Sedang sekeluarga bahagia sedang bersuka ria menyambut hari lahir si anak sulung, bunyi beberapa das tembakan menyambar di gegendang telinga menggegarkan jiwa mereka sekeluarga.
Dengan pantasnya, penjahat itu terus memerangkap pergerakan mereka sekeluarga lalu mengikat tangan dan kaki mereka serta menutup mulut mereka menggunakan pita pelekat berwarna hijau.
Kini, hanya perasaan takut menyelubungi diri mereka. Doa tidak putus keluar dari bibir mereka.Harapan mereka hanyalah pada yang Esa agar diberi pertolongan. Sambil itu, Safiah dan Sakinah masih berusaha untuk melepaskan ikatan di tangan mereka.
Walaupun dalam keadaan yang begitu rumit, atas didikan ibu dan ayah mereka, mereka langsung tidak menunjukkan riak wajah yang takut walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya mereka. Tapi tidak bagi Safiah dan Sakinah. Mereka berani menyangkal segala serangan penjahat itu, namun dapat ditumpaskan juga. Muncung pistol dihalakan kepada keluarga tersebut.
Selang beberapa minit, penjahat-penjahat tersebut membuka pita pelekat yang dilekat di mulut mereka.
"Nah, korang makan ni. Kang nanti ada yang kebuluran pula tak makan. Sorrylah, aku beli 3 bungkus je. Pandai-pandailah korang kongsi nanti. Dan. Aku nak sampaikan pesanan terakhir untuk korang. Sila jamah makanan ni sepuasnya ye. Dan. Sila jadikan detik ni detik terindah yang terakhir dalam hidup korang. Sebab lepas ni korang dah takkan berjumpa lagi. Tapi, kalau ada rezeki mungkin korang akan berjumpa di syurga." kata penjahat itu sambil tersenyum dan ketawa jahat.
Mereka sekeluarga hanya diam membisu dan menikmati makanan yang diberikan. Dalam suasana yang senyap sepi, si kakak sulung bersuara.
"Kau nak apa ha? Kenapa kau tiba-tiba ikat kitaorang? Setahu aku keluarga aku takde pun yang bermusuhan dengan siapa-siapa. Sapa yang arahkan kau buat semua ni ha?" katanya dengan nada protes.
"Yang tu, kau tak payah sibuk-sibuk nak tahu. Nanti kau sendiri akan tahu juga. Better korang habiskan makanan tu cepat. Lagi cepat lagi bagus. Cepat kerja kitaorang, bayaran pun dapat awal." kata penjahat yang dari tadi hanya membisu sahaja.
Walaupun penjahat itu hanya berdua, namun kudrat mereka tidak boleh menandingi mereka berdua kerana masing-masing mempunyai tubuh badan yang tegap dan tangkas dalam melakukan sesuatu. Mereka berdua agak seiras, mungkin mereka ialah kembar seiras.
Selesai mereka menjamah makanan, kebetulan 'bos' mereka telah sampai. 'Bos' mereka itu memakai hoodie dan mask berwarna hitam sehingga kami tidak mengecam siapakan gerangan itu.
Dia membuka mulut. "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh wahai keluarga sakinah yang dulunya bahagia dan akan menderita di masa akan datang. Sebab kebahagiaan korang sekarang ada kat tangan aku. Hahahahahaha. " katanya sinis dan ketawa jahat.
"Astagfirullahala'zim." kata si anak sulung dengan sinisnya. Adik-adiknya yang lain ketawa senyap-senyap kerana bakal mengetahui apa yang akan dibicarakan oleh kakak mereka selepas ini.
"Kau dah kenapa beristighfar. Kau nampak maksiat ke?" kata lelaki yang bergelar 'bos' itu.
'Eh,eh. Tau jugak bos dia ni pasal bab-bab agama ye. Tapi, kenapa kitaorang pula jadi mangsa bunuhnya.' monolog si anak sulung itu lalu berkata. "Eh taklah. Maksud dalam istighfar tadi tu kan, 'Aku berlindung daripada syaitan yang rejam.' Jadi, aku berdoa kat Allah supaya jauhkan kitaorang daripada syaitan yang bertopengkan manusia bersarung hoodie kat depan aku ni." perlinya.
"Kakak, kan ibu dah pesan jaga sikit mulut tu. Jangan celupar sangat." tegas ibunya. Walaupun dalam keadaan begini, ibunya masih lagi melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik anaknya.
"Yelah ibu." si kakak akur. Adik-adiknya yang terkekeh senyap-senyap tadi pun sudah terdiam dengan teguran ayah mereka tadi.
Lelaki itu hanya memerhatikan gelagat keluarga ini sahaja. Lalu menyambung kembali kata-katanya.
"Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku ikat korang dan akan bunuh korang? Tak lain tak bukan adalah atas arahan Encik Luqman. Ayah kau merangkap Tok Wan korang." katanya.
"Ha? Tok Wan? Bila masa kitaorang ada Tok Wan pula ni. Setahu kitaorang, kitaorang cuma ada atok ngan nenek je. Tok Wan mana pula yang kau cakap ni." kata si anak perempuan yang kedua dengan beraninya.
Mereka memandang ke arah ayah dan ibu mereka. Namun pandangan mereka hanya dibalas dengan keluhan.
"La. Korang tak tahu ke? Upps, lupa pula. Tok Wan korang dah buang ayah korang dari hidup dia. So, of course lah korang tak tahu kan?" kata lelaki itu sambil membuka mask yang berada di mulutnya.
Reaksi ayah mereka amatlah terkejut. "Kau?! Kau?! Hafiz!! Apa yang korang nak ha?! Kenapa tergamak sangat nak bunuh kitaorang?! Aku tak pernah kacau abah tau! Apatah lagi keluarga dia! Kalau korang dendam dengan aku, balas dengan aku! Bukan keluarga aku! Diorang tak bersalah!" kata Encik Ramli sambil meronta-ronta meleraikan ikatan di tangannya dan mengeluarkan segala barannya.
"Ye. Aku Hafiz. Ingat lagi kau ye? Ingatkan dah lupa. Hahahhahahahaha. Memang. Memang kau tak kacau ayah. Kau tak kacau kitaorang. Tapi, kau kacau sumber pendapatan kitaorang. Kau tau tak yang syarikat kitaorang hampir lingkup disebabkan syarikat kau yang terlebih baguslah sangat tu! Syarikat kau musuh terbesar syarikat kitaorang.
Mentang-mentanglah kau tu ada banyak ilmu pasal bab-bab perniagaan ni, kau ambil kesempatan nak balas dendam lah ye!" kata Hafiz.
"Sumpah demi Allah. Aku tak pernah ada niat pun nak balas dendam dengan sesiapa. Itu hanyalah rezeki yang diberikan oleh Allah." kata Ramli.
"Ahhh! Aku tak peduli. Kalau kau rasa nak selamatkan keluarga kau, kau kena jual syarikat kau kat kitaorang." kata Hafiz dengan ganasnya lalu menyuruh orang suruhannya agar mengunci segala pergerakan kami dan muncung pistol mereka masih lagi dihalakan di kepala mereka sekeluarga.
Belum sempat Ramli bersuara, kedengaran siren polis menuju ke rumah tersebut.
"Sapa yang call polis ni. Korang ke?" bentak Hafiz. Soalannya dijawab oleh satu suara.
"Tak payah nak tuduh diorang. Aku yang call. Aku dah tahu segala rancangan kau. Menyerah je lah, Hafiz. Takde faedahnya kau buat macam ni." kata suara tersebut.
Oleh kerana Hafiz terlalu marah, dia merampas pistol yang berada di salah satu tangan orang suruhannya dan menembak seluruh ahli keluarga itu dan ketawa sinis.
"HAFIZ!!!!!" kata suara itu.
Polis terus menahan Hafiz dan membawanya ke balai polis untuk ditahan. Polis yang lain pula mejalankan siasatan di rumah tersebut. Manakala empunya suara itu tadi membuat panggilan ambulans.
Semasa menunggu ambulans datang, terdengar seperti ada suara serak sedang menangis. Hamba Allah itu pun mencari punca datangnya suara itu. Suara itu adalah suara tangisan diikuti trauma si anak sulung. Dia hanya mengeluh melihat budak perempuan itu dan mengeluarkan budak itu serta membawanya ke pondok di luar rumah mereka.
"Jangan takut dik. Abang ni pegawai polis. Orang jahat tadi tu kawan abang. Abang pun tak sangka dia jahat macam tu. Nama abang, Syafiq. Panggil abang Fiq je. Adik, nama sape?" kata figura yang menggelarkan dirinya, Syafiq.
"Er--r--k. N--am--a...." kata budak itu tersekat-sekat.
"Jangan takut, dik. Abang bukan orang jahat macam dia tadi tu." kata Syafiq cuba menyakinkan budak itu.
"Nama saya Safiyyah. Panggil Fia je." katanya.
"Umur adik?" tanya Syafiq.
"15" jawabnya.
"Muda lagi rupanya." kata Syafiq.
To be continued....
______________________________
______________________________
Don't forget vote and comment! Love you guys. \(^o^)/
ANDA SEDANG MEMBACA
Darkness
RomanceJust a simple story.(ㅇㅅㅇ❀) Cerita ini mungkin agak hambar. Silalah baca. Idea yang keluar semuanya adalah dari kepala otak aku sendiri tau. Aku tak copy paste citer orang lain. Jangan lupa vote and comment! Love you guys. \(^o^)/
