BAB 12

2.7K 74 3
                                    

SELEPAS beberapa jam meredah kesesakan jalan raya, akhirnya mereka tiba di Kampung Serkam Hilir, Melaka. Carl mematikan enjin kenderaan sebaik tiba di pekarangan rumah Rania.

"Awak jangan nervous tau. Mak saya tu memang garang, tapi hati dia baik," pesan Rania sebaik menanggalkan tali pinggang keledar.

"Eleh, kau ke aku yang nervous sekarang?" Carl pandang muka cuak Rania.

Gulp! Rania telan air liur. Ya, memang dia nervous giler sekarang. Tahap debaran dalam hatinya sekarang ini hanya Tuhan saja yang tahu. Dia risau kalau-kalau mak tak boleh terima Carl dan paksa dia kahwin dengan anak Pak Cik Leman itu.

Eii, tak naklah dia.

Tapi, yang lebih dia risaukan sekarang kalau-kalau mak suruh dia kahwin koboi dengan Carl masa itu juga! Haru dia nanti.

"Sunyi saja rumah kau. Macam tak ada orang."

Carl keluar dari perut kereta diikuti oleh Rania. Dia pandang sekeliling. Tak jauh dari tempat mereka berdiri, kelihatan sebuah pangkin kecil yang terletak betul-betul di bawah pohon mangga.

Sekeliling kawasan rumah pula dipenuhi dengan rimbunan pokok bunga kertas yang kelihatan terjaga rapi. Cantik dan menyejukkan mata yang memandang.

"Cantik kampung kau. Tenang saja."

Pujian itu terlontar dari mulut Carl.

"Eleh, dah nama pun kampung saya, kan? Mestilah cantik macam orangnya juga," balas Rania dalam nada berseloroh.

Carl senyum sinis. Menyesal puji!

"Assalamualaikum."

Salam itu kedengaran betul-betul dari belakang mereka. Serentak dengan itu, mereka berpaling. Melihat seorang wanita tua yang sedang berdiri dengan sebilah parang di tangannya membuat jantung Carl dan Rania hampir-hampir luruh.

"Dah lama sampai?" tegur Mak Kiah dengan muka bengisnya.

"Mak? Terkejut kami tau. Mak dari mana dengan parang ni?" tanya Rania kemudiannya.

"Aku dari kebun. Dah nama pun dari kebun, takkan nak pegang sudip pulak." Mak Kiah menyindir pedas.

Kena sebiji Rania. Ya tak ya juga, kan?

"Ni siapa pulak ni?"

Mata Mak Kiah beralih kepada Carl yang berdiri di sebelah Rania.

"Err... kenalkan, ini Carl. Boyfriend kakak. Kan mak yang suruh kakak bawak balik untuk kenalkan dengan mak," terang Rania sambil menyembunyikan gelora dalam hati.

"Apa khabar mak cik?"

Carl hulur tangan untuk bersalam dengan Mak Kiah. Pantas Mak Kiah menyambut.

"Pandai jugak kamu cari calon laki, kan? Sebijik muka arwah bapak kamu masa muda-muda dulu. Putih macam ginilah. Ni kalau masa bersanding nanti, mesti semua orang puji laki kamu ni, kakak."

Mak Kiah kerling kereta BMW di belakang mereka.

"Sebab tulah kakak cantik, kan mak?" pintasnya kemudian.

"Eh, tak. Kamu cantik sebab mak. Kamu tu kan satu-satunya anak mak. Itu yang kamu warisi semua kecantikan mak."

Mak Kiah bersuara dengan yakin.

Rania geleng kepala.

"Ini kereta kamu ke?" Mak Kiah membelek kereta BMW itu.

"Ya, mak cik." Carl jawab spontan.

"Baguslah. Petang nanti bawak mak cik ronda-ronda kampung dengan kereta kamu ni. Bolehlah mak cik tayang kat orang kampung ni."

Rania tepuk dahi. Mak oi, janganlah buat perangai. Mana nak letak muka ni? Aduhai!

CEO DEPAN MATAOnde histórias criam vida. Descubra agora