Pagi-pagi lagi Afina telah bangun bersiap untuk ke sekolah..dan dia terus turun menolong mamanya memasak di dapur.. Setelah siap sarapan dia cepat-cepat berjalan mengambil beg sekolah dan menuju ke rak kasut..
"jangan kalut sangat Fina..tak lari mana pun sekolah tu"tegur Encik Afiq kepada anak bongsunya.. Dan lagi buat lawak tu.
"Memang sekolah tak lari paa..tapi kalau lambat kena denda. Dah lah Fina pengawas. Buat hal pulak datang lambat"jawab Afina sambil memakai kasut sekolahnya..Puan Rohani hanya tersenyum saja melihat gelagat suami dan anaknya dari jauh..
"haa yalah belajar elok-elok.. Jangan tahu main jaa"ujar Encik Afiq..
"Ehh papa ni mana ada Fina main..Fina belajarlah paa"kata Fina dengan mulut muncungnya..
"emmm yalahh papa lawak ja lahh..itu pun nak muncung..tak comel dah anak papa ni"kata Encik Afiq sambil memicit pipi anaknya..lagi bertambah muncunglah jawabnya.. Afina memang rapat dengan papanya dari kecil lagi Encik Afiq suka menyakat Afina itu yang membuatkan kakak kembarnya tak berapa suka pada Afina tapi tidak pada Aiman iaitu Abangnya.. Aiman tidak kesah tentang hal itu.. Lagipun Encik Afiq rapat dengan semua anaknya.. Cuma mungkin Afina ni anak bongsu itu yang papanya suka mengusik dan menyakat Afina..
"Apa papa ni sakitlah "
"haa mana kakak kamu Afina? Tak turun lagi dari tadi "tanya Puan Rohani kepada Afina..
"Ada kat atas. Tadi Fina dah kejut suruh turun. Satgi turun la kot"jawab Afina..
"hmmm.. Tak palah Fina pi laa dulu nanti lambat pulak ke sekolah.harini kan Fina kena jaga pagar utama sekolah..kalau lambat sapa yang nak jaga"kata mamanya kepada afina..
"Ok bye maa paa.. Fina pergi sekolah dulu tau. Asalammualaikum"kata Afina selepas menyalami mama dengan papanya dan terus berjalan masuk dalam kereta yang dipandu oleh Pak Ali. Mengambil seorang driver bukan kehendak Afina tetapi atas arahan papanya.dia terpaksa akur..bukan apa papanya cuma memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin kerana ada masanya dia tidak dapat menghantar atau mengambil anak-anaknya dari sekolah..Pak Cik Ali sudah lama bekerja dengan Encik Afiq..dia sudah mengangap Aqila dan Afina macam anak-anaknya sahaja..
"bye fina ..hati-hati tau. Waalaikummussalam.. Pergi sekolah elok-elok tau"jawab papa dan mama Afina..
"hati-hati yaa bawak kereta Pak Ali"pesan Puan Rohani kepada Pak Ali..
"yaa puan"
Selepas itu ..turunlah kembar si Afina dari tangga tingkat atas.. iaitu Nurin Aqila. Walaupun kembar tetapi mereka tidak rapat.. Sering bergaduh kerana Aqila cemburu melihat kemesraan Afina dengan mama papanya..
"kamu baru turun Qila.. Adik kamu dah pergi sekolah dah pun.. Kenapa lambat Qila?".. Tanya Encik Afiq kepada anak keduanya itu.. Encik Afiq dan Puan Rohani dikurniakan tiga orang anak.. iaitu yang sulung Muhammad Aiman Haiqal ..yang kedua Nurin Aqila Syazwani.. Dan yang terakhir Nurin Afina Aulia..
"yaa paa Qila baru turun.. Tadi Qila terlambat bangun sebab jam loceng Qila tak bunyi..bateri habis. Tu yang lambat turun ..sorry paa"jawab Aqila yang sudah mendekati meja makan.. Egrhhh biarlah budak tu nak pergi dulu pun..Apa kena mengena dengan aku.. Kata Aliyaa dalam hati..
"Haihhh ..yalahh nanti papa belikan bateri..hmmm tak pa lah makan cepat nanti terlambat pergi sekolah"kata Encik Afiq..
"Ok paa.."jawab Aqila dan terus sambung makan..
🍁🍁🍁
Di sekolah Afina terus berjalan menuju ke kelas 5 Satria.. Tiba-tiba....
"Nurin Afina Auliaaaaa" panggil seseorang dari belakang.. Afina mengeluh dan menjuling matanya ke atas..kalau yaa pun tak payah laa panggil nama penuh aku. halahh. suara itu memang Afina kenal sangat. sapa lagi kalau bukan Khairina Aimi binti Khairuddin kawan baiknya dari tingkatan satu..
"kau ni tunggulah aku.. Jalan laju sangat la kau ni.. Tadi aku nampak kau keluar dari kereta.aku ikut kau. Dari tadi aku panggil kau ..kau buat tak tau je.. Yang kau jalan laju sangat ni dah kenapa.. Nak pi kelas je pun"bebel Khairina tidak puas hati..
"haih kau ni..sorry laa aku tak dengar pun tadi kau panggil aku.. Kan aku bagitau kau semalam yang kita kena jaga pagar utama sekolah pagi ni. Tu yang aku nak cepat ni"jawab Afina..yaa mereka berdua pengawas sekolah dari tingkatan tiga lagi dan kerap juga mereka diminta bertugas bersama..
"Ouh aku lupa.. Sorry.."
"dah la jom.. Kita dah lambat ni"
🍁🍁🍁
Loceng berbunyi tanda waktu rehat. Semua pelajar sudah keluar dari kelas kecuali Khairina dan Afina yang sedang mengemas kelas. Harini mereka berdua bertugas tetapi tidak sempat kemas kelas pagi tadi kerana mereka perlu melaksanakan tugas sebagai pengawas. Jadi mereka terpaksa kemas pada waktu rehat.
"ok dah siap. Jom kita pergi rehat"kata Khairina kepada Afina selepas selesai kemas kelas.
Semasa mahu keluar dari kelas Afina terlanggar bahu seseorang.
"auww sakitlah. kau ni kenapa haa jalan tak reti tengok depan ke?!!" kata orang itu dengan kasarnya sambil memegang bahunya yang sakit..
'Suara ini macam aku kenal' kata Afina dalam hati dan terus melihat siapakah gerangan suara itu.. Mereka bertembung mata tetapi tidak lama. Afina terus berpaling ke arah lain. dia takut melihat mata yang tajam menikam matanya. Kerana orang itu ialah Nurin Aqila Syazwani..yaa orang itu kakak kembarnya yang sangat benci akan dirinya..
"kak sorry Fi..fina tak perasan tad..tadi. Fina tak sengaja"jawab Afina terketar-ketar..
"ishh kau lagi. Tak habis-habis muka kau jugak aku tengok. sehari tak muncul depan aku memang tak sah kan. Ehh lain kali jalan tengok depan bukan tengok tempat lain"kata Aqila sambil menunjal-nunjal kepala Afina..
"ehh ehh ehh nak cakap. Cakap jelah tangan tuuu tak payah la nak tunjal-tunjal kepala orang. Ehh kau tu pun sama je jalan tak reti tengok orang.asyik nak tuduh orang je. kesalahan sendiri tak nak pulak tengok"kata Khairina pedas sambil menepis tangan yang menyentuh Afina itu.. Panas pulak aku tengok dia duk tunjal-tunjal kepala kawan aku.. Ingat kawan aku ni patung ke apa...
"hei yang kau nak sebuk dah kenapa?!! Dia tu adik aku ikut suka aku la nak buat apa pun!!"jerkah Aqila sambil menunding jarinya ke muka Khairina..
"ouh mengaku pulak dia adik kau. Ingat kan tak mengaku. Untuk pengetahuan kau .ni kawan baik aku. Jadi aku ada hak nak pertahankan dia.. Kalau kau nak marah sebab dia langgar bahu kau. Kau tak boleh cakap elok-elok ke?! Tak perlu pun nak tunjal-tunjal kepala orang!!" suara Khairina sudah naik satu oktaf.. Dia tidak kisah kalau depan dia ini senior sekalipun.. Tapi dia lebih kisah kalau kawan dia diperbuat sebegini..
YOU ARE READING
Kalau Jodoh Takkan Kemana
Non-Fictionkerana kedudukannya yg berpangkat tengku yg membuatkan Firash berkelakuan sombong dan angkuh.. Dan dia juga menjadi seorang ketua gangster smartboys di skolah.. "aku dengar orang cakap yg kau suka aku betul ke? "tanya Firash kepada Afina. "kau den...
