Bab 1 | Kerja

30 4 5
                                        

Aiman melarikan diri daripada dua orang lelaki berbadan besar yang memegang sebilah parang dan sepucuk pistol. Dia kena selamatkan diri demi isteri dan dua orang anaknya. Siapa lagi yang nak memberi nafkah dan perlindungan kepada isteri dan anak anaknya kalau bukan dia.

Aiman masuk ke dalam lorong yang gelap dan sunyi. Dia menyembunyikan dirinya dibelakang tong sampah. "Busuk pun busuklah janji aku selamat" bisiknya.

FLASHBACK

"Abang pergilah cari kerja untuk beli susu anak ni, beras pun tinggal sikit. Kita nak makan apa lepas ni? Makan pasir?" Isterinya 25 tahun bernama Suraya. Mereka berkhawin pada usia yang muda dan mempunyai dua orang anak Zafril dan Zulaika.

"Abang bukan malas nak cari kerja tapi..." Belum sempat dia menyambung "apa tapi tapi? Pergi cari sekarang!" Isterinya meninggikan suara kepadanya.

--

"Mat kau carikan kerja untuk aku. Kerja apa-apalah asalkan duit masuk. Dapat makan, dapat minum pun jadilah" ngeluh Aiman.

"Ha aku ada satu kawan ni dia tengah cari agen untuk hantar barang. Gaji tu boleh tahan lah, banyak juga" Afzam menghirup air teh tariknya lalu mengeluarkan telefonya.

"Ini nombor dia, kau boleh mesej dia"

"Thanks Mat kau penyelamat hidup aku" Aiman terus mengeluarkan telefonnya lalu menghantar mesej kepada nombor yang Afzam berikan padanya tadi.

"Mat thanks Mat! Aku dah dapat kerja dah. Esok aku dah boleh start" Aiman terus memeluk kawan karibnya Afzam.

Aiman pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Dari luar rumah Afzam menjerit "Yang! Abang ada berita gembira! Abang dah dapat kerja" Aiman berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari isterinya terus memeluk isterinya kerana berasa terlalu gembira.

"Alhamdullilah dapat juga abang kerja. Nanti dapat gaji boleh lah abang beli barang-barang dapur ni"

"Eh kerja pun belum lagi.. sabar ye"

"Hehe abang dapat kerja apa?"

"Hantar barang"

"Barang? Hmm apa-apalah asalkan kerjanya halal"

Baru tiga bulan Aiman bekerja sebagai penghantar barang gajinya sudah banyak melebihi gaji seorang guru. Jika gajinya dikumpul hampir 8ribu semuanya.

Aiman memulakan kehidupannya seperti biasa. Apabila ada panggilan masuk barulah dia akan menghantar barang seperti biasa.

"Bungkusan ni hantar dekat Dato' Siva. Kau buat macam biasa. Tapi ingat syaratnya"

"Ye aku ingat. Jangan sesekali buka bungkusan ni" Dato' Siva ialah orang yang sama aku hantar barang. Jika dikira sudah 12 kali aku hantar bungkusan ini kepada dia.

Aiman mencari kunci motornya di dalam poket seluar tetapi tidak menjumpainya. Dia patah balik ke dalam rumah untuk mencari kuncinya.

"Hello bos aku dah hantar budak untuk hantar bungkusan tu. Ada dalam 10gm semuanya" Adi pun membuka lacinya dan mengeluarkan jarum, picagari dan pistol.

Aiman terdengar perbualan Adi di dalam telefon hatinya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Kini dia mula curiga tentang bungkusan yang selalu dihantar. Aiman berlari ke arah motornya. Bungkusan itu dirobek dengan kuat. Alangkah terkejutnya dia bahawa bungkusan yang selama ini dia hantar ialah dadah. Selama 3 bulan juga dia telah menjadi keldai dadah. Aiman membawa bungkusan tersebut ke arah rumah.

Aiman menjenguk ke dalam rumah tersebut. Matanya terbeliak apabila mendapati terdapat sepucuk pistol dan dadah. Kakinya menggelentar takut-takut dia dibunuh.

"Nak tak nak, aku kena hantar juga benda ni. Ini kali terakhir aku buat kerja haram". Aiman patah balik ke motornya untuk letak bungkusan tersebut.

Sebelum dia masuk ke dalam rumah. Dia mengetuk pintu " aku Aiman, kunci aku tertinggal dekat atas meja tu". Aiman langsung tidak dijemput masuk ke dalam. Konconya yang memberi kunci itu kepada Aiman lalu menutup pintu semula. "Kejap-kejap jangan tutup pintu dulu. Aku nak cakap yang aku nak berhenti kerja" lalu Aiman terus hantar bungkusan yang berisi dadah itu kepada Dato' Siva.

Bunyi telefon kedengaran, panggilan masuk daripada Adi. Aku ragu-ragu untuk mengangkat panggilan tersebut tapi Suraya merampas telefon dan mengangkat panggilan tersebut.

"Aiman asal kau berhenti kerja?" Suraya hanya terdiam dan melemparkan muka marahnya kepada aku. Telefon itu aku rampas aku terus menekan tamatkan panggilan.

Vote✨

DESPONDENTOù les histoires vivent. Découvrez maintenant