❦ 37

2K 261 40
                                    



37, chances

37, chances

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

• • •



" terima kasih sebab ikutkan aje apa yang geoffrey nak hari ni. saya janji dia takkan menyusahkan awak dah lain kali "

Ungkap Jihyo sebaik kereta Jungkook berhenti dihadapan apartment nya. Ya, lepas apa yang sudah jadi sebulan yang lepas, dia tidak lagi tinggal bersama keluarganya.

Sudah pasti keluarganya marah kerana Jihyo telah memihak kepada the Ks. Dan Jihyo sendiri malu untuk berhadapan dengan mereka semua.

" no. bring him over to me every weekend. he's my son after all. tak kisah lah sebuk mana pun saya, i'll make time for him and you "
Manis saja butir bicara Jungkook.

Dan dia benar benar maksudkan kata katanya itu. Jihyo sekadar mengangguk. Geoffrey yang sedang tidur di tempat duduk belakang dipandang sekilas.

" Jihyo. Lets talk before you get in. Keluar dari kereta. kita cakap diluar "
Arah Jungkook selamba.

Jihyo hanya ikutkan. Biarlah Geoffrey tidur dulu dan dia berbual bersama Jungkook.

Jungkook bersandar pada sisi hadapan kereta mewahnya. Mata indahnya tidak lepas memandang setiap pergerakkan Jihyo.

Jihyo yang masih dia sayang. Jihyo yang masih baik dimatanya. Jihyo, wanita pujaan hatinya.

" jadi apa yang awak nak cakap lagi? "
Soal Jihyo mahu tidak mahu. Dia sudah cukup bosan jika Jungkook mahu bicara soal kasih dan sayang lagi dengannya.

" saya rasa dah cukup kot "
" apa yang dah cukup? "

Jungkook tersenyum nipis. Dia mengambil langkah mendekati Jihyo.

" dah cukup awak seksa saya. saya tahu saya salah. tapi dulu saya tak ada pilihan, sayang "
Jungkook mula berbicara dengan lebih lembut.

Jihyo menghela nafas berat.

" bagitahu saya, Jungkook. apa yang Alice maksudkan? saya tahu awak tak ada pilihan sebab alice. apa yang jadi diantara awak dengan dia? kenapa ugutan Alice tu boleh buat The Great Captian Jeon kalah? "

Jihyo menyoal terus tanpa berlapis. Jungkook terdiam seketika. Dia tidak sangka yang Jihyo tahu tentang Alice.

" bagitahu saya dan saya akan pertimbangkan, Jungkook. Tell me, please "
Jihyo mencapai tangan kanan Jungkook.

Dia menggenggam tangan besar itu dengan erat. Mendatangkan rasa senang dalam diri Jungkook.

" masa tu.. Alice ada gambar kita semasa kita keluar berdua. dan dalam gambar tu kita berpelukan and we were kissing. Alice ugut untuk beritahu Leng. tapi dia nak bretitahu cerita yang bukan bukan. dia nak beritahu awak yang goda saya, awak buat saya lalai dengan kerja saya— "

Jungkook berjeda seketika. Jemarinya ditautkan dengan jemari Jihyo lalu belakang tapak tangan Jihyo dicium.

" takkan saya nak benarkan dia buat macam tu? takkan saya nak biarkan dia burukkan awak depan ayah awak sendiri? jadi saya akur, supaya dia tak buat semua tu. awak pun tahu kalau ayah awak tahu 4 tahun lepas pasal kita, mesti teruk awak dan saya kena.

saya tak kisah kalau saya aje yang kena. saya askar, Jihyo. tapi masa tu awak cuma budak perempuan biasa, yang lemah, yang saya perlu jaga. jadi saya tak sanggup. maafkan saya, saya menipu, saya— "

Jungkook terhenti dari berbicara saat Jihyo bertindak memeluk tubuh tegapnya dengan erat sekali.

Dapat Jungkook dengari yang Jihyo sedang teresak perlahan. Perlahan, pelukan wanita kesayangan nya itu dibalas lembut.

" kenapa baru sekarang awak bagitahu saya semua ni Jungkook..? kalau saya tahu dari awal— "
Jihyo terhenti kerana tangisan nya yang semakin menjadi jadi.

" no, sayang. tak apa, jangan menangis. shh— im here baby "
Suara Jungkook yang lembut mendayu itu berjaya menenangkan jiwa Jihyo yang serabut.





—TO BE CONTINUED—
see you next time, loves.

[C] CAPTAIN JEON's LOVEWhere stories live. Discover now