Bab 5

1.2K 25 5
                                    

               Tenok membuka pintu perpustakaan dengan kunci sedia ada. Dia sentiasa bersedia dan berhati-hati agar 'penjaga' perpustakaan tersebut tidak memarahi tindakan mereka menyiasat perpustakaan itu. Tetapi apakan daya, malang tidak berbau.

Tiba-tiba, pintu perpustakaan terbuka sendiri bagaikan ada yang menjemput mereka masuk!!

                'wei, Tenok.. ko tak cuak ke karang kita masuk pintu tertutup ke, apa ke jadi? haa Tenok?', tanya Zharin. Tambahan pula mereka cuma berempat, termasuk budak sixth-sense tu. 'weh jom balik ah Nok.. aku serious rasa tak sedap hati..', keluh Rafi. 'ah.. korang ni penakut sangat.. dah ada benda nak halau dia pon ko takut jugak..', kata Tenok sambil menyuakan sebuah karung yang berisi buah lada hitam, garam, daun bidara dan lain lain barang yang ditakuti jin dan syaitan. 'kang kalau jumpa kita taboq je naa..', kata Tenok beria-ria sehingga tersesat loghat Kedah. 'kalau jadi pape kat budak ni ko tanggung ek?',soal Rafi. 'ish ko ni.. satu geng kan.. bahagi sama rata ah risiko.. hehe', ngomel Tenok. Seraya itu mereka masuk bersama-sama budak itu. 'wei budak.. ko nampak pape tak?',soal Tenok, tegas. 'saya nampak.. tu....', sambil menunjuk ke arah Tenok. Tenok perlahan-lahan menoleh ke belakang dan nampak......


Kosong


'wei ko saja an takutkan aku?!', marah Tenok. Terus dia mencengkam kolar Ahmad. Serentak itu pintu perpustakaan terhempas kuat lalu muncullah satu susuk tubuh di belakang Tenok lalu menyebabkan Tenok terapung lalu melepaskan Ahmad. 'KAU NI MEMANG MANUSIA TAK GUNA!! KAU SENGAJA BULI DIA HANYA UNTUK SIASAT PASAL AKU KE?! MANUSIA TAK GUNA!!', kata susuk tersebut, garau. Seraya itu, Tenok tercampak sejauh dua meter dari kedudukan Ahmad dan rakan-rakannya. Akibatnya, Tenok terus pengsan di situ. Lalu, susuk tersebut beralih pada Rafi dan Zharin pula. 'KORANG MEMANG SENGAJA MINTA AKU BUNUH KORANG!!', katanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera yang tidak difahami bahasanya. Semasa susuk tersebut masih membaca mantera, Rafi mengutip karung yang berisi barang yang tidak disukai susuk tersebut lalu melemparkan isi karung tersebut kepada susuk tersebut. Susuk tersebut menjerit kuat lalu ketawa berdekah-dekah,'MWAHAHAHAHAHAHAHA!! KAU INGAT BENDA TU ADA KESAN KE KAT AKU?? KORANG SILAP!!', katanya kemarahan. Selepas susuk tersebut gelak berdekah-dekah, Ahmad yang ketakutan terus pengsan. Zharin pula membaca ayat suci Al-Quran selepas cara yang Rafi buat tidak menjadi. Namun, apakan daya, susuk tersebut sekali lagi menandingi mereka. Susuk tersebut mengikuti bacaan Zharin sehinggakan tidak kedengaran lagi. 




Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka?



Cerita Seram Asrama Where stories live. Discover now