BAB 4

585 101 18
                                    

Aku menggosok mata aku. Maklumlah baru bangun tidur. yang menguap. Aku teringat perbualan abang, mama dan papa malam semalam di ruang rehat.

Pada masa itu aku mencuri dengar perbualan mereka tanpa mereka sedari.
Seketika aku cuba mengingat kembali perbualan mereka yang menjurus tentang aku.

"Pa, papa kena buat sesuatu. Rin dalam bahaya. Macam-macam boleh jadi dekat Rin tu. Dia tu dahlah perempuan. Manja pula tu." Kata abang.

Aku yang mendengar kata-kata abang menahan geram di dalam hati. Berani dia cakap aku manja. Tak adalah manja sangat.

"Ya, papa tahu. Papa memang dah lama nak cari driver lain selain Pak Mat.Lagi pun Pak Mat ada minta cuti selama sebulan dekat papa. Katanya, isteri dia sakit. Papa ada juga tanya sama ada Pak Mat ada ke tak jumpa orang yang perlukan kerja. Kalau ada memang papa terus ambil dia bekerja je."

"Habistu, Pak Mat dah jumpa ke orang untuk ganti tempat dia?" Soal abang.

" Dah, nanti esok atau lusa dia datanglah.Is tak payahlah risau sangat pasal Rin tu." Balas papa dengan yakin.

" Mestilah risau papanya. Rin tu dahlah satu-satunya anak perempuan kita. Dia tu bukannya biasa kena ugut atau psycho. Ni, Is kamu kenal ke orang yang ganggu Rin tu?" Mama yang dari tadi berdiam diri bersuara menyoal abang.

"Is tak tahulah mama. Lagi pun time Is sampai and dia nampak je Is dia terus lari. Is tak sempat nak scan muka dia. Tapi kan mama, boleh tahan juga rupa mamat tu. Ni, mesti dia bukan anak orang biasa. Kalau tak, tak adalah dia berani nak dekat dengan Rin. Mama tahu sajalah taste anak perempuan mama tu. Nak yang handsome,hot guy and kalau boleh semuanya dia nak sempurna," balas abang yang mengutuk cita rasa aku yang agak memilih soal teman lelaki.

Aku mengetap bibir menahan geram pada abang. Tak guna punya abang. Dalam dia, mengutuk diri aku. Aku terus beredar dari situ apabila perbualan mereka lebih kepada tentang Jefri. Aku yang memang malas nak ambil tahu tentang mamat sengal tu terus pergi ke dalam bilik tidur aku.

Cuma aku hanya tertarik dengan perbualan mereka tentang driver baru. Wah, teringin juga aku nak ada driver sendiri. Tapi siapa yang akan jadi driver aku tu? Alamatnya kena tahanlah dengan perangai aku yang jenis kaki jalan ni. Aku tersenyum memikirkan yang aku akan lebih mudah untuk pergi ke mana-mana sahaja dengan adanya driver baru. Memandangkan diri aku yang masih belum ada lesen, memang patut pun aku ada driver.

Hurmm siapalah gerangan bertuah yang jadi driver aku tu ya? Soal aku dalam hati. Aku yang baru tersedar dari lamunan terus mencapai iPhone yang berada di atas meja di tepi katil. Aku terus menghantar mesej kepada Risha dan Lisa.

" Hey girls, jom keluar.Kita shopping and
lepak dekat club." -Rin

"Yes, dear.Jumpa tempat biasa tau." - Lisa

"Alright, jangan lupa hari ni kita akan habiskan masa dengan enjoy ^^. -Risha

Setelah membalas mesej mereka aku terus bersiap untuk keluar seperti yang dijanjikan. Hari itu, seperti biasa aku mengenakan skirt pendek yang ketat dan baju ala dress pendek. Aku hanya mengenakan solekan ringkas seperti biasa. Lalu aku terus mencapai beg dan keluar dari bilik.

Aku yang berada di ruang tamu rumah kebetulan terserempak dengan mama."Rin nak keluar pergi mana ni?"

"Macam biasalah mama. Enjoy dekat club and mall." Balas aku dengan selamba.

Mama hanya menggeleng kepala. "Nanti jangan balik lewat sangat. Lagi satu hati-hati. Nak suruh Pak Mat hantar Rin tak?" Soal mama.

"Tak payahlah. Rin naik dengan Risha je," balas aku.

Sebelum ke ruang tamu tadi, aku sempat menghantar mesej kepada Risha untuk menjemput aku dari rumah.

"Yalah, kalau macam tu.Jaga diri baik-baik." Pesan mama semasa aku sedang memilih kasut di rak."Alright mama.Don't worry.Tahulah Rin nak jaga diri."

Aku mencium pipi mama sebelum keluar. Kelihatan Risha sudah menunggu aku di dalam keretanya. Lantas, aku terus memakai kasut dan ke kereta mewah milik Risha.

🌺🌺🌺

Aku menghayati lagu di dalam Zouk Club yang mendendangkan lagu DJ pada masa itu.Risha dan Lisa pula sedang giat menari di ruangan tengah dengan lincah tanpa peduli disekeliling mereka. Aku hanya memerhatikan gelagat manusia di dalam club itu.

Tiba-tiba aku terasa pinggang aku dipeluk dari arah belakang. Aku yang terkejut terus menepis tangan tersebut. Lantas aku memalingkan badan ke belakang.

"Hi, Rin.Seorang je ke? Mana partner you?"

"Hish, you ni Jo! Terkejut I. Lain kali jangan buat macam tu terkejut I tau. I datang dengan kawan je. I ni mana ada partner. You macam tak kenal I."
Kata aku sambil memesan lagi segelas air coke.

Johan mengambil tempat di sisi aku. Aku dapat melihat pandangan dia hanya terarah ke arah aku sahaja.

"Relaxlah Rin. Itulah you. You tu yang terlalu memilih sangat partner. Apa kata biar I je yang jadi partner you, Rin." Balas Johan sambil memegang tangan aku dengan lembut.

Aku tergelak mendengar kata-kata Johan. Macam aku tidak tahu tujuan dia rapat dengan diri aku. Aku dah masak dengan perangai lelaki seperti Johan yang seringkali mencari peluang untuk mendapatkan diri aku. Tapi bukan mudah disebabkan cita rasa aku yang tinggi. Lelaki seperti Johan buat hiburan hatinya bolehlah tapi untuk dijadikan boyfriend, memang taklah.

" Tak boleh Jo. You tahukan yang kita ni just kawan je. You boleh pilih ramai perempuan dekat luar tu. Lagi pun you bukannya tak hensem malah kaya pulak tu. So, tak payahlah you tunggu I," balas aku sambil menarik perlahan tangan aku dari pegangan Johan.

Johan agak kecewa sedikit dengan penolakan aku. Tetapi aku hanya buat tidak endah sahaja.

" You ni susah betul nak dapat. Sebab tu ramai lelaki nak himpit you. Lagi pun you perempuan yang paling cantik, sexy and lagi menarik daripada perempuan dekat luar tu. Janganlah memilih sangat Rin. I tahu kita just kawan but I memang suka and cintakan you. I tetap akan kejar you Rin."

Aku tersenyum mendengar pujian daripada Johan. Bangga apabila kecantikan aku mendapat perhatian.

"Up to you. Jangan cakap I tak bagi ingatan," ujar aku sambil tergelak kecil.

"Jomlah Rin kita menari. Takkan you dah pakai cantik-cantik and sexy macam ni you duduk je. Jom menari dengan I. Kita enjoy malam ni."

Johan menarik tangan aku untuk mengikutinya ke tengah pentas. Aku terus bangun dari duduk dan mengikut kehendak Johan. Johan tanpa segan silu merangkul pinggang aku dan merapatkan tubuhnya dengan aku. Aku hanya tersenyum dengan ulah nakalnya. Macam aku tak tahu dia cuba untuk menggoda aku. Aku dan Johan menari mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan. Malam itu aku menari dan berhibur tanpa mengendahkan orang disekeliling aku. Aku berhibur seperti esok sudah tiada lagi. Itulah aktiviti aku pada waktu malam.

Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]Where stories live. Discover now