Gadis Pujaan Tengku - Bab 1

28.9K 580 9
                                    

Hai , hello , holla , Nama aku Nurin Syafiah binti Zambri .

Abah bekerja sebagai bekas tentera laut sekarang dia bersara dah, Ummi pula guru bahasa inggeris sekolah menengah

Aku merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik dan anak tunggal perempuan dalam family aku
Along,angah,bang yin dan aku.

Along Nama diberi Muhamad Sufi.
Angah Nama diberi Muhamad Thaqif.
Abang ketiga aku Muhamad Shakirin aku panggil dia Bang yin.

Antara ketiga tiga abang aku along paling hensem kerana ikut muka bentuk abah.. yang lain, bolela .

Aku pula paling rapat dengan Angah sebab dia satu kepala! Paling mereng antara abang abang aku.

Bang Yin dia serius orangnya jadi aku takut sikit dengan dia. Serius serius pon perangai mengusik tetap ada

Yes , aku orang kampung tapi bukan betul betul kampung macam korang selalu tengok dalam drama

Yelaa..Kalau dalam drama heroin yang dari kampung mesti pakai kain batik , jadi gadis melayu terakhir , dicurangi suami sebab lemah lembut lepas tu tak disukai oleh mak mertua sendiri

Disebabkan drama macam ni la Orang bandar pandang serong pada perempuan kampung.

Aku sebagai perempuan kampung rasanya bukan kategori gadis melayu terakhir dah kot, mana taknya hero- hero aku nu suka ajar aku benda tak senonoh lepas tu bila kena marah dituduhnya aku start dulu.

Aku mempunyai rupa paras yang cantik iras iras Neelofa gituw!

Digilai budak sekolah tu benda biasa maklumlah anak cikgu ,tapi aku layan je la

Layan ikut perangai giler aku.hikhikhik

Sekarang aku dah lama tinggalkan zaman sekolah. Terasa rindu pula dekat Cikgu Hamzah yang semangnya chengey .Dengan kepala botak ala ala dominic toretto cerita 2fast 2furious nun.

Tapi siapa sangka sebotak-botak Cikgu Hamzah tersangkut dengan student sendiri taw! Classmate aku pulak tu

Apalah aku mereben sampai ketahap cikgu pulak..

Dan siapa sangka lagi yang aku dulu orang panggil aku Pia Libero kini mempunyai butik sendiri.

'Nsafiah Collection'

Itu lah nyawa aku selain Ummi Abah.

-----------------------------------------------------------
"Kak piaa! Temenung gapo tu" Alia menyergahku tiba tiba.Tak semena aku telatah

"Oi mak hang terbalik kongkang!"

Alia dan Najla hanya mentertawakan aku yang sememangnya pantang terkejut

"Ey korang ni saja tau bagi Kak Pia terkejut nasib takde heart attack kalau tak korang berjawab laa" Aku menjeling dua orang kanakkan yang tersengih-sengih

Macam kerang busuk.

"Ala sorry ea Kak Pia Alia bergurau je" Kata Alia sambil kenyit kenyitkan mata

Ingat comel kot!

"Hah potong je gaji si Alia ni Kak Pia biar dia diberi pengajaran sikit" Najla tersenyum senget melihat wajah cemberut Alia.

"Haah , memang Kak Pia nak potong gaji Alia pon dalam 40 peratus gitu. Lepaslah makan kepci" Aku menambah sedikit perisa membuatkan bibir Alia makin muncung.

"Kau saje tau Naj!Aku kasi tahu Kak Pia yang Kau Couple dengan Adam" Kata kata Alia itu membuatkan mata aku membulat.

"Serius lah Najla dengan Adam" Aku bagaikan tak percaya .Yelah , dulu Adam dengan Najla selalu bergaduh .

Memang pantang berjumpa dah macam anjing dan kucing dah.

Aku merapatkan diri ke arah Alia .

"Sapa yang ngorat sapa ni"

"Akak rasa?" Alia menjongket jongketkan kening

"Adam lah..Macam tak caya kan!" Alia gelak bagaikan puntianak itu mengaduh seusai sahaja tangan kecil Najla mencubit pinggang nya .

"Dahla akak nak keluar kejap korang jaga butik eh jangan bergusti pulak" Aku mencapai beg tangan ku lalu aku bergegas ke kereta ku.

Nak dating dengan hero hero aku!

************************************

~Maafkan saya jika ada salah silap maklumlah first story!
~Stay tuned next chapter
~jangan lupa vote this story

Gadis Pujaan Tengku(Complete✅)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora