.18

60 11 3
                                    

Penduduk kampung berkumpul di dalam dewan. Tak terlalu ramai namun menjadi heboh apabila ada satu pengunguman perlu dikatakan dan mereka kena berkumpul.

Ya , inilah adat Kampung Desa Sam-deong.

Yoonhee tak sudah merengek dari rumah tak mau ikut Puan Kim berkumpul juga. Terpaksa la dia jadi gedik sebab nak buat ibunya annoying dan orang kampung melihatnya.

"Yoonhee ada kerja la kat rumah."

"Yoonhee tak nak la. Mesti ketua kampung nak bahas tentang ramalan cuaca. Kita kena berjaga itu ini.  Takpun dia nak kahwin lagi!"

"Ish! tak penting pun lah pengunguman tu!"

ada ada saja alasan diberikan dan semua itu langsung tak mematahkan jiwa Puan Kim untuk menarik anaknya bersama pergi berkumpul.

"benda ni wajib. Kalau mama dah tahu, dan perkara tu penting. Mama malas nak bilang lagi."

"take a note. Semua dah sedia."

"antara kamu suka atau tak, perlu juga dengar dan jaga adab."

sempat Puan Kim memberi nasihat sebelum seseorang muncul di hadapan orang ramai bersama mic.

   Taehyung dan Chorong di belakang tabir , masing-masing menenangkan diri. Cuba mengawal rasa gemuruh.

"tenang ya. Ini cuma pengunguman saja. Saya rasa , semua pun okay dengan hubungan kita." Taehyung cuba menenangkan Chorong dan juga dirinya. Tangan kecil darinya itu diraih lalu digenggam erat.

"Saya tak rasa semua akan suka dengan pemberitahuan kita nak kahwin."

"Awak lupa ke? Mark sendiri kata dia takkan ganggu awak lagi bila awak dah berkahwin. Dia hormati hubungan awak yg sudah rasmi. Jangan risau, kalau dia bohong dengan kata-kata dia. Saya tetap akan lindungi awak, sayang."

perkataan sayang untuk kali pertama diungkapkan. Chorong memandang Taehyung dengan tatapan tidak faham.

tergelak lelaki itu melihat gelagat Chorong.

"Comel."

"apa?"

makin bengang dalam kepala Chorong tatkala dapat pujian pula. 

"Tuan , Puan dan juga kakak abang yg hadir dalam dewan ini, maafkan saya kerana memanggil secara mengejut untuk berkumpul dan juga saya dah menganggu masa anda semua."

Puan Kim dan Yoonhee memandang figura di atas pentas yg sedang berucap itu penuh tumpuan.

"Jin-ah?"

"aunty Lee? buat apa dia yg berucap?"

Puan Kim seakan faham rakan karibnya mahu memberikan penjelasan tentang apa, satu senyuman terzahir dibibir merah wanita itu.

"kenapa mama senyum?"

"tak ada apalah."

mereka kembali memberi tumpuan di hadapan.

"Seperti mana hajat saya untuk kalian semua berkumpul adalah, Kali ni bukan saya nak hebohkan tentang tempat kerja mendiang suami saya naik taraf mahupun saya dapat pangkat dari ketua kampung. Tapi saya nak beritahu tentang.

anak saya tak lama lagi akan mendirikan rumah tangga.

Tahniah!"

tepat pada masanya , gadis yg akan bergelar isteri itu keluar dari belakang tabir bersama lelaki yang terpilih.

Yoonhee dalam keadaan tercengang melihat situasi aneh pada dirinya.

"Apa ni? teater? hahah?" tak percaya apa yg sedang dia lihat sekarang. Lelaki idaman di atas pentas bersama bekas sahabatnya sedang berpegang tangan, mesra.

orang ramai bersorak dan mengucapkan tahniah tak henti-henti kepada pasangan yg akan bergelar suami isteri itu.

dan tanpa disedari dalam ramai yg datang, ada seorang sedang tersenyum sinis memerhatikan keluarga itu. Senyuman yang tak ramai tahu itu adalah senyuman jahat.

"Saya dan Chorong memohon maaf atas menganggu masa kamu semua yg hadir. Terima kasih kerana berkumpul untuk mendengar pengunguman pertama kali saya buat. Kami berdua dan juga bakal ibu mertua niat mahu berkongsi kebahagiaan yg kami rasa. Ya, saya dan Chorong tak lama lagi akan berkahwin 2 minggu lagi. Tentang kejadian tiga hari lepas, lupakan lah. Itu semua tak dirancang dan buatkan bakal isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Mohon maaf sekali lagi. Jadi saya harap ramai dapat hadiri majlis pernikahan kami dan memeriahkan suasana."

agak gugup untuk Taehyung semasa berucap. Tapi kegugupan itu semakin hilang apabila ada tangan lain melembutkan keadaannya.

"Thanks Chorong."

"no problem."

  "chukahaeyo , love birds! dari kawan baik menjadi teman hidup! dari kena friendzone, sudah direstui kedua pihak!"

satu laungan dari arah mana ntah mengucapkan kata-kata itu dan berjaya membuatkan suasana bertambah riuh.

--

tbc.

chap ni, mcm pelik kan. Tapi saya yakin ada je adat macam ni. :)

Be together | on g. Место, где живут истории. Откройте их для себя