BAB 1

938 148 64
                                    

Jam di tepi meja berdering dengan nyaring sehingga membuatkan lena aku terganggu. Lantas, aku mematikan jam loceng itu dengan rasa malas. Aku cuba membuka kelopak mata yang terasa berat untuk dibuka.

Jam hello kitty di meja sebelah katil sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi. Mata aku yang layu terus segar bugar melihat jam. Habislah, aku sudah lambat ke kolej. Aduh, macam manalah aku boleh lupa!

Serta-merta aku bangun dari katil dan menggosok mata yang masih dikuasai ngantuk. Mana tidaknya, malam semalam balik dari club pun pukul 3:00 pagi. Sekarang, diri sendiri sudah lewat bangun. Tapi, tak apa. Aku boleh bila-bila sahaja datang ke kolej ikut kehendak aku. Siapa je berani nak marah Hanna Rianna Tan Sri Ridwan! Mengingatkan hal itu senyuman terus tersungging di bibir.

So, kita bolehlah bersiap dengan tenang dan sempurna. Dengan langkah lenggang kangkung aku menuju ke bilik mandi untuk bersiap ke kolej. Pada pagi itu, aku memilih dress separas peha yang berwarna biru laut. Dress itu terletak elok di tubuh aku yang kecil molek dan ditambah dengan sedikit perhiasan seperti tali pinggang.

Meja solek bilik aku dekati dan duduk di atas kerusi kecil. Aku hanya mengenakan solekan yang nipis yang sangat sesuai dengan cita rasa aku yang kurang gemar dengan solekan tebal. Barulah natural beauty gitu! Kadang-kala solekan yang tebal juga boleh merosakkan kulit. Semerbak bau perfume aku yang semburkan ke badan memenuhi ruang bilik tidur. Penampilan  aku  pada hari itu ditilik dengan cermat di hadapan cermin besar yang ada di bilik. Setelah puas, aku mencapai beg dan terus melangkah menuju ke tingkat bawah.

Di tingkat bawah, di bahagian ruang makan kedengaran suara abang, papa dan mama yang sedang berbual mesra sambil bersarapan. Aku melangkah turun dengan senyuman yang manis.

"Morning, ma, pa and my lovely brother," ujar aku seraya mencium pipi abang, mama dan papa.

"Morning, anak mama yang cantik ni. Dah pukul berapa ni? Nanti lambat pergi kolej pulak," balas mama dengan nada risau.

"Memang dah lambat pun mama. Tak payah tanya Rin ni pun dah tahu. Dia mana pernah datang awal pergi kolej." Kata abang yang baru lepas menghabiskan mihun gorengnya.

Aku menjulingkan mata ke atas apabila mendengar perlian abang terhadap aku. Suka hati akulah nak lambat ke tidak. Sibuk je!

Selalunya kalau abang aku cari pasal memang dah bertubi mulut aku membalas tapi disebabkan hari ini aku ingin meminta sesuatu daripadanya aku hanya mengunci mulut. Bak kata orang, nak ambil hati seseorang kena buat baik dahulu.

"Relaxlah mama. Kalau Rin lambat pergi kolej pun tak akan ada siapa yang akan tegur or marah. Beranilah nak sentuh anak Tan Sri Ridwan. Kalau nak rasa kena saman buatlah," ujar aku dengan penuh yakin dan bongkak.

"Pandai anak papa ni." Kata papa sambil tersenyum ke arah aku. Aku tersenyum bangga dengan pujian papa.

Pagi itu roti bakar dan segelas susu menjadi menu sarapan aku. Cukuplah untuk aku sekadar mengalas perut. Kebiasaannya, aku memang mengambil makanan yang ringan sahaja disebabkan aku kurang berselera makan makanan berat pada waktu pagi.

Setelah menghabiskan roti bakar, aku memandang abang yang ralit melihat smartphonenya sambil menghabiskan baki segelas susu segar.

"Abang, boleh tak pagi ni abang hantar Rin pergi kolej?" Soal aku dengan suara yang sengaja dilembutkan.

Abang memandang penuh hairan dekat aku sehingga menimbulkan kerutan di dahinya dengan jelas. Pelik sangat ke soalan aku hingga abang memberi reaksi pelik macam tengah jawab teka-teki, kata aku dalam hati.

"Aik, tetiba je suruh abang hantar. Sebelum ni okay je Pak Mat hantar Rin pergi kolej. Ni mesti ada udang disebalik batu."

"Mana ada. Abang ni, tak baik tau buruk sangka dengan Rin. Lagi pun hari ni abang cuti kan? Betul tak pa?" Soal aku untuk meminta sokongan daripada papa yang sedang membelek majalah.

"Alah Is, kamu pergi jelah hantar Rin tu. Lagi pun kamu cuti hari ni. Papa yang kasi kamu cuti tau! Sekali-sekala adik kamu minta tolong apa salahnya," ujar papa.

Aku tersenyum kemenangan apabila papa berpihak kepada aku. Biasalah aku ni anak emas dalam keluarga. Abang membuat muka cemberutnya. Nak tak nak abang kena ikut arahan papa.

"Hish, okay, fine. But just today," abang membalas dengan nada yang tidak puas hati.

Aku pula apa lagi senyum sampai ke telingalah. Aku yakin yang agenda aku pada pagi ini menjadi.

"Thank you, pa. Thank you, my brother," balas aku sambil terus mencium pipi papa.

Kemudian, aku pergi kepada abang dan menghadiahkan ciuman di pipinya. Abang yang agak terkejut dengan tindakan aku yang secara tiba-tiba hanya membiarkan sahaja perbuatan aku ke atas dirinya. Abang tersenyum melihat ulah nakal dan manja aku. Sudah terbiasa dengan peangai aku yang sememangnya manja dengan ahli keluarga. Pagi itu, aku akan pastikan apa yang aku rancang menjadi kenyataan. Ini semua untuk kebaikan dan kepentingan aku juga.

Bantuan abang amat diperlukan sangat-sangat pada hari itu. Tunggu saja, Hanna Rianna akan buat kejutan! Terutama Liana and the gang. Aku sudah tak sabar untuk melihat reaksi diorang bila saksikan apa yang aku akan buat nanti. Tunggu dan lihat! Dalam hati, ketawa jahat sudah lama meletus mengenangkan rancangan yang daripada semalam menjadi kenyataan.

Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]Where stories live. Discover now