"Tae,please.Kau dah seminggu luangkan masa dengan Jihye aku tak kacau pun.Bagilah aku masa sehari pula," ayat Jungkook membuatkan Taehyung terasa.Yelah seminggu dia dengan Jihye je.

"Yelah," Taehyung terpaksa mengalah.

"Tapi kali ni kau takyah ikut eh?"

"Aku taulah tapi kena hantar dia sebelum malam sebab dia nak packing barang," Jungkook mengangguk.

🍁

🍁

🍁

🍁

Esok

Taehyung hanya melihat Jihye dan mama mengemas barang.Hati dia luruh nak tinggalkan Jihye.

"Mama.Kenapa papa tak bagi Tae ikut pergi airport?" dahlah papa tak bagi dia ikut.Lagilah dia sedih.

"Yelah nanti Tae buat kerja gila bawak Jihye lari," Taehyung mencebikkan bibirnya mendengar ayat mama.Papa ni macam tau² je aku nak buat.

"Tapi Tae nak ikut,"

"Tae dengarlah cakap papa," Taehyung menghentak kakinya lalu masuk ke dalam biliknya.Semua tak faham dengan dia.

"Oppaㅡ" Jihye memanggil Taehyung tetapi Taehyung terlebih dahulu masuk ke dalam bliknya.Mama mengeluh.

"Jihye.Pergilah pujuk oppa tu.Barang biar mama yang kemas," Jihye mengangguk.Dia bangun dan bergerak ke bilik Taehyung.Gadis itu membuka pintu bilik abangnya dengan berhati-hati.Dia melihat Taehyung sedang memeluk lutut di atas katil.Dia dapat denagr tangisan kecilnya.Jihye melabuhkan punggung di birai katil.

"Oppaㅡ" Jihye menggosok lengan Taehyung.Dia mengangkat mukanya.Matanya merah dan berair.

"Oppa janganlah nangis," Jihye memeluk tubuh Taehyung.Dia meletakkan kepala lelaki itu di dadanya.

"Kenapa papa tak bagi aku ikut?Kenapa papa tak beli tiket untuk aku?Aku ni jahat sangat ke sampai papa buat macam tu?Aku cuma nak tengok kau pergi je.Itupun papa tak bagi ke?" Taehyung memeluk pinggang Jihye.

"Tak.Oppa tak jahatlah.Oppa janganlah macam ni.Hari ni Jihye nak pergi takkan oppa nak duduk dalam bilik je?Oppa taknak tengok Jihye ke?"

Taehyung memandang Jihye.Ada betul juga kata-kata Jihye itu.Takkan dia mahu duduk di bilik sahaja?Mungkin ada sebab papa tak bagi dia ikut.

"Oppa keluar eh?" Taehyung mengangguk.Jihye menarik tangan besar Taehyung membawa berjalan ke tingkat bawah.Dia kena cepat sebab tiket penerbangan pukul 10 pagi.

"Jihye?Dah?Jom kita pergi," papa yang nampak Jihye turun bersama Taehyung terus berkata-kata.

"Alah,awalnyaㅡ" gemgaman pada tangan Taehyung dikuatkan.

"Kita kena pergi awal.Takut nanti jammed.Kang terlepas flight," kata papa.

"Papa boleh tak Jihye cakap dengan oppa kejap.Nanti Jihye masuk kereta," papa berfikir sejenak sebelum mengangguk kepalanya.Mama dan papa berjalan keluar daripda rumah,memberi ruang kepada mereka berdua.

Jihye menoleh ke arah Taehyung yang sedang menunduk itu.Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.Jihye hanya mampu bersimpati.Dia tak mampu buat apa-apa.Dia juga sedih.Dia nangis lagi teruk semalam dalam pelukan Taehyung.

Tangan kecil Jihye memegang kedua belah pipi Taehyung.Die mengelap air mata Taehyung dengan ibu jarinya.

"Oppa janganlah nangis lagi.Nanti oppa datanglah Jeju sana.Melawat Jihye nanti," dia taknak buat hari perpisahan mereka penuh dengan air mata.Dia mahu penuh dengan senyuman.

Taehyung tidak menjawab.Dia terus melayan perasaan sedihnya.Dia baru saja mahu mencintai Jihye tetapi kenapa Jihye pergi terlalu awal?

"Oppaㅡjanganlah nangis lagi," Jugye menggaru kepalanya.Tetiba,idea ya datang.Dia membuka beg yang disandangnya.Dalam itu ada barang dia dan empat teddy bearnya.

Dia nak bawa semua balik Jeju tetapi dia rasa dia tak dapat.Dia mengeluarkan Taetae daripada beg tersebut lalu menyandang semula beg itu.Jihye menghulurkan Taetae kepada Taehyung.

"Kenapa kau hulur ni?" Taehyung memandang Taetae yang berada di hadapannya.Dia akan rindu teddy bear itu.

"Oppa ambillah Taetae.Simpan. Sekurang-sekurangnya oppa ada barang Jihye yang oppa simpan," Jihye tersenyum manis ke arah Taehyung walaupun hati dia berat.

"Habis tu kau?Kalau aku ambil Taetae ni.Kau nak kawan dengan siapa?"

"Oppa jangan risau.Jihye kan ada We bare bears?" Taehyung mengambil Taetae lalu memeluk teddy bear itu dengan erat.Jihye tersenyum melihat perlakuan Taehyung yang seperti budak-budak.

"Oppa.Jihye kena pergi ni.Jihye akan rindukan oppa," baru setapak Jihye berjalan,dia berhenti apabila mendengar kata-kata Taehyung.

"O-oppa sayang Jihye,"

Air mata mula bertakung di tubir matanya.Dia kalau boleh tak mahu menangis hari ni tetapi ayat Taehyung membuatkan dia menangis.

"Oppa pun akan rindukan Jihye," Jihye terus memusingkan badannya dan memeluk tubuh Taehyung.Dia menangis di dada Taehyung.

"Ke-kenapa oppa cakap macam tu?Tengok.Jihye rasa taknak pergi Jeju," Taehyung meleraikan pelukan dan memegang kedua belah bahu Jihye.

"Jihye.Pergi sekarang.Nanti terlepas flight," Jihye masih tidak berganjak.

"Jihye!Pergi sekarang!Sebelum aku ubah fikiran," Taehyung menolak tubuh Jihye jauh daripada.Makin Jihye dekat dengannya,makin susah hati dia nak lepaskan gadis itu.

"Oppaㅡ"

"PERGI SEKARANG!!" jerit Taehyung pada Jihye.Gadis itu menutup mulutnya apabila tangisannya main kuat.Dia mula berjalan keluar daripada rumah.Dia hampir tersungkur kerana matanya asyik memandang Taehyung yang menunduk itu.

Dia terus lari keluar daripada rumah dan memasuki kereta.

"Jihye,dah-" soalan mama terhenti apabila dia melihat Jihye menangis teresak-esak sambil menutup mukanya.

' Jihye pun sayangkan oppa.Jihye akan tunggu oppa,'

Dia memandang rumah yang menyimpan 1001 kenangan manis dan pahit dia bersama Taehyung.Makin lama kereta mula jauh daripda rumah tersebut.

🌸

🌸

🌸

🌸

😭😭😭

𝕀 𝟚 𝕌 Where stories live. Discover now