17

4K 206 5
                                    

"Assalamualaikum.." Ayna memberi salam. Tidak dijawab. "Assalamualaikum!" Kali ini Ayna menguatkan lagi suaranya sambil mengetuk pintu rumah itu.
"Assalamualaikum.."
"Hah, nak apa anak haram?" Salam yang diberi langsung tidak dijawab, sebaliknya Nek Jah terus menghentam Ayna. Sebenarnya dia memang sengaja tidak mahu membuka pintu sebaik terdengar suara Ayna tapi Ayna tidak henti mengetuk pintu.
"Ibu ayah kau takda." Beritahu Nek Jah tanpa dipinta, menyedari mata Ayna melilau ke sekeliling rumah itu.
"Nek Jah. Izinkan Ayna masuk. Ayna nak tunggu ibu dengan ayah."
"Jangan harap! Anak tak guna! Apalah nasib anak menantu aku ambil anak angkat macam kau! Perangai tak senonoh! Memalulan keluarga! Memang sah anak haram, perangai pun macam haram!" Nek Jah menghamburkan segala hinaan dan kejian terhadap Ayna. Ayna hanya diam. Dia sudah terlalu biasa dengan semua kejian daripada Nek Jah. Sejak kecil, Nek Jah tidak pernah menyukainya. Hanya kerana dia anak luar nikah yang diambil menjadi anak angkat oleh ibu dan ayahnya. Mujurlah ibu dan ayah sangat menyayanginya, tidak pernah dibezakan kasih, sayang dan perhatiannya dengan adik-2nya yang lain.
"Tercegat kat sini lagi kenapa! Aku cakap berambus!" Halau Nek Jah. Suaranya bagai guruh yang berdentum kuat, seakan mampu membelah langit. Ayna masih berdiri kaku di depan neneknya. Dia sudah bertekad, apapun yang terjadi, dia tetap akan menunggu ibu dan ayahnya.
"Tak faham bahasa ya! Pergi aku cakap!pergi!" Nek Jah menghalau sekali lagi sambil menolak kuat badan Ayna sehingga tersungkur di bucu semen luar rumah itu. Nek Jah tersenyum kepuasan melihat Ayna kesihatan dan Pam! Pintu rumah itu dihempas dan dikunci rapat.
"Ya Allah.." Ayna menangis sendiri saat melihat ada tompokan darah di seluarnya. Dia mencuba untuk bangun tapi sakitnya Ya Allah..
"Nek.. tolong Ayna nek...nek..." Ayna memanggil neneknya sambil mengerang kesakitan tapi hampa..

______

"Sabar nak.. bukan rezeki.. insha allah ada rezeki lain nanti." Datin Katrina memeluk erat Ayna yang menangis sebaik mendapat berita dirinya keguguran. Dia memberi isyarat kepada Adam untuk memujuk Ayna, tapi Adam langsung tidak bergerak. Tetap kaku berdiri di tepi katil Ayna. Apabila ditanya apa yang terjadi kepada Ayna, langsung tidak memberi jawapan.
"Shhh.. Ayna.. dah.. nanti balik tinggal dengan mama ya. Biar mama jaga Ayna pantang." Datin Katrina terus memujuk. Kepala Ayna diusap lembut. Dia seorang wanita, seorang ibu. Walau tidak pernah melalui apa yang Ayna lalui detik ini, tapi dia tahu semua ini pasti bukan mudah. Ya Allah, kuatkan lah hati menantuku ini.

******

"Abang nak pergi mana?" Tanya Ayna apabila melihat Adam berkira-kira untuk keluar dari kamar. Ini malam pertamanya di rumah Adam setelah 4 hari bermalam di hospital. Sepanjang 4 malam dia di hospital, tidak pernah sekalipun Adam bermalam dengannya. Hanya menghantar pembantu rumah untuk menemaninya. Datang melawat pun sekejap-sekejap.
"Nak naik tidur." Jawab Adam endah tidak endah. "Bilik abang kat atas." Sambungnya lagi. Mamanya menyediakan bilik bawah ini khas untuk Ayna. Katanya, agar Ayna tidak perlu bersusah naik turun tangga.
"Abang tak nak tidur dengan Ayna?"
"Abang taknak tidur dengan orang yang dah bunuh anak abang." Jawab Adam. Perlahan tapi jelas. Cukup jelas di telinga Ayna.
"Astaghfirullahalazim abang.." Ayna berdiri tepat di depan Adam. Sudah ada air mata yang mengalir di pipinya. Pantas lah Adam sangat dingin melayannya. Ternyata dia disalahkan. "Abang salahkan Ayna ke?"
"Habis tu nak salahkan siapa?! Aku dah larang kau pergi rumah tu! Kau degil! Kau derhaka! Nak salahkan siapa lagi!" Jerkah Adam. Hatinya dikuasai rasa marah. Andai Ayna mendengar katanya, pasti semua ini takkan berlaku. Pasti anaknya masih ada.
"Ayna lagi sedih bang. Ayna lagi sedih.." luah Ayna.
"Nak sedih kenapa? Salah sendiri, tanggunglah. " jawab Adam sebelum keluar dari bilik itu. Pintu bilik itu dihempas sekuatnya. Ayna terduduk di birai katil. Ya Allah.. dugaan apa lagi kali ini?

*vote and comment!

JANGAN PERNAH BERUBAH Where stories live. Discover now