BAB 21

1.6K 35 1
                                    

MAHKAMAH NEGARA

Adira memandang suaminya yang berjalan di sebelahnya. Ada riak tegang di wajahnya tetapi di matanya...Kosong. Adira mengeluh. Rupa-rupanya betullah apa yang suaminya cakap semasa mula-mula kahwin dulu.

Mereka masuk ke bilik perbicaraan diiringi beberapa peguam dan saksi. Nabil mengambil tempat begitu juga dengan Adira. Dari rumah tadi, Nabil hanya membisu tanpa bercakap sepatah perkataan pun kepada Adira.

Beberapa jam berada di bilik tersebut, akhirnya mereka keluar.

" Awak, terima kasih sebab jaga saya sepanjang tiga bulan ni." Kata Adira.

Nabil memberhentikan langkahnya. Tubuhnya menghadap Adira.

" Sekarang kau dan aku dah bebas. Aku harap kau jaga diri elok-elok. Aku minta maaf sebab aku tak dapat terima kau. And lagi satu, aku doakan kau jumpa dengan orang yang betul-betul sayangkan kau." Kata Nabil selamba namun jelas di matanya riak sedih.

" Awak pun sama. Terima kasih sekali lagi sekali. Assalamualaikum." Kata Adira lalu membuka langkah menuju ke keretanya. Namun, langkah yang diatur perlahan. Lemah. Ya, dia memang tidak mengharapkan penceraian ini berlaku tetapi apa yang boleh dia buat. Lelaki itu memang tidak boleh menerimanya. Dia terima. Dia redha. Dia tahu perancangan Allah itu indah.

Nabil menghantar Adira dengan pandangan mata yang dilinangi air mata. Sungguh dia tidak boleh menipu dirinya yang dia sudah suka pada perempuan itu. Namun, dia tidak boleh kalah dengan egonya. Janji mesti ditunaikan. Selepas kereta Adira berlalu pergi, Nabil menuju ke keretanya sebelum mengeluh nafas berat.


" Dira." Panggil Puan Harlina lembut. Dilihatnya Adira sedang duduk di atas katil. Termenung. Usapan Puan Harlina pada bahunya membuatkan Adira tersentak daripada lamunannya.

" Umi." Kata Adira bersama senyuman. Namun jelas kelihatan senyuman yang diukir palsu semata-mata.

" Janganlah fikir sangat pasal benda yang dah berlaku. Percayalah. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin lepas ni Dira akan jumpa dengan orang yang lebih baik." Kata Puan Harlina meyakinkan anaknya.

" Takdelah, umi. Dira redha. Lagipun, Dira ni orang asing je dalam hidup dia. Tiba-tiba dipaksa kahwin." Kata Adira.

" Apa cakap macam tu. Dira, walau apapun yang jadi kita tetap kena teruskan kehidupan macam biasa. Dira kena tunjuk yang Dira ni kuat. Yang Dira ni tak terkesan pun dengan benda yang berlaku." Kata Puan Harlina.

" Sebenarnyakan umi, Dira fikir nak sambung belajarlah." Kata Adira.

" Ha, baguslah tu. Dira nak sambung belajar dekat mana?" Tanya Puan Harlina.

" Dira dah buat keputusan. Walaupun Umi dengan ayah tak bagi, Dira tetap nak pergi juga. Dira nak sambung belajar dekat Paris." Kata Adira yakin.

" Kenapa jauh sangat, sayang? Dekat Malaysia pun boleh kan?" Kata Puan Harlina tak puas hati.

" Umi, ni je cara Dira dapat lupakan semua benda yang berlaku. Lagipun tadi umi yang kata Dira kena tunjuk Dira kuat. So, Dira nak membina kerjaya baru." Kata Adira.

Puan Harlina tersenyum nipis. Memang diikutkan hati anaknya ini tidak boleh berjauhan daripadanya. Tapi, demi masa depannya dia relakan juga. Semoga Adira semakin matang dan tabah menghadapi hidupnya.


Nabil membungkam di katilnya. Seharian tidak keluar dari biliknya. Makan pun tak lalu. Entah kenapa dengan dirinya hari ini pun dia tak tahu. Ops! Bukan harini tapi dua hari lepas selepas dia menceraikan isterinya.

Tokk! Sebuah ketukan di pintu biliknya membuatkan dia terkejut. Kelihatan mamanya masuk ke dalam biliknya.

" Nabil okay tak ni? Tak keluar-keluar bilik pun." Kata Puan Sri Nadirah.

" Okay je, ma." Kata Nabil mendatar.

" Kalau okay kenapa tak turun makan? Kenapa tak bergaul dengan orang? Kenapa menyendiri? Ha, ni pun tak mandi lagi." Tanya Puan Sri Nadirah bertubi-tubi.

" Takde apa-apalah, ma. I'm okay. Please understand me." Kata Nabil.

" No. I know you, Nabil. You're not okay. Ni mesti sebab Adira kan." Tebak Puan Sri Nadirah. Terukir di bibirnya senyuman sinis.

" Not related." Kata Nabil.

" Jangan nak tipu mama. Ingat pesan mama ni, orang yang ego tinggi ni selalunya akan rugi so that's you. You're selfish! You're egoistic! And now, look at yourself." Kata Puan Sri Nadirah. Nabil hanya mendiamkan diri. Kalau cakap dengan mamanya tak pernah nak menang.

" Ha ni mama nak bagitau. Tadi bekas mak mentua kamu call mama. Katanya dia minta maaf dekat kamu kalau ada benda yang kamu tak puas hati. Lagi satu, harini Adira flight ke Paris." Kata Puan Sri Nadirah.

" Paris? Buat apa?" Kata Nabil terkejut.

" Tak payah nak sibuklah. Kamu dengan dia dah takde apa-apa. Biarkan dia mulakan hidup baru." Kata Puan Sri Nadirah lalu keluar dari bilik anaknya. Ya, anaknya itu memang kena diberi pengajaran.

Nabil mengeluh.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now