Senyap antara mereka.Rabiatul juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya.
Semuanya sebab Puan Sri anggun di depannya yang mengheretnya ke mari.
Ada apa pulalah Puan Sri ni nak jumpa dia?Rasanya ini kali pertama mereka berdua berjumpa.
"Ehemmmm......" Rabiatul berdehem. Sebenarnya kerana dia kurang selesa dengan pandangan Puan Sri Melissa yang macam harimau kelaparan tak makan setahun.
Tapi,sebab dia hormatkan Puan Sri Melissa yang lebih tua daripadanya,dia diamkan sahaja.
"Emmmm...Ada apa Puan Sri nak jumpa saya??"Akhirnya Rabiatul bersuara. Kalau dibiarkan lama lagi,tak pasal-pasal malam pun dah tak perasan.
"Kamu Rabiatul Adawiyah ya?" Serius Puan Sri Melissa memandang Rabiatul.
Rabiatul cuma mengangguk. Haihh.....tadikan dah tanya?kalau aku ni bukan Rabiatul, tak adalah aku ikut dia sampai ke cafe mewah ni.
Meskipun Rabiatul bekerja di Rayyan Holdings,tapi inilah kali pertama dia jejakkan kaki di cafe ini. Sabab cafe ini hanya untuk ahli keluarga,VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat ini.
Terima kasihlah,Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri ,kempunan lah saya nak rasa makanan kat cafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk jelah,desis Rabiatul dalam hati.
"Hmm..boleh tahan cantik kamu.Patutlah Tan Sri suka."kata Puan Sri Melissa. Wajahnya masih sama. Serius merenung Rabiatul.
Ehh...lain macam pula bunyi suara Puan Sri depan aku ni.Rabiatul rasa kurang selesa.
Jangan-jangan dia ingat aku dengan Tan Sri ada apa-apa tak?
Puan Sri ni sama je macam anaknya. Suka tuduh aku dengan Tan Sri ada apa-apa. Makbul karang kan,meraung tujuh keturunan. omel Rabiatul,tapi dalam hati jelah tak berani depan-depan takut nanti balik rumah kena makan pakai kaki pulak.Jangan dibuat main Puan Sri ni.
"Errrr...Puan Sri! Saya dengan Tan Sri tak ada apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya,Puan Sri. Puan Sri jangan salah faham pula." Rabiatul segera jelaskan perkara sebenar sebelum dia kena libas dengan beg tangan Gucci Puan Sri Melissa itu.
Puan Sri Melissa yang dengar terus letuskan ketawa. Buatkan Rabiatul rasa pelik.
La....gelak pula??Apa yang kelakar? Rabiatul tak faham. Ke dah redha dah kalau-kalau aku jadi madu dia??
Woii...Rabiatul! Nak sangat jadi madu Puan Sri Melissa ni?? Haishh...mintak simpang malaikat 44. Jadi mak tiri Rayyan tu?? Uishh...tak sanggup...Tak sanggup.
"Kenapa Puan Sri gelak?"soal Rabiatul
"Kamu ni kelakarlah, Rabiatul. Patutlah Tan Sri suka sangat kat kamu ni."
Erkkk?Dahi Rabiatul makin berlapis-lapis. Dah macam kucing hilang anak pulak muka Rabiatul.
Pelik Rabiatul dengan Puan Sri Melissa ni. Cara dia bercakap tadi bukan main mesra bunyinya.
"Saya tak fahamlah, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap macam tu? Kenapa Puan Sri nak jumpa saya? Saya ada buat Puan Sri terasa ke? Kalau ada,saya mintak maaf banyak-banyak."
Puan Sri Melissa cuma senyum. Kata-kata Rabiatul tadi membuatkan kasihnya makin jatuh pada anak gadis itu.
Patutlah suaminya beria-ia memuji Rabiatul. Rabiatul cantiklah. Saya berkenanlah. Saya sayang Rabiatul lah. Hmmm...patutlah. Rabiatul memang macam suaminya cakap. Apabila jumpa berdepan macam ni ,lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tundukkan Dia {✔✅}
RomanceHanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak,Tengku Adam Rayyan. Cantik dan seksi. Sebab itulah Tengku Adam Rayyan tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Rabiatul Adawiyah yang bergaya Muslimah,entah macam mana boleh...
