.21

58 9 5
                                    

Masa berjalan. 2 minggu sudah pun berlalu. Hari ni adalah hari bahagia buat keluarga Park. Puan Lee yang berpakaian hanbok itu melihat anak gadisnya bakal bergelar isteri dan membina sebuah keluarga baru untuknya, dia terharu.

"Omma tak rugi kan kalau baju pengantin Chorong pakai baju hadiah yang Tae bagi? lawa apa."

"iya lawa. Anak omma pakai apapun lawa sayang."

Chorong tersengih apabila mendapat pujian ikhlas dari ibu. Tiba-tiba pula suasana menjadi hening. Puan Lee menundukkan pandangan untuk menyembunyikan wajah yang sedang sedih.

"omma?"

suara esakan kecil dari ibu buatkan Chorong tergelak kecil. "kenapa nangis ni?" si anak mendekati ibunya untuk melembutkan rasa hiba. Chorong memeluk Puan Lee , memberi rasa kehangatan.

"Rasa macam seminggu lalu omma lahirkan kamu. Cepatnya masa berlalu.."  ujar wanita itu sambil mengelap tubir mata. 

"Dari meniarap, kemudian kamu merangkak mahu ke arah berjalan dan berlari. Dan sekarang , hari ni...kamu akan bergelar Kim Chorong."

kata-kata ucapan wanita itu berjaya menitiskan air mata Chorong. Tak tahu nak rasa apa , mix feeling.

dua beranak itu berpelukan.

"jadi isteri yang baik dan taat ya sayang."

"aiguuu aiguuu , uri omma..dah buat yang terbaik." belakang ibunya ditepuk manja. Manakala Puan Lee mengusap Chorong lembut.

"saranghae, uri omma."

"nado, uri adeul."

"Ehem!" suara berdehem seseorang menghentikan drama 5 minit dua beranak itu. Mereka berpaling serentak.

"Majlis hampir mula. Pengantin lelaki pun dah sedia."

Isteri Yoongi memberikan peringatan. Mereka berdua mengangguk tanda faham.

"dah lewat ni.Jom?" Tangan si ibu dihulurkan dan Chorong menyambut.

"oh ya, siapa iring Chorong eh?"

"Encik Min."

"Apa???"

--

Majlis perkahwinan yang tidak terlalu besar dan megah namun meriah kerana kehadiran orang kampung yang sudi datang.

Pelamin yang dihiasi bunga-bunga juga background daun. Padang yang luas dan angin yang datang menyejukkan suasana.

ya, mereka mengadakan di tempat luas Padang kuda milik Min Yoongi.

"Sedia?"

Yoongi menghulurkan tangan yang memakai sarung tangan putih. Chorong mengangguk gembira.

"sentiasa sedia , encik Min."

mereka tersengih.

--

  Mark tak dapat hadir memandangkan dia terpaksa menolong Puan Kim untuk menyelesaikan masalah Yoonhee yang sudah 4 hari tidak keluar dari bilik.

"Aunty, kenapa dia jadi macam ni?"

"kamu tahukan dia tu... broken sebab Taehyung- aish, apapun aunty harapkan kamu. Dia langsung buat perangai dan buat aunty naik gila sekali."

"gwenchana. Serahkan semua. Okay?"

Mark memulas tombol pintu dan perlahan-lahan melangkah masuk.

"tak guna!!"

jeritan Yoonhee adalah perkara pertama dia hadapi.

"Yoonhee!"

Mark memberanikan diri mendekati anak gadis itu yang hampir mahu melukakan diri menggunakan serpihan kaca. Tubuh Yoonhee dipeluk sekuatnya.

"Lepas!!" 

serpihan kaca di ambil lalu dilemparkan ke tempat lain.

"jangan jadi gila boleh?!"

"kalau aku gila pun, orang takkan kisah! biarlah aku mati!"

"Takkan sebab seorang lelaki je kau jadi begini Kim Yoonhee!"

"ya! bermulanya dari kau Mark Tuan! Kau. . langsung tak hargai cinta aku. Kau gunakan aku untuk dekatkan diri kau dengan Chorong. Bijak, sangat bijak!" Yoonhee ketawa kuat dan menaikkan Mark meremang. Lelaki itu terdiam membisu.

"semua salah aku. Kau tak perlu jadi macam ni. Kau pun tahu aku sebenarnya sedih sebab mereka hari ni berkahwin. Tapi kita kena teruskan hidup. Move on. Tak semua perkara yang kita suka, kita dapat Yoonhee..kemungkinan yang buruk itu la yang terbaik untuk kita."

"aku tak faham dengan kata-kata kau Mark. Kenapa semua bencikan aku."

"jangan buat andaian macam tu je Yoonhee. Mak kau masih sayangkan kau. Aku...aku pun. Chorong juga mungkin sayangkan kau sebagai kawan."

Yoonhee tak membalas. Hanya membisu dan tak lama itu dunianya menjadi gelap.

Yoonhee rebah dalam dakapan Mark.

--

cincin disarungkan ke jari pengantin lelaki. Begitu juga dengan Taehyung, membuat perkara sama kepada pengantin perempuan.

selepas itu, mereka berpandangan. Masing-masing menghadiahkan senyuman.

"kahwin dalam usia muda?" ujar Chorong , menyengih.

"tak ada hal."  balas pengantin lelaki , poyo.

"kiss! kiss! kiss!!" laungan para tetamu yang datang menambahkan lagi keriuhan di situ.

Taehyung mendekatkan dirinya dan menyentuh kedua pipi Chorong.

chup!

"alaaa!"

sekilas saja dia bertindak mencium pipi gebu milik isterinya dan membuatkan para tetamu merungut.

"kenapa tak bibir??" soal Chorong kepelik-kan.

"mian..malulah."

Chorong menahan gelak. Malu??? kenapa malu?? kelmarin sebelum kahwin bukan main lagi kau turn on!

"sebab ramai orang ek? jadi tak biasa?"

"yela..Yoongi hyung pun dah bagi amaran. Jangan terlalu 'kasar' dengan awak."

"dia tahu ke masa dalam bilik rawatan tu?"

"tahulah. Cctv kan boleh jadi prove."

Chorong bergerak ke hadapan sedikit untuk menutup jarak mereka dan memberi pandangan lembut kepada suaminya.

"hey, kita dah kahwin. Nak buat apa-apa pun melibatkan syahwat , iannya disahkan."

Taehyung pula meremang.

Be together | on g. Donde viven las historias. Descúbrelo ahora