Bab 8

482 85 65
                                    

Aku,Risha dan Lisa yang baru melangkah menuju ke arah Luqman terus terhenti apabila tiba-tiba Lianna and the gang datang mendekati Luqman.

Aku terus menarik tangan Risha dan Lisa untuk berhenti daripada terus melangkah.Aku terus menarik mereka berdua ke tempat yang agak tersorok sikit daripada pandangan Luqman.

"Kau ni kenapa Rin? Takkan kau nak biarkan Si Mayat Hidup tu mengorat mamat hensem tu?" Soal Risha dengan pelik.

"Haah. Betul tu.Geram pulak aku tengok perempuan tu!" Sokong Lisa.

"Relaxlah, sekejap je.Aku nak rakam and dengar perbualan diorang.Benda ni mesti lawak gila nanti," ujar aku dengan penuh yakin.

Aku,Risha dan Lisa mendekati tempat Luqman secara perlahan-lahan.Kemudian aku menyuruh Lisa bersiap sedia dengan kamera untuk merakam.Aku memandang ke arah Luqman sambil memasang telinga dan mata.

Suara Lianna jelas kedengaran apabila menegur Luqman yang ralit membaca Al-Quran.

"Hi,handsome boy! Saya Lianna.Boleh kita berkenalan?" Soal Lianna sambil menghulurkan tangan kepada Luqman untuk bersalaman.

Terus terhenti pembacaan Luqman. Luqman memandang pelik ke arah Lianna. Aku yang melihat situasi tersebut mula tersenyum sinis.Nasib kaulah Mayat Hidup kena tarbiah dengan Luqman. Hehehe....

Aku mula menumpukan perhatian aku terhadap mereka. Aku lihat Luqman mula menutup Al-qurannya.

"Assalammmualaikum saudari,Lianna. Maaflah,ya. Saya ada benda sikit nak cakap. Kalau Cik orang Islam,mestilah cik tahukan hukum lelaki bukan mahram menyentuh cik yang perempuan.Hukumnya haram dan berdosa.Jadi saya tak boleh sambut salam cik. Lagi satu, sebagai perempuan cik patut ada rasa malu untuk menegur dan memanggil serta menyentuh ajnabi.So, saya nak tanya cik mana perginya sifat malu cik sebagai perempuan Islam?" Soal Luqman dengan muka yang serius.

Aku dapat tengok muka Lianna yang terpinga-pinga. Aku,Risha dan Lisa puas menahan ketawa daripada meletus.

"Waalaikumussalam. Erk, sorry awak. Saya ingat nak berkenalan je. Boleh saya dapatkan nombor telefon awak?"

Lianna masih menaruh harapan walaupun jelas penolakan daripada Luqman.

"Hurmm...Saya rasa tiada kepentingan untuk awak dapatkan nombor telefon saya. Lagi pun saya just bagi nombor telefon saya pada orang tertentu dan perempuan yang istimewa bagi saya seperti mak dan bakal isteri saya. Kalau tak ada apa-apa ,saya minta diri dulu cik. Minta maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan cik dan rakan-rakan," ujar Luqman sambil terus bergerak ke arah kereta tanpa mengendahkan Lianna.

Lianna dan rakan-rakannya terkulat-kulat selepas diberi ceramah percuma dari Luqman.

"Amacam Lisa? Dah habis rakam?" Soal aku teruja.

"Of course dah.Memang pandai betul otak kau Rin.Aku tak boleh blah tengok muka Lianna.Hahaha..." Lisa terus ketawa geli hati apabila mengenangkan kisah tadi.

"Betul tu wei.Aku pun rasa macam senak perut nak gelak tengok muka dia tadi.Aduii...Cinta kena reject." Kata Risha sambil terus ketawa tanpa mengendahkan orang di sekelilingnya.

Aku tergelak mendengar balasan daripada Risha dan Lisa.Tanpa menunggu lama, aku terus mengajak Risha dan Lisa ke kereta yang sedang dijaga oleh Luqman.Aku dapat melihat Lianna dan rakan-rakannya juga turut berada berdekatan dengan kawasan itu.

Aku memulakan lakonan apabila aku sudah mendekati Luqman.

"Hi dear, lama ke you tunggu I? Jomlah, I tak sabar nak keluar dengan you. But today, kawan I pun nak join juga. You tak kisahkan? Jomlah, I rasa lagi lama dekat sini lagi ada orang sakit hati maklumlah cinta kena reject."

Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]Where stories live. Discover now