BAB 32

1.3K 30 1
                                    

Meskipun dia sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan lelaki itu mahupun keluarganya, namun dia sedikit terharu kerana keluarga Nabil masih menganggap dirinya sebagai menantu mereka.

Mereka selalu mengajaknya keluar bersama-sama, makan bersama-sama. Adakalanya dia terasa bersalah sangat namun dia tidak pasti apa yang harus disalahkan.

" Adira, auntie nak pergi butik Furla sekejap. Adira nak ikut auntie tak?" tanya Puan Sri Nadirah.

" Mama, Niena nak pergi makan aiskrim baskin robbins." Kata Niena Insyirah. Salah satunya adik yang Nabil ada.

" Macam nilah. Adira, apa kata Adira ikut Niena boleh? Nanti kita jumpa balik kita lunch sama-sama. Okey?" Cadang Puan Sri Nadirah.

" Okey auntie."

Adira mengatur langkah santai bersama Niena. Sepuluh minit berjalan akhirnya mereka melangkah masuk ke dalam Baskin-Robbin. Adira melabuhkan duduknya di hadapan Niena.

" Kak Adira, bila akak nak kahwin?" soalan spontan daripada Niena membuatkan Adira sedikit terkejut.

" Tak tahulah."

" Kalau nak kata akak takde calon, Irsyad tu?" tanya Niena lagi.

" Irsyad tu akak memang dah lama kawan dengan dia." Jawab Yuhanis.

" Akak ada tunggu someone ke?"

" Sape?"

" Abang."

" Dia bukannya nak dekat akak pun." Kata Yuhanis.

Yuhanis menangkap perbualan rancak antara lelaki dan perempuan selang tujuh meter dari tempatnya duduk. Aiskrim yang tadinya manis terasa kelat.

" Abang." Niena berjalan mendekati abangnya.

" Niena. Buat apa dekat sini?" Tanya Nabil terkejut.

" Teman mama shoppinglah. Mama ajak kak Adira sekali."

" Adira?" Tanya Nabil. Niena mengangguk lalu menunjukkan ke arah Adira yang sedang bermain telefon bimbitnya.

Nabil berjalan mendekati Adira.

" Adira." Panggil Nabil. Jantungnya berdegup kencang tika ini.

" You ni fashion designer terkenal tu kan? Adira Husna?" Tanya Dayana yang memaut tangan Nabil dengan teruja. Adira hanya tersenyum nipis.

" Dating ke?" Tanya Adira.

Dayana sudah tersenyum di sisi Nabil. Dikemaskan lagi pegangannya di tangan Nabil.

Nabil pula hanya tarik senyum tipis tanpa berkata apa-apa.

" Mama mana?" tanya Nabil.

" Tadi mama pergi butik Furla. Niena nak makan aiskrim tu yang saya temankan. Biar saya call." Kata Adira.

" Takpe biar saya yang call." Adira yang baru nak menekan punat telefon terhenti. Dibiarkan sahaja Nabil menelefon mamanya.

" Hello mama. Nabil ni. Nabil ada dengan Niena sekarang. Kita lunch sekali nak tak?" tanya Nabil.

" You tak kisah kan lunch dengan mama I?" Tanya Nabil kepada Dayana.

" I tak kisah pun. Bolehlah I berkenalan dengan bakal mak mentua I." kata Dayana. Dia melihat Adira yang buat-buat tidak dengar apa yang dituturkannya. Dayana tersenyum kemenangan.

Kembali semula kepada mamanya di hujung talian. " Nak jumpa dekat mana ma?"

Dayana menyentuh lengan Nabil menarik perhatian. Nabil menjongket kening tanda menyoal.

Adira di depan tak lepas melihat gelagat keduanya dengan muka tak beriak. Sekali lagi perhatiannya dilarikan kepada Niena apabila Dayana menyentuh Nabil seperti sudah menjadi kebiasaan.

" Ajak mama you lunch dekat Teh Tarik. My friend cakap dekat situ not bad." Cadang Dayana.

Nabil angguk laju.

" Kita lunch dekat Teh Tarik nak ma?" Usul Nabil. Seminit kemudian panggilan ditamatkan.

" Awak tak kisah kan?" Adira mengangguk kecil.


Bibir mungil Adira tersenyum nipis melihat Nabil yang berjalan di hadapannya.

" You masih rapat dengan family Nabil, kan?" Ucap Dayana memecah kesunyian.

Adira menoleh. " Pardon?"

" I cakap yang you masih rapat dengan family Nabil, even.." Kata-kata Dayana terhenti sekejap. " You dengan Nabil dah lama cerai."

" You tahu?" tanya Adira.

" Adira, takkan you tak ingat I?" Sinis Dayana bersuara.

" Tapi kenapa you buat-buat baru kenal I?" tanya Adira tak faham.

" Saja."

" I nak tengok sejauh mana you boleh bertahan berdepan dengan I." Kata Dayana.

" Apa yang you nak sebenarnya, Dayana?"

" I nak you jauhkan diri you dari family Nabil. I tak suka you rapat dengan diorang. Lagipun lepasni I akan kahwin dengan Nabil. So better you jauhkan diri dari family diorang. Oops! Family Nabil family I jugak." Kata Dayana mengejek.

" Dah lah. I malas nak gaduh dengan you." Kata Adira seraya melajukan langkah.

Tanga Adira dicengkam kuat oleh Dayana.

" I tak habis cakap lagi dengan you!" marah Dayana.

" Lepaslah."

" Jangan kau dekati Nabil atau sesiapa dalam family dia. Aku tak nak rumah tangga aku hancur disebabkan perosak macam kau."

" Aku tak halang kau rapat dengan Nabil pun. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa." Kata Adira. Tangannya masih digenggam kuat oleh Dayana. Malah makin kuat. Tangannya semakin sakit.

" Kau ingat pesan aku. Aku boleh jadi binatang demi orang yang aku sayang. Jangan sampai kau kena makan dengan binatang macam aku." Ugut Dayana. Tiba-tiba tangannya direntap kasar oleh seseorang.

" Irsyad."

" Jangan sesekali kau ugut dia yang bukan-bukan!" Marah Irsyad kepada Dayana. Nabil yang sudah kedepan menoleh ke belakang setelah mendengar sesuatu yang riuh. Dia mendekati mereka.

" Apa yang aku ugut dia? Jangan sesuka hati nak tuduh aku!" Teriak Dayana pula.

" Aku tak pekak lagi, Dayana. Aku belakang korang je tadi. Aku dengar apa yang kau cakap dekat dia."

" Bro, kenapa ni?" tegur Nabil.

" Nabil, lama tak jumpa. Kau ajar sikit girlfriend kau ni untuk cakap elok-elok. Jangan sampai aku yang tolong ajarkan." Kata Irsyad.

Irsyad menarik tangan Adira untuk berlalu dari situ. Nabil menarik sebelah lagi tangan Adira.

" Kau nak bawa dia pergi mana?" Tanya Nabil.

" She's mine. Dia terlalu baik untuk lelaki macam kau. Dayana ni pun kau tak pandai nak jaga apatah lagi Adira. Please, don't break her heart twice." Kata Irsyad. Nabil melepaskan tangan Adira.

" You cakap apa dekat dia?!" Marah Nabil.

" Mana ada cakap apa-apa. I just cakap jangan rapat dengan you je. Lagipun kitakan dah nak kahwin sayang." Kata Dayana.

" Sejak bila aku nak kahwin dengan kau? Aku layan kau sebab terpaksa tau tak? Kau ingat aku nak perempuan murahan macam kau? Pergilah berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi." Nabil menarik tangan adiknya berlalu dari situ. Niena yang tidak tahu apa-apa hanya mengekor.

Dayana mengenggam penumbuknya.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now