- 3 -

3.4K 330 49
                                    

Kepala aku yang sudah siap berbalut aku pegang. Aku berasa sangat penat dan letih. Aku tak mampu untuk bangun.

Mata aku perlahan lahan dibuka.

Semuanya lain di pandangan aku.

Aku dekat mana ni?

" Seorin dah sedar! " jerit seseorang.

Doktor dan jururawat mendapatkan aku. Semuanya diperiksa.

" Dia dah stabil. " kata doktor itu kepada seseorang.

Doktor bersama jururawatnya beredar dari situ. Sedarlah aku kini aku berada di hospital.

Tapi, bagaimana?

" Hey, Seorin. Aku ni, Yina. " katanya lembut.

Aku cuba untuk bangun dari katil walaupun kepala aku terasa amat berat. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.

" Macam mana aku boleh sampai dekat sini, Yina? " soalku sambil menahan kesakitan.

Yina cuma tersenyum dan di belakangnya ada seorang jejaka.

" Dia ni yang bawa kau. Dia kata dia jumpa kau berdarah darah dekat taman. " katanya.

Aku melihat wajah jejaka tersebut, macam pernah aku jumpa.

" Terima kasih, encik. " kataku perlahan dan memberi tundukan kecil buatnya.

--

Macam mana budak ni boleh berdarah sampai macam tu?

Soalan itu yang sering bermain di fikiran aku setelah aku menjumpainya terbaring lemah di taman semalam.

Aku membawa diriku ke arah kereta sambil otak aku masih ligat berfikir benda yang sama.

Saja aku pergi dari hospital itu lebih awal, aku tak mahu budak itu bertanyakan bermacam macam soalan.

Aku memulakan pemanduan untuk pulang ke rumahku.

--

" Senah, kau tahu tak sesiapa yang boleh aku upah untuk bunuh orang? " soalku kepada kawan jahatku, Senah.

Kampung kan nama? Hahaha

Senah tersedak selepas mendengar soalan aku.

" Kau nak suruh bunuh siapa? " soalnya dengan mata yang terbeliak.

Aku cuma tersenyum sinis.

" Aku nak suruh dia bunuh anak buah aku yang menyusahkan tu. Dah lah mak bapak dia mati tak tinggalkan harta, lepas tu menyusahkan aku pulak. " bebelku.

Senah mengangguk tandanya faham.

Dia mula melihat telefon pintarnya.

" Aku dah hantar nombor pembunuh upahan yang selalu berkhidmat untuk aku. Yela banyak sangat orang yang tak puas hati kan, aku pun bunuh jela guna budak tu. " jelasnya.

" Oh begitu, okay Senah. Terima kasih lah. " balasku sebelum kopi dihadapan aku mula dihirup sedikit demi sedikit.

--

tbc



saya stop update kat sini dulu ya 💕

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now