"Rose, Faris tunggu Rose kat taman permainan,"
Mesej daripadanya itu amatlah mengejutkan aku. Aku terlihat kelibatnya di taman permainan. Memang benar dia menunggu aku.
Kakiku membuka langkah seribu bergegas keluar tanpa sebarang ragu-ragu. Aku hanya berasa..
Takut...
Itu yang aku rasa sekarang. Dia datang berjumpa aku dengan cara yang mengejut. Ada sesuatu yang berlaku ke? Mengapa? Kenapa dia seakan mahu meninggalkan aku? Kalau betul, kuatkah aku?
Aku ketepikan perasaan pelik ini malah lebih cepat kakiku bergegas ingin melihat wajahnya. Andai kata inilah kali yang terakhir wajah kacaknya aku tatap, maka berilah aku masa untuk menatap wajahnya.
Figuranya amatlah aku kenal jadi aku berlari anak untuk munculkan diri aku di hadapannya.
Dengan nafas yang tercungap-
"Kenapa Faris datang tak beritahu Rose? Kalau Faris beritahu awal-awal boleh Rose masak sikit. Bolehlah makan sama-sama. Dahlah sejuk kat luar ni. Kejap Rose nak ambil jaket-"
"Faris kena pindah,"
Dia potong ayat aku dengan mengatakan tiga perkataan yang membuatkan aku hilang kata.
"A-apa?"
"Faris kena pindah. Faris akan pindah jauh dari sini. Rose, Faris taknak!"
Air matanya laju mengalir di pipinya malah ianya sungguh menggetarkan hati.
Tahu kenapa?
Hanya dia...
Hanya dia merupakan seorang hero yang selalu melindungi aku. Hanya dia tidak pernah mengeluh untuk jagakan aku. Hanya dia tidak pernah berasa sedih jika dengan aku.
Dan ini kali pertama..
Aku melihat betapa lemahnya seorang hero yang gagah.
YOU ARE READING
Your promise
RomanceRose Hanna merupakan wanita yang tidak akan percaya pada cinta setelah sejarah silam waktu sekolah rendahnya menghantui hidupnya selamanya. Hinggalah... Putera kacak yang bertungkus lumus untuk mendapatkan sang puteri yang telah mewarnai hari-hariny...
