

"Hei, kau yang suruh aku pegang kuat-kuat tadi" marah Jungkook.

"Oh ehehe, lupa pula" balas Juyeon sambil tersengih.

Tipulah kalau tak ada perkara yang berlaku sepanjang mengayuh basikal tadi.

Semua orang sibuk mengambil video mereka. Bukan sebab menunggang basikal. Tetapi, sebab Juyeon mengayuh dengan sangat laju sehingga menyebabkan Jungkook hampir jatuh tergolek dari basikal itu.

☆☆☆☆

"Encik cuma demam biasa" kata doktor itu.

Kim Juyeon kekal memandang tajam kearah jejaka yang duduk disebelannya itu.

"Kan saya dah kata yang awak demam biasa je" kata Juyeon sambil menampar peha milik Jungkook.

"Tak salah pun nak buat pemeriksaan. Lagipun aku dapat ubat demam juga" balas Jungkook kerana tidak mahu kalah.

Doktor itu hanya mampu memandang kearah mereka. Ini kes suami isteri atau apa?

Mereka berdua menunduk hormat sebelum keluar dari bilik doktor itu.

Jeon Jungkook berjalan meninggalkan Juyeon dibelakang dan gadis itu hanya setia berjalan membelakangi Jungkook.

"Awak" Kim Juyeon memanggil majikannya.

Jungkook menghentikan langkahnya lalu dia berpaling kebelakang.

✔ Encik Anti-TeknologiWhere stories live. Discover now