Jeonghan sedang bermesyuarat, namun tiba tiba telefonnya bergetar di dalam poket. Dia mengeluarnya senyap senyap bawah meja dan melihat.. nama Sowon. Dia tutup.

Sowon faham, kalau Jeonghan tutup call.. dia dalam meeting atau urusan penting dengan client. Tapi, masuk lagi panggilan dari sowon.

Dan mesej ringkas "JAWAB"

Jeonghan jawab dan berbisik
"aku dalam mesyuarat ni, nanti call lain"

"AIR KETUMBAN SAYA DAH PECAH. AWAK TOLONG BALIK... TOLONG JEONGHAN.. NEOMU APPO"

jeonghan : MWO?!! (berdiri)

semua pasang mata menatapnya pelik. Dia hiraukan dan berlari keluar. Ada beberapa ketua bahagian lain memanggilnya kerana keluar tanpa adab dan menghentikan mesyuarat begitu sahaja.

Jeonghan : Okay Sowon.. sabar.. tarik nafas, hembus. Okay.. aku otw. sabar jap. Please sabar Sowon. aku tahu kau kuat

Sowon : Palli..

Jeonghan malah hon hon kereta lain, nak tak nak, dia guna laluan kecemasan.

lama kelamaan, dia tiba di rumah. Buka pintu dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Tertanya tanya, mana bibik dan security? Dua dua tak jadi. Sowon tiba tiba buat perangai tak nak ada bibik kerana dia takut Jeonghan suka kat orang gaji itu.

Jeonghan : ah yeogi
Sowon : ah- jamkkamal..
Jeonghan : Biar aku dukung.
Sowon : Gwencanha gwencanha..
Jeonghan : bodo (terus dukung Sowon bridal style)

Pintu ditutup pakai kaki dan terus meletakkan Sowon di seat penumpang sebelahnya. Jeonghan masuk. Terus memecut ke hospital berdekatan.

Jeonghan : Hampir sampai.. Tenang sowon.. kejap je lagi
Sowon : MACAM MANA SAYA NAK TENANG!

Selepas bertungkus lumus menahan sakit, kereta Jeonghan terpakir tepat dihadapan hospital bahagian ibu mengandung. Dia mendukung Sowon masuk. Kaki tangan yang melihat itu, terus memanggil yang lain dan kini..

Sowon ditolak dengan katil beroda.

Sowon : Jeonghan nan museowo..
Jeonghan : halssu isseo. Kau kuat. i love you

Hinggalah Sowon bersama juru rawat masuk ke sebuah ruang yang dimana, Jeonghan tak boleh masuk.

Jeonghan mengeluh berat. Penat. Itu yang dia rasa. Takut. Ya juga. Gelisah. Ya. Sangat

"Hah, Macam ni kalau isteri nak bersalin.. huft.. moga moga dia selamat. Tapi, kenapa awal sangat lahir? Bukan ada lagi sebulan ke? Ke aku yang tak kira? ah entahlah macam mana pun. Aish! kalau aku tahu dia nak bersalin harini, aku tak pergi mesyuarat tu!. ah.. aniyo (geleng kepala) asal aku cakap macam tu" batin Jeonghan

Kalau orang tak tahu apa yang dipikirnya, mesti orang menganggapnya gila.

Jeonghan : eoh omma appa.

'appa, Sowon dah masuk wad bersalin. Tolong bagitahu omma dan omma Sowon sekali...' - yoon jeonghan

Jeonghan merenung pintu ruang tersebut dengan perasaan yang bercampur aduk. Kalau boleh, dia yang nak gantikan tempat Sowon. Dia betul betul ingin berikan semangat buat yeoja itu. Dia tahu sakitnya untuk melahirkan anak. Jeonghan menghembus nafas berat. Dia hanya mampu berdoa dari luar dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas lama menunggu.. bersama dengan ahli keluarga yang lain, doktor keluar.

Jeonghan : ma--macam mana doktor??
Doktor : Maaf tuan. Pihak kami telah cuba sedaya upaya. Tetapi usia kandungan isteri tuan masih dikira muda. Kami tak dapat lakukan lebih, kami minta maaf sebesar maaf. Jadi, kami disini ingin tuan memilih salah satu. Antara isteri tuan, atau anak itu.

Semua ahli keluarga tak percaya. Jeonghan naik angin tiba tiba

Jeonghan : Kenapa tak boleh selamatkan dua dua?! Ni hospital swasta. VIP lagi. Apa benda nih! doktor tak pandai buat kerja ke apa hah?!
Doktor : Sabar tuan, kami memang bertungkus lumus untuk menyelamatkan kedua duanya.. tapi ini bukan tentang pakar atau kehandalan. Ini tentang penyakit dan maut yang akan ditimpa. Memang ini takdirnya.

Jururawat : Tuan, tolong cepat. Jika tuan lambat memilih, tuan boleh kehilangan kedua-duanya.
Omma Kim : Sudahlah Jeonghan, pilihlah.. ini terletak pada tanganmu.. omma terima apa jua pilihan kamu Jeonghan..
Omma Yoon : majja.. Omma percaya dengan pilihan kamu Han..

Jeonghan mengusap wajahnya kasar
"kalau aku pilih Sowon, anak tu.. tiada lagi. Sowon mesti marah aku. aku dah jadi pembunuh.. Sowon mesti benci aku! Kalau aku pilih anak tu.. ah.. andwae.. aku sayang sowon. aku sayang kedua duanya.. Anak tu juga mesti mahukan emaknya. Ya tuhan!!" batin Jeonghan yang kabut.

Jeonghan : Saya pilih..

TO BE CONTINUED

My Husband is a Gay [✔]Where stories live. Discover now