BAB 36

2.6K 69 18
                                    


"Bos, tadi ada orang datang. Dia suruh saya bagi ni dekat bos." Kata salah seorang pekerja Adira sambil menghulurkan satu sampul surat bewarna putih.

"Siapa orangnya?" Tanya Adira sambil tangannya membelek-belek sampul surat itu. Taka da pulak nama atau apa-apa klu tentang orang tersebut yang tertulis.

"Saya pun tak kenal. Dia lelaki. Pakai hoodie so tak nampak sangat muka dia."

"Okey. Thank you." Ucap Adira sebelum berjalan masuk ke biliknya di belakang butik.

Beg tangan diletakkan di atas meja. Dia duduk di kerusi. Sampul surat yang berada di tangannya dikoyak perlahan-lahan. Risau juga kalau tiba-tiba keluar lipas ke apa. Mahu menjerit dia menggegarkan pagi yang indah ini.

Terselit di dalam sampul itu beberapa keping gambar yang amat mengaibkan. Dan yang paling dia rasa mahu menangis adalah gambar Irsyad dan seorang perempuan yang cukup dia kenal, Dayana. Kedua-duanya sedang lena dibuai mimpi dengan hanya comforter yang menutupi tubuh mereka berdua.

Sekeping dvd jatuh dari celah gambar-gambar tersebut. Dia terus mencampakkan dvd itu ke dalam tong sampah sebelah mejanya. Tengok gambar pun dia nak termuntah inikan pula dvd. Mahu koma dibuatnya.

Air mata yang membasahi wajahnya dikesat kasar. Dia menyambar beg tangannya di atas meja. Dia keluar dari biliknya dengan wajah yang mengalahkan ibu singa!

"Bos, bos okey tak ni?" Tanya pekerjanya.

" Tolong jaga kedai. Saya nak keluar kejap." Kata Adira.

" Bos nak pergi mana?"

" Ada hal." Ringkas jawapan yang diberikan Adira. Kemudian dia terus berlalu dari situ. Beberapa orang pekerja lain yang melihatnya berasa hairan. Takkan baru masuk kerja dah nak keluar balik?

Adira membawa kereta dengan laju. Satu sahaja tempat yang ingin ditujunya. Pejabat dimana tempat Irsyad bekerja. Dan untuk pengetahuan, Irsyad bekerja di syarikat dimana pengerusinya anak kepada Tan Sri Luqman iaitu Nabil. Dia kuatkan juga dirinya demi mencari kebenaran.

Kakinya melangkah deras masuk ke dalam bangunan yang berdiri megah di ibu kota itu. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandangnya. Dia masuk ke dalam lif. Belum sempat lif tertutup, seseorang menahan pintu lif membuatkan pintu itu terbuka semula.

"Nabil." Terkeluar juga sebaris nama itu dari mulut Adira.

Nabil yang baru ingin melangkah masuk ke dalam lif terkejut dengan kehadiran gadis itu di depan matanya. Pintu lif ditutup. Suasana janggal seketika.

"Adira, awak cari siapa?" Tanya Nabil walaupun debaran di dadanya tuhan saja yang tahu.

"Irsyad." Jawab Adira pendek + malas + marah.

"Sweetnya ajak tunang breakfast." Sinis Nabil.

"Encik Nabil jangan sibuk hal saya, please." Kata Adira. Belum sempat Nabil membalas, pintu lif terbuka dan Adira cepat-cepat keluar.

"Cik Adira."

"Awak tahu nama saya?" Kata Adira kepada kerani yang bertugas di kaunter itu.

"Encik Irsyad ada bagitau kami yang dia bertunang dengan Cik Adira, designer terkenal tu." Kata perempuan itu. "Ni mesti nak jumpa Encik Irsyad,kan? Sekejap biar saya call dulu."

"Okey." Adira melihat kerani itu menelefon.

"Cik Adira, boleh masuk."

Adira hanya mengangguk. Dipulasnya tombol pintu itu. Kalau boleh nak je dia robohkan pint utu. Pecahkan pun okey juga.

"Dira sayang. Kenapa cari Chad dekat office ni? Rindu eh?" Irsyad menuju ke arah Adira.

"Patutlah kau ajak aku tunang cepat-cepat. Ada udang disebalik batu rupanya." Kata Adira.

"Chad tak fahamlah apa yang Dira cakap." Kata Irsyad. Adira menghulurkan sampul surat yang berisi gambar-gambar tadi kepada Irsyad. Terbeliak mata Irsyad melihat gambar-gambar itu.

"Sumpah! Chad tak buat pun semua ni."

"Habistu dalam gambar tu siapa? Pelanduk dua serupa?"

"Dira, betul Chad tak tipu. Bukan Chad yang buat semua ni. Dira tak percayakan Chad ke? Kita dah lama kenal, kan?" Irsyad cuba meyakinkan Adira.

"Manusia berubah gila! Boleh tak kau jangan mainkan perasaan aku?" Marah Adira.

Dalam masa yang sama, Nabil tiba-tiba rasa tak sedap hati dan turun di tingkat bawah di mana menempatkan bilik pekerjanya, Irsyad.

"Bos, nak jumpa siapa?" Tegur kerani perempuan di kaunter itu.

"Saya nak jumpa Irsyad."

"Tapi tadi tunang dia baru datang."

"Dah lama ke?"

"Lamalah jugak. Tak tahulah apa yang diorang bincangkan."

"Thanks." Nabil cepat-cepat berjalan menuju ke bilik Irsyad.

" Kau cakap apa tadi?" Tiba-tiba Irsyad berubah. Suaranya bertukar garang. Adira takut tetapi dikuatkan juga dirinya supaya tak nampak lemah.

"Aku cakap manusia berubah."

" Kau cakap gila kan dekat akhir tadi? Kau fikir aku pekak? Aku tak dengar apa yang kau cakap? Ya, memang aku gila!" Tengking Irsyad lalu menolak Adira. Adira jatuh di atas sofa yang disediakan di dalam bilik tersebut.

"Kau nak apa hah?" Bentak Adira namun tubuhnya telah dihimpit oleh Irsyad. Tangannya juga dipegang kuat.

"Aku tau lepas kau tengok gambar tu confirm kau tak nak kahwin dengan aku, kan? So biar aku rasmikan dulu malam pertama kita, sayang." Kata Irsyad menggoda.

"Kau ingat aku takut dengan kau ke?!" Jerit Adira kuat. Diharapnya orang di luar mendengar suaranya.

"Chad taulah sayang Chad ni tak pernah takut dengan Chad, kan? Takpe harini Chad nak buktikan betapa cintanya Chad dekat Dira."

"Kau gila, Irsyad. Kau gila!"

"Ya. Memang aku gila. Disebabkan kau lah aku gila. Aku tak kira. Aku nak kau jadi milik aku juga harini." Irsyad menghimpit tubuh Adira lagi sekali. Adira meronta-ronta. Irsyad mendekatkan mukanya ke muka Adira.

Belum sempat Irsyad ingin mengucup bibir perempuan itu, satu tumbukan singgah di mukanya. Irsyad tersungkur. Tak cukup dengan itu, Nabil menumbuk berkali-kali muka Irsyad sehingga darah mengalir dari mulut lelaki itu.

Nabil yang melihat Adira ketakutan terus menarik Adira dekat dengannya. Adira berlindung di belakang Nabil. Tangannya menggigil.

"Tak sangka kau sanggup buat benda macam ni dekat tunang kau sendiri,kan?"

"Yang kau sibuk hal aku kenapa?!" Marah Irsyad. Dia berdiri di hadapan Nabil. Darah yang mengalir dibiarkannya.

"Aku takkan maafkan kau dan Dayana!"

"Dayana? Huh, perempuan murah tu? Kau ni tak pandai jaga makwe, kan? Sanggup biarkan dia terlepas dekat tangan aku macam tu? Nak tau tak apa yang jadi dekat dia lepas malam tu? Kau ingat aku akan bertanggungjawab? Memang tak lah!" Kata Irsyad.

"Aku malas nk cakap banyak dengan kau. Kau dipecat. Berambus dari sini sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Kata Nabil sebelum menarik tangan Adira keluar dari bilik itu. Tetapi sebelum itu sempat juga Adira bersuara.

"Ambil balik cincin murah kau ni. Kau ingat aku tak tau tu emas tiruan? Mulai hari ni kita takde apa-apa. Dan aku akan buat-buat tak kenal kau kalau kita jumpa lagi." Adira membaling cincin itu tepat ke muka Irsyad. Selesai bercakap, air matanya kembali menghujani wajahnya apabila tangannya ditarik oleh Nabil.

Irsyad memijak cincin yang jatuh di lantai itu.

"Kau ingat kau boleh lepas macam tu je? Kau silap, Adira."


Hai readers sekalian!!! Athirah minta maaf sangat100000000000000000000 sebab dh lama sangat tak update..Athirah baru habis exam final year tu yang dh lama tak update tu.. Nah Athirah belanja korang satu bab baru yee.. Nanti athirah update lagi... Tq sebab vote cerita athirah.. Tq sangat-sangat!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now