Bab 1|Wrong number

165 8 0
                                    

"Baguskan abang Iyad, kata kak Mawar dah habis master dia belajar

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"Baguskan abang Iyad, kata kak Mawar dah habis master dia belajar. Nampak je macam badboy tapi otak, tip top!" Biskut Marie dalam pinggan Faiq capai sekeping lalu cicah ke dalam teh o panas. Lembek sedikit terus diangkat dan dimasukkan ke dalam mulut. Hmm.. nikmat dia mengunyah.

"Tu lah, macam tak percaya jugak aku." Aisar yang turut berada di situ berdecak kagum.

"Mati-mati dulu aku sangkakan dia belajar kat dalam Malaysia je, rupanya oversea. Kau ada?" Faiq gelak. Kepala diangguk berkali-kali. Seronok mereka berbual di teras rumah.

"Enam tahun siot kat oversea! Lama tu..."

Amanie yang tak sengaja menguping perbicaraan kedua-dua adiknya, sandar tubuh di belakang pintu. Nafas dihela berat. Mata dipejam kejap cuba menghalau sesak yang bertandang tiba-tiba.

Oversea?Patut pun lelaki itu menghilang tanpa jejak. Sambung belajar ke luar negara rupanya. Tak ingin menambah luka di hati, bergegas dia pergi dari situ masuk ke dalam bilik. Dilabuhkan punggung di atas tilam.

ZIYADH MALIQUE.

Mengingat sebaris nama itu, hati kecilnya bergetar hebat. Enam tahun lamanya Amanie berusaha untuk melupakan. Bukan satu tempoh yang singkat sebenarnya, tetapi hingga kini, semesta seakan tidak mengizinkan. Nama itu tetap melekat dan terus terukir di benaknya.

Mawar memang menutup semua akses tentang Ziyadh atas permintaan Amanie sendiri. Tidak ingin mengingat lelaki itu lagi. Walhal kesalahan yang dibuat bukannya tidak boleh dimaafkan. Amanie pun sedar akan kesilapan dia selama perkenalan mereka. Tetapi perbuatan lelaki itu di pertemuan terakhir mereka melukakan dia. Mencalar maruah dirinya sebagai seorang Muslimah.

Terdengar egois memang. Tapi salahkah jika dia cuba mempertahankan maruah sendiri? Menyelamatkan hati dari terus dipermainkan oleh lelaki itu?

Berkali Ziyadh berusaha menemui dia bagi menjernihkan kesalah fahaman yang terjadi di antara mereka, tetapi entah mengapa Amanie lebih suka memilih untuk memekakkan telinga ketika itu. Tiada hati mahu mendengar sebarang penjelasan daripada Ziyadh. Jauh sekali untuk duduk berbincang menyelesaikan masalah yang terjadi. Amanie seakan mati rasa. Tawar hati untuk menerima kembali.

_________

_________

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.
HATE YOU MR.TAPIR🌹| Slow UpdateΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα