“Kau memang jantan tak guna kan..!! Aku percayakan kau.Tapi ini yang kau balas.” teriak Aisya.
Air mata tak berhenti-henti gugur membasahi pipinya. Tangannya galak membaling bantal yang berada di atas katil . Marahnya terhadap lelaki itu tak dapat dibendung lagi. Tiada lagi panggilan 'awak saya' antara mereka.
“Wooh.. Wooh.. Relax,yang kau nak meroyan tak tentu pasal ini kenapa?” Tangannya ligat menahan bantal yang dibaling oleh Aisya.
“Apa kau dah buat dekat aku semalam?” Jerit Aisya macam nak pecah gegendang telinga.
“Apa aku dah buat dekat kau semalam?Kau rasa apa ehh?”Lelaki itu mengajukkan kembali soalan Aisya dengan nada mengejek.
“Kau jangan jadi bo***lah.”
Segala tutur bahasanya yang dahulu lemah lembut, kini telah menjadi kasar. Ini semua salah jantan tak guna ini. Auratnya yang dahulu terjaga, kini dilihat oleh bukan muhrim. Malahan, maruahnya telah tercemar.
“Ya Allah, ampuni aku Ya Allah. Aku telah dizalimi.” bisik hati Aisya.
“Aku ke, kau yang bo***. Mudah sangat percaya cakap orang.”
Tidak dinafikan, Aisya mudah percayakan orang. Apa dia selalu cakap.
“Kita kena selalu husnuzon. Tak baik buruk sangka dekat orang. Allah tak suka.”
Kita kalau nak percayakan orang, kena berpada-padalah. Jangan sampai memakan diri sendiri.
“Kalau kau nak tahu, semalam kau goda aku, cium aku, peluk aku sampailah kita dua atas katil ini.. Hahaha.. ” Ketawa Imran Hadith sambil tangannya lincah menyarung baju.
“Kau tipu.. Kau tipu aku kan. Aku takkan sentuh pun mana-mana lelaki kecuali mahram aku.” bentak Aisya.
“Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau. Aku ada video kita semalam. Kau nak tengok..” Tersenyum sinis Imran Hadith melihat Aisya yang dari tadi tidak berhenti-henti menangis. Tangisan Aisya umpama sebuah lagu yang memberi Imran Hadith kemenangan atas cabaran yang dilakukannya.
“Ohh..lupa pula, by the way..thanks for your service last night...tip top..nanti aku bank in dekat kau.. Hahaahah...” Sebelum berlalu pergi meninggalkan bilik hotel tersebut.
Dunia seakan berpusing apabila Imran Hadith mengungkapkan ayat tersebut. Seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya bertindak sedemikian.Kalau tak, takkan dirinya boleh berada atas katil tanpa pakaian pun.. Pelbagai soalan bermain difikirannya.
“Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini. Apa dosa hambaMu ini Ya Allah.” Aisya hanya mampu menangis mengenangkan nasib dirinya..
Sorry. Kalau prolog ini agak hambar. 😇
Rajin-rajinkanlah tangan tu untuk vote,dan commented korang semua amatlah membantu memperbaiki karya saya.
Sekian..
HAKITARUN
YOU ARE READING
PELUANG YANG TERTANGGUH (Slow Update)
RomanceAisya Al-Humaira seindah namanya.Seorang yang sangat menjaga batas pergaulannya. Namun siapa tahu, jalan hidupnya tidak seindah yang disangkakan. Dia telah dinodai oleh seorang lelaki yang dianggap baik dan juga kawan, rupanya manusia bertopengkan s...
