Misi : Kembalilah Bersama Kami

3.3K 226 105
                                    

Fang sedang berada di makmal di dalam banglo lama itu yang dia bina semasa dia sampai di bumi beberapa tahun yang lalu. Ochobot memberi massege itu pada Fang untuk Fang mencari kedudukan Boboiboy.

Fang : .........

Flash back~

2 hari selepas kematian Tok Aba, Fang sedang berjalan jalan di tepi pantai Pulau Rintis pada waktu malam kerana kebosanan. Tiba tiba, Fang ternampak Boboiboy sedang duduk diatas pasir di pinggir laut. Fang pun berjalan mendekati Boboiboy.

Fang : Boboiboy! Apa kau buat dekat sini malam malam buta ni?

Menengar namanya dipanggil, Boboiboy memandang muka Fang. Fang terkejut, kerana muka Boboiboy dibasahi air mata.

Boboiboy : Ah! Fang.

Boboiboy cepat cepat mengelap air mata dari mukanya.

Fang : Boboiboy..... Kau.... Menangis ke?
Boboiboy : Tak ada lah. Ni air laut pergi tampar muka aku tadi.

Fang melihat baju Boboiboy. Kering. Kalau ombak menampar Boboiboy, mesti bajunya akan basah sekali.

Fang : Tak payah tipulah, Boboiboy. Aku tahu kau menangis.

Fang duduk di sebelah Boboiboy.

Fang : Cuba ceritakan pada aku. Mungkin aku boleh tolong?
Boboiboy : ........ Aku dah tak ada sesiapa lagi dah, Fang. Mak aku dah tiada. Ayah aku hilang tanpa jejak. Atok aku pun dah tak ada. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Aku tahu yang mak dan ayah kau pun dah tak ada. Tapi, kau masih ada abang kau, kan?
Fang : Y-ya....
Boboiboy : .......Fang...... Boleh janji dengan aku sesuatu?
Fang : Apa dia?
Boboiboy : Kau, Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot. Tolong..... Jadi kawan aku sampai ke akhirnya, boleh?

Boboiboy mengeluarkan jari kelingkingnya. Fang memahami apa yang Boboiboy buat. Fang pun mengeluarkan jari kelingkingnya dan buat jari perjanjian.

Fang : Aku janji.

Flash back off~

Fang : Mental Boboiboy baru sahaja ingin pulih. Sekarang, mesti mental dia dah bertambah teruk. Semua salah manusia manusia tak kenang jasa tu. Boboiboy, aku akan kekal jadi kawan kau. Sebab, aku dah janji, kan?

Fang berusaha mencari lokasi Boboiboy. Akhirnya, Fang berjaya.

Fang : Ochobot! Aku dah dapat! Boboiboy sedang berada di Cyberaya!
Ochobot : Bagus! Bagi aku koordinatnya!
Fang : Nah.

Fang memasukkan koordinat Boboiboy ke dalam badan Ochobot.

Ochobot : Lokasi dikenal pasti! Kuasa Teleportasi!

Ochobot menghasilkan sebuah portal.

Ochobot : Bagus! Jom, Fang!
Fang : Baik!

Mereka berdua pun memasuki portal itu. Mereka kini tiba di bilik Boboiboy di M.A.T.A.

Fang : Dekat mana ni?
Ochobot : Hm..

Ochobot memerhatikan setiap sudut bilik itu. Tiba tiba, Ochobot terjumpa topi Boboiboy di atas katil.

Ochobot : Ni topi Boboiboy! Mesti Boboiboy ada di sini!
Fang : Tapi, Boboiboy tak pernah buka topinya. Melainkan masa tidur dan mandi. Hm....
Ochobot : Itu tak penting sekarang! Jom kita cari Boboiboy, cepat!

Ochobot menarik tangan Fang menuju pintu bilik. Kerana tak mampu melawan, Fang hanya pasrah dia ditarik Ochobot. Mereka kini keluar dari bilik Boboiboy. Mereka berdua berlari disekeliling koridor. Tiba tiba, penggera kecemasan berbunyi.

Di bilik latihan~

Ali : Apa? Kenapa penggera kecemasan berbunyi?
Geetha : Ada penceroboh! Di koridor bilik asrama! Cepat semua!

Semua Ejen Muda patuh dan mengikut Ehen Geetha dari belakang. Mereka semua tiba di sana. Fang dan Ochobot telah dikepung oleh robot penjaga.

Ali : Siapa korang berdua ni?!
Alicia : Kenapa korang menceroboh M.A.T.A?!

Semua Ejen Muda bersedia ingin menyerang mereka berdua. Boboiboy baru sahaja tiba di situ.

Boboiboy : Fang? Ochobot?
Fang : Boboiboy!

Boboiboy mendekati Fang dan Ochobot. Semua Ejen M.A.T.A kelihatan bingung.

Ali : Aik? Korang kenal satu sama lain?
Boboiboy : Ye. Korang tak perlu risau. Mereka berdua kawan aku.
Geetha : Tak apa robot pengawal. Mereka bukan musuh.

Semua robot pengawal menjauhi Fang dan Ochobot.

Boboiboy : Apa yang korang berdua buat disini?
Ochobot : Nak bawa kau balik lah!
Fang : Jom Boboiboy. Kita kembali ke Pulau Rintis.

Fang menarik tangan Boboiboy. Tapi, Boboiboy menarik kembali tangan nya. Ini membuatkan Fang dan Ochobot terkejut.

Fang : Boboiboy? Kenapa ni?
Boboiboy : Aku tak nak kembali semula ke Pulau Rintis.

Fang dan Ochobot terkejut besar mendengar apa yang Boboiboy kata.

Ochobot : T-tapi, kenapa?!
Boboiboy : Aku tak nak kembali semula ke Pulau Rintis. Mereka semua dah tak perlukan aku lagi, kan? Mereka dah tak hargai aku lagi. Macam semua yang aku buat selama ni, tak pernah berlaku. Macam aku ni tak pernah wujud. Buat apa aku kembali ke tempat yang semua orang tak perlukan aku? Di sini, aku ada kawan, aku boleh buat misi penyelamatan, semua orang hargai aku sebagai diri aku. Bukannya hanya kerana aku ada kuasa.

Fang dan Ochobot terdiam mendengar kata kata Boboiboy. Memang betul apa yang Boboiboy kata tu.

Ochobot : T-tapi, macam mana dengan kitaorang berdua?! Kami masih perlukan kau, Boboiboy. Kau....
Fang : Kawan kami.

Boboiboy memeluk mereka berdua. Fang dan Ochobot terkejut dengan tindakan Boboiboy.

Boboiboy : Aku tahu. Apa kata kalau korang jadi sebahagian dari M.A.T.A?
Fang, Ochobot : M.A.T.A?

Tiba tiba, Jeneral Rama Rama Terbang Tinggi Sampai Bima Sakti muncul entah dari mana.

Jeneral : Ya! M.A.T.A! Meta Advance Tactical Ajency! M.A.T.A adalah sebuah agensi pelindung Cyberaya! Tugas kami adalah untuk memastikan keselamatan Cyberaya!
Fang, Ochobot : O-oh......
Jeneral : Jadi, kamu berdua mahu menjadi ejen M.A.T.A?
Boboiboy : Ochobot sesuai jadi Teras Tekno. Fang pula sesuai masuk Teras Inviso.
Jeneral : Kenapa pula?
Boboiboy : Ochobot, kerana dia robot. Dia juga boleh tolong ejen Teras Tekno yang lain. Fang pula, sebab kuasa Fang memang licik. Sesuai dengan Teras Inviso.
Jeneral : Baiklah, kamu berdua setuju?

Ochobot dan Fang kelihatan sedang berfikir.

Fang, Ochobot : Kami setuju.



























856 perkataan

Dah siap~ macam mana semua? Ok tak? Episode ni sedikit bosan dan ayat yang bercelaru. Sorry ya. Author tak pandai buat ayat. TwT. Terima kasih semua kerana telah membaca cerita Author sampai ke episode ni! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali crossover (Boboiboy Au) (Complete) Where stories live. Discover now