.03

95 14 6
                                    

"ahjumma, kain ni boleh tak simpankan? saya nak beli tapi belum cukup bajet."

Chorong membuat permintaan sebelum dia pergi ke gerai lain pula. Sudah 1 jam dia mencuci mata di sini.

"anything untuk kamu sayang." jawab ahjumma Choi yang menjual kain tersebut.

"saya suka kain ahjumma, warna baby blue ni memang kesukaan saya." tambah Chorong menaikkan semangat ahjumma Choi untuk menjual.

"ah kamu tak nak tengok yg lain? kain ahjumma yg limited edition dekat bahagian sana."

--

Topi beret yang terlekat di atas kepala ditanggalkan. Taehyung tercungap-cungap dek berlari dari singa betina di belakang. Dia cuba bertenang setelah mendapat tempat persembunyian. Sebenarnya, tak jauh pun dari mereka. Kalau tak dapat jumpa, tak tahulah.

"kain ni pun sedap bila pakai. Kamu tak nak beli ataupun nak ahjumma simpankan?"

"boleh, untuk omma saya."

Ahjumma Choi menguntum senyuman manis apabila Chorong menambah pembelian tempahannya.

Rasa seronok bila anak dari keluarga ternama membeli barangannya.

Namun senyuman itu semakin hilang saat matanya tertancap pada satu kainnya yg menunjukkan bayang seseorang disebalik kain tersebut.

"apa tu?" pantas wanita tua itu menyembunyikan dirinya di belakang Chorong.

"w-wae??"

"tuu.." Jari telunjuknya menunjukkan ke arah kain yang mempunyai bayang itu. "ahjumma duduk sini. Saya pergi selesaikan."

"kamulah hero ahjumma, Chorong."



Taehyung mengipas diri dari tadi menggunakan topi beretnya. Walaupun malam, dia rasa dia dapat mandi peluh .

"ambil penyapu ni, untuk safety diri. Okay?"
nasihat Puan Choi tetapi Chorong menolak.

"saya rasa dia bukan orang jahat."

"kenapa pulak??"

"dia termengah-mengah. Macam baru dikejar."

Chorong mengorak langkah mendekati. Puan Choi pula gementar melihat sifat berani gadis itu.

kain diselak , Chorong melihat susuk tubuh lelaki itu dari belakang. Seorang yang terduduk dan masih mengambil nafas.

"maafkan saya..?"

teguran Chorong berjaya mengejutkan Taehyung . Pantas lelaki itu berdiri. Baru saja dia mahu angkat kaki, Chorong menahan lengannya.

"awak okay?"

--

Taehyung.

deg.

suaranya yang lembut.

teguran yang berjaya buatkan aku tenang dari segala kesulitan.
matanya yang cantik bewarna coklat hazel. Gaya rambut yang diikat kemas dan dibiarkan rambut belakangnya ditutupi leher jinjang.

siapa kau?

kau..kau berjaya buat aku termenung.

"awak okay ke?" dia bertanya lagi. Ah gawat, kau tak boleh macam ni Taehyung!

"Yaa, I'm fine. Cuma tadi saya dikejar beberapa gadis."

"ouh. Biasalah tu." Pegangan tangannya pada lenganku dilepaskan. "ahjumma Choi ingat awak orang jahat . Jadi sekarang, dah okay?" petah dia menanya.

Be together | on g. Where stories live. Discover now