Prolog

821 31 0
                                    

  Bunyi kereta yang masuk ke halaman rumah Nek Su menarik perhatian Ainur Qalisha yang sedang menjemur kain pakaian di ampaian itu. Lalu dia bergegas ke arah pintu belakang dan masuk ke dalam dapur. Dia berjalan menuju ke arah Nek Su.
"Nek Su,kat depan ada kereta berhenti tapi tak tahu siapa. Nek Su pergilah tengok,Ainur tak kenal" ujar Ainur Qalisha kepada neneknya. Lalu Nek Su berjalan ke depan rumah. Kelihatan dua orang tetamu sedang memberi salam dari hadapan rumah.
"Waalaikumsalam.." Nek Su menjawap salam lalu menjemput tetamunya itu masuk ke dalam rumah.
"Saya Tengku Amir dan isteri saya Suraya. Makcik ni Suhana kan. Isteri kepada Arwah pakcik Ahmad?"
Tanya Tengku Amir kepada Nek Su.
"Ye makcik la Suhana isteri arwah Ahmad. Anak ni siapa?
Tanya Nek Su lagi. Ainur Qalisha membawa dulang berisi air panas dan sedikit kek pandan yang dibuatnya tadi. Seusai menuang air ke dalam cawan dia kembali ke dapur.
"Saya anak kepada Tengku Haris,kawan baik suami Makcik"
Balas Tengku Amir sambil tersenyum.
"Owh anak Haris rupanya. Patutlah macam kenal tadi. Ayah kamu mana? dah lama tak nampak" tanya Nek Su kepada anak sahabat suaminya.
"Ayah saya dah meninggal bulan lepas..dia ada tinggalkan wasiat untuk keluarga Makcik. Harap Makcik dapat tunaikan permintaan terakhir arwah ayah saya" ujar Tengku Amir kepada Nek Su. Suraya hanya mengangguk dan tersenyum kepada Nek Su dan suaminya. Tengku Amir memberikan surat wasiat arwah ayahnya kepada Nek Su. Nek Su mengambil surat itu lalu dibacanya setiap butir ayat dalam surat itu.

  Ainur Qalisha duduk dihadapan Nek Su kerana ada hal yang harus dibincangkan kepadanya. Lalu Nek Su memulakan bicaranya apabila melihat Cucunya duduk dengan tenang.
"Ainur,Nek Su ada benda nak cakap ni. Nek Su harap Ainur dapat tunaikan permintaan terakhir Nek Su dan arwah Tok Mad" ujar Nek Su. Ainur hanya mengangguk dan menunggu bicara seterusnya daripada Neneknya.
"Nek Su nak Ainur Kahwin dengan cucu sahabat baik arwah Tok Mad. Tapi kalau Ainur tak nak Nek Su tak paksa. Nanti Nek Su bincang dengan anak sahabat Tok Mad" ujar Nek Su lagi sambil memandang cucunya itu dengan penuh kasih sayang.
"Ainur ikut Nek Su je,baik untuk Nek Su baik juga la untuk Ainur"
Balas Ainur sambil duduk disebelah neneknya lalu dipeluknya dengan erat.
"Alhamdulillah..Nek Su harap Ainur bahagia dengan pilihan arwah Tok Mad" ujar Nek Su lalu membalas pelukan cucunya itu.
Ainur hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
___________________________________

"What!!! Apa ni daddy! Aiman tak nak kahwin la,jangan paksa Aiman boleh tak!" Marah Tengku Aiman Qalish kepada ayahnya.
"No! Aiman mesti dengar cakap daddy juga. Itu wasiat datuk Aiman juga kenapa susah sangat Aiman nak terima" balas Tengku Amir kepada anaknya. Makin dibiarkan makin keras kepala. Lebih baik dia bertegas sekurang-kurangnya dengan berkahwin pasti anaknya akan berubah nanti.
"What the hell! Aiman tak nak ikut wasiat bodoh tu" berang sungguh dia ketika itu. Dia tak nak menamatkan zaman bujangnya semata-mata mengikuti wasiat itu.
"Ok baiklah kalau Aiman tak nak. Semua harta pusaka Arwah Datuk dan harta daddy akan diserahkan semuanya kepada rumah anak yatim kalau Aiman tak nak ikut" ugut Tengku Amir sambil merenung tajam ke arah anaknya yang keras kepala itu. Mungkin dengan ugutannya itu anaknya akan berubah fikiran.
Suraya hanya memandang pertelingkahan suami dan anaknya itu. Dia tidak berani untuk masuk campur. Sekurang-kurangnya nanti pasti anaknya akan berubah apabila berkahwin nanti dengan cucu sahabat baik ayah mertuanya.
Selepas dia melihat wajah ayu cucu sahabat baik arwah ayah mertuanya tadi,hatinya terus jatuh suka kepada gadis itu.
"Ok fine,Aiman akan kahwin"balas tengku Aiman Qalish lalu dia berjalan keluar dari rumah. Tunggu la nasib kau perempuan,kau ingat kau akan bahagia kahwin dengan aku, takkan! Monolog hati tengku Aiman Qalish.
Tengku Amir dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum. Mereka tahu sangat ugutan tengku Amir akan berjaya.

Perkahwinan antara Ainur Qalisha dan Tengku Aiman Qalish akan berlangsung pada hari ini.
Majlis akan diadakan di kampung Ainur Qalisha atas permintaan Tengku Aiman Qalish. Dia tak nak majlis itu diadakan di bandar kerana dia takut kawan-kawannya tahu dia berkahwin dengan gadis kampung dan dia takut teman wanitanya akan mengamuk.

  Majlis perkahwinan itu amat meriah sekali dengan kehadiran penduduk kampungnya walaupun majlis diadakan itu hanya kecil-kecilan sahaja. Mereka bergotong-royong menyiapkan segala persiapan majlis perkahwinan itu manakala yang lain sedang memasak.

Setelah selesai majlis perkahwinan antara Ainur Qalisha dan Tengku Aiman Qalish itu. Keluarga mereka berkumpul dan berborak di ruang tamu. Ainur meminta diri untuk membersihkan diri. Seharian memakai pakaian pengantin membuat badannya belengas dan tidak selesa.

Tengku Aiman Qalish membaringkan tubuhnya di atas katil bersaiz sederhana milik Ainur Qalisha. Badannya terasa penat. Lalu dia melelapkan matanya sekejap.
Ainur Qalisha keluar dari bilik air dengan hanya berkemban. Dia terlupa bahawa dia sekarang sudah berkahwin. Dia menuju ke arah almari pakaian. Dia perasan ada sesuatu objek yang bergerak di atas katilnya,dia menoleh.
"Arggghh Nek Su" teriak Ainur Qalisha memandang objek itu.
Dia menutup wajahnya dengan telapak tangannya.
"Kau pehal nak jerit2,dah lupa kau dah kahwin tadi" Tengku Aiman Qalish memandang wajah isteri yang telah dinikahinya tadi. Lalu dia berjalan berdiri dekat dihadapan Ainur lalu wajah itu ditatapnya lama. Wajah gadis itu putih melepak,mata bundar berwarna hazel,hidung mancung,bibir merah dan tubuh isterinya kecil macam budak umur 17 tahun. Hatinya berdebar-debar apabila memandang wajah itu. “comel jugak budak ni,ehh Aiman sedar sikit tu perempuan yang dah musnahkan hidup kau. Sebab dia kau kena tamatkan zaman bujang kau! Lepas ni kau tak boleh nak enjoy dah. Kau kena balas dendam" hasut  fikirannya sendiri. Lalu dia membuang perasaan sukanya ketepi. Dia perlu ajar sikit kat gadis kampung ni. Tekad hatinya.

Ainur berdebar-debar apabila lelaki itu berdiri dihadapannya sambil memandang tajam ke arahnya. "Kau dah kenapa encik jantung,dah nak tercabut ke" desis hati kecil Ainur Qalisha sendiri sambil berdiri kaku dengan hanya berkemban menggunakan tuala separas paha.
"Kau jangan ingat kau akan bahagia kahwin dengan aku. Aku akan pastikan kau merana sebab dah terima wasiat itu. Aku nak kita berlakon bila depan Nek Su dan keluarga aku. Faham?" Ujar Tengku Aiman Qalish dengan wajah ketatnya. Hatinya panas apabila teringat tentang wasiat itu. Kalau bukan disebabkan harta tu,dia tak akan berkahwin dengan umurnya yang baru berusia 24 tahun. Isterinya pula berusia 21 tahun setelah ibunya memberitahunya pada hari pertama mereka dipaksa berkahwin.
"Hm saya faham. Takpe saya akan ikut je cakap awak. Saya minta maaf sebab dah susahkan hidup awak. Saya terima wasiat tu sebab itu amanah terakhir arwah Tok Mad dan arwah ibubapa saya,jadi saya tak sanggup nak hampakan permintaan terakhir mereka" balas Ainur Qalisha dengan perasaan sedih. Dia hanya menundukkan wajahnya memandang lantai.
"Ok,dah la aku nak mandi" ujar Tengku Aiman Qalish. Dia jatuh kasihan melihat wajah polos itu namun di tepisnya. Dia takkan mudah jatuh kasihan lagi lepas ni. Tekad hatinya. Lalu dia berjalan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Tengku Aiman Qalish memandang isterinya yang berdiri kaku di hadapan katil. Lalu dia menyelongkar bajunya di dalam bagasi besar lalu dia memakai baju T-shirt dan seluar pendek.
Selepas bersiap dia membaringkan tubuhnya di katil.
"Err awak, saya tidur kat mana?" Tanya Ainur Qalish terketar-ketar.
"Kau tidur kat lantai,ni ambil bantal ni" ujar Tengku Aiman Qalish lalu dia mencampakkan bantal ke arah Ainur Qalish.
Lalu Ainur Qalish membaringkan tubuhnya di lantai. Perlahan-lahan airmatanya mengalir,dia mengenangkan nasibnya itu.
"Ibu ayah..kenapa hidup Ainur macam ni..tapi takpe Ainur akan jadi kuat demi ibu ayah. Ainur janji akan ubah sikap menantu ibu dengan ayah" tekad Ainur Qalisha dalam hati. Matanya perlahan-lahan terpejam lalu dia tertidur setelah penat menangis.

 ***

Ok guys,tunggu next chapter ok.
Nanti author sambung.
Jgn lupa vote and komen ok
😁😁

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now