"Ini bukan pen biasa." Butang di atas pen tersebut ditekan.

"Ini pen luar biasa." Sekelip mata sahaja pen itu berubah menjadi busur panah.

"Sarjan Ermina, tangan saya masih sakit. Awak ambil busur ini dan cuba panah sfera sheild di fire sprinkler itu." Busur panah itu bertukar tangan.

Ermina tersenyum kambing. "Senang macam guna sniper," desis gadis itu perlahan.

Ermina membidik sfera shield itu dengan sepenuh perhatian. Dia menarik nafas dalam dan memejamkan mata untuk beberapa saat. Serentak, dia membuka mata dengan pandangan tajam seperti helang seraya melepaskan tali busur panah itu.

Anak panah itu terbang laju ke arah sasaran dan berjaya memecahkan sfera sheild. Fire sprinkler itu akhirnya berpusing dan mengeluarkan air untuk memadamkan api.

Ermina menghela nafas. Kening kanan terangjat ke atas tanda dia bangga dengan diri sendiri. Teknik pernafasan semasa membidik yang telah diajar oleh si ayah suatu ketika dahulu tidak pernah disia-siakan olehnya.

"Bagus! Sarjan teruskan dengan memanah fire sprinkler yang lain sampai semuanya dapat berfungsi semula."

Ermina mengangguk faham. Tangannya laju membuat kerja, memanah semua sfera sheild yang menghalang fire sprinkler itu daripada berfungsi.

Tidak sampai dua minit, api yang marak dan tinggi menjulang sehingga ke siling sebentar tadi mula reda. Jalan yang menghalang mereka untuk ke ruang tamu juga sudah kurang apinya.

Tanpa membuang masa, mereka berdua terus berlari ke arah ruang tamu. Riak risau jelas terpapar wajah mereka.

Pantulan retina mereka menangkap lima orang yang lena di atas meja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sedikit sebanyak telah melegakan hati yang bergelora. Syukur mereka berlima masih selamat, Arash mengurut dada terluluh.

"Tak sangka api yang marak tadi sedikit pun tidak terkena mereka," kata Ermina terkejut melihat mereka semua masih terselamat walaupun sebentar tadi rumah dipenuhi dengan asap tebal dan api marak di sekeliling.

"Kita tak boleh menafikan kuasa-Nya. Kalau ajal yang ditetapkan Dia belum tiba, buatlah apa cara sekalipun, In Shaa Allah... mereka takkan apa-apa," jelas Arash mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana telah melindungi rakan-rakannya. Jantungnya kembali berdetak normal.

Arash menghampiri Armel yang sedang lena dibuai mimpi. Untuk beberapa saat, hatinya dihanyut kebisuan. Pipi mulus adiknya itu diusap perlahan. Rasa takut kehilangan adik yang terjalar dalam hati beberapa saat yang lepas adalah satu perasaan yang tidak akan dia lupakan.

"Armel," kejut Arash sambil mengoncang bahu adiknya itu. "Bangun..."

Tik... tik... tik...

Bunyi itu datang daripada bawah meja. Arash dan Ermina berpandangan sesama sendiri.

"Bom," ujar mereka serentak.

Mereka berdua pantas mencangkung ke bawah. Tika itu juga, mereka mengesan satu peranti besar telah dilekatkan di bawah meja itu. Angka berwarna merah itu akan bertukar angkanya selepas satu saat.

"Ini mesti bom yang dimaksudkan oleh Adriana. Kita sudah tak ada banyak masa. Kita hanya ada kurang daripada 20 saat! Kita takkan sempat untuk keluar," ujar Ermina panik tatkala melihat angka itu semakin lama semakin kecil nilainya. Wajah Arash yang berkerut itu ditatap, inginkan penyelesaian.

Arash berfikir sejenak. Dia sedang mencari idea yang dijana dalam karung minda.

Tak lama, Arash mengukir senyum senang tatkala mentol minda menyala terang di sebelahnya. Dia sudah ada idea untuk membawa mereka keluar daripada sini.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now