"Saya tak reti buat kertas kerja. Jadi, suruh orang lain." kaki mula melangkah keluar dari bilik Dr. Adam. 

***

Aku mengambil buku tebal yang berwarna hijau tapi dalam pada masa yang sama ada tangan lain juga mengambil buku tersebut. Aku memandang dia, dia juga turut memandang aku.

"Guna buku lain." arahku mudah.

"No. Kau guna buku lain."

"Shawn, please. Assignment ni kita kena siapkan hari ini juga. Jadi, tolonglah jangan nak menyusahkan aku."

Shawn merengus seraya melepaskan buku tersebut. Kedua belah tangannya diletakkan ke belakang kepalanya. "Aku sumpah tak faham, dalam banyak-banyak orang dalam kelas tu. Kenapa kita kena dalam satu group?"

"Bukan kau je yang tak faham. Aku pun tak faham sebenarnya." jawab aku namun tangan tidak lepas daripada membelek buku. Mencari apa yang aku ingin cari.

"Due date kita lusa kut. Kau rasa sempat tak kita buat ni?" 

"Of course kalau kau berhenti bercakap dan buat kerja kau tu."

Shawn mencebik seraya kembali menaip sesuatu di laptopnya. "By the way, captain bola sepak. Amir, dia nak nombor kau."

Pergerakan aku terhenti. Aku mengangkat kepala memandang Shawn yang sibuk melihat laptopnya. "Nombor aku?" 

Shawn angguk.

"Cakap dekat dia sorry tak main nombor ekor. Mak marah." selamba sahaja aku membalas seraya menyambung pekerjaanku kembali. "Tapi, macam mana dia boleh kenal aku? Kau bagitahu dia ke?" soalku lagi, cuba menghilangkan rasa tertanya-tanya yang bersarang dalam mindaku kini.

Shawn angkat wajah memandang aku sekilas seraya mengangguk. "Dia tanya aku, siapa yang selalu berlari pagi-pagi dekat laluan fakulti dia tu. Jadi aku jawablah kau, sebab aku sendiri pun pernah nampak kau 'jogging' pagi-pagi."

Aku menunduk malu. Memang pagi-pagi aku akan melakukan sedikit exercise. Nak-nak lagi kalau kelas pagi, peh! Memang kalah Usain Bolt. Nak wakilkan Malaysia untuk sukan SEA akan datang pun tak jadi masalah rasanya.

"Dia selalu ke nampak aku lari? Dia dari jurusan apa?"

"Diakan aliran sains sukan."

Aku angguk faham. Memang laluan fakulti tu je yang paling dekat kalau nak ke kelas aku dan dewan kuliah. Jadi, aku selalu lalu di situ. Mungkin disebabkan itulah kut dia kenal aku.

"So, kau berminat tak?" 

Aku geleng kepala. "Cakap dekat dia yang aku dah berpunya. Senang." jawab aku mudah.

"Alamak, aku dah terlanjur cakap yang kau ni single lagi mingle."

"What an idiot." 

Shawn gelak. 

***

8.25 A.M. 

Aku sengih seraya meletakkan kembali kepalaku ke atas bantal. Mata dipejam rapat. Kelas pukul lapan pagi, so awal lagi. Baik aku kembali tidur. Masa-masa macam inilah kita kena menghargai masa yang ada. Even seminit pun berharga tauu..

Wait a minute..!!!

Aku celik mata kembali, memandang jam yang berada di meja katil. Terbuntang anak mata aku saat melihat anak jarum jam yang menunjukkan ke arah lima. I'm sooooo die...!!!

Bersama dengan kelajuan yang maksimum, aku terus melompat keluar dari katil kemudian menuju ke tandas. Sempat aku ambil kain tuala yang tersangkut di kerusi. Selesai sahaja mandi ala kadar, aku terus menyarung jubah. Benda paling simple sekali yang aku boleh pakai setakat ni.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now