.11

81 12 2
                                    

Mata bersinar dek melihat permata dihadapan. Begitu kagum Taehyung melihat pin yg banyak dijual dengan pelbagai corak.

banyak betul idea dia nak bagi Chorong hadiah.

sebagai tanda memujuk.

"pakcik, semua harga berbeza kan?"

"aih soalan apa tu? mestilah. Tapi semua ada promosi."

"kalau macam tu, saya nak limited edition punya. Ada tak?"

"amboi kau. Kalau nak begitu, rasanya ada. Kejap, banyak aku jual yg limited ni. Berbeza corak. Kau nak yg mana?"

"ha apa kata custom made? pakcik jual tak macam tu?"

Taehyung seakan budak-budak ketika menanya. Terlalu teruja dan tak sabar.

"tkde, tapi kalau kau nak bayar lebih. Aku akan buat."

"semestinya."

Lebar lelaki itu tersenyum. Sengihan juga terselit.

--

Yoonhee memerhatikan gerak geri ibunya yg sedang sibuk menggosok baju tempahan dari Taehyung.

Rasa dengki dalam diri mula timbul.

"kenapa la mama siapkan cepat. Biasa tempahan orang lain, ditangguh-tangguh sampai berbulan-bulan pun ada tak siap lagi, tapi baju untuk orang kaya tu? huh anak beranak tu boleh beli lagi hebat la!" ujarnya dalam hati sambil berpeluk tubuh.
Matanya sangat tertumpu pada baju berwarna baby blue, milik Chorong.

"urgh! macam mana dia tahu betina tu suka warna lembut? dasar. Kenapa la hidup kau terlalu senang Chorong? ramai suka kau, ramai sayang kau, ramai sanjung kau. Kenapa?" makin sakit dalam hatinya apabila bercakap tentang kenikmatan yg Chorong dapat. Dia rasa cemburu segala apa yang gadis itu ada.

tapi kali ni, dia takkan lepaskan Taehyung semudah tu.

--

Pin corak bunga tulip serta bergabung dengan manik corak rama-rama , Taehyung rasa takjub sebentar.

"pakcik terima kasih. Cepat betul survice. Saya repeat nanti ye?" Taehyung berikan tunduk hormat sebelum dia melangkah pergi. Rasa puas hati dengan idea yg dia dah dapat.

dan sekarang dia perlu pergi ke rumah Puan Kim untuk mengambil baju yg dia tempah.

--

"hari ni juga dia nak ambil?"

Puan Kim mengangguk seraya tersenyum puas hati dengan ciptaan baju yg baru saja dia hasilkan semalam.

"ma, Yoonhee nak hantar boleh?"

Pelawa gadis itu tiba-tiba.

"tak payahlah. Dah dekat dah Taehyung."

Yoonhee tunjukkan wajah masam. Express betul jantan tu bertindak . Dia memang tak anggap Chorong kawan . Lebih dari tu.

dingdong.

"ha tu, dia dah sampai." Segera Puan Kim mengangkat punggung dan menyambut kedatangan pelanggan yang dihormati.

"Aiguuu! tepat dan cepat. Nah , semua dah siap sekali aunty dah gosok."

"gumawo, berapa ye aunty?"

"aip!"

baru saja Taehyung mahu mengeluarkan duit, Puan Kim menyergah. "tak apa, free sayang." Taehyung terdiam. Dia memandang Puan Kim tidak faham. Tak lama itu, dia bersuara.

"mana boleh, mesti tangan aunty sakit. Aunty perlu dapatkan untung. Walaupun ini baju untuk kawan aunty dan anak dia. Aunty tak boleh buat macam ni." Pujuk Taehyung semangat. Lelaki itu menghulurkan duitnya

tetapi,

huluran Taehyung ditolak perlahan-lahan.

"no. Tak apa sayang. Aunty ikhlas lah."

Taehyung bengang.

--

malam.

tepat pukul 8:30 malam, Chorong sudah berada di depan rumah. Sejak kebelakangan ni, dia selalu sibukkan diri di florist.

hanya kerana mahu mengelak dari Taehyung. Tetapi malam ini, dia tidak dapat mengelak.

sebaik saja dia melangkah masuk, matanya tertancap pada sepasang kasut lelaki yg dia sangat kenal.

Chorong cuba tak mahu berfikir negatif, mungkin itu cuma bayangannya kerana kerap sekali berfikir tentang Taehyung sampai terbawa ke rumah.

namun, itu semua realiti.

terkejut saat melihat ibunya sedang berborak mesra dengan Taehyung di ruang tamu sambil menikmati cookies.

kehadiran Chorong disedari mereka berdua apabila dia bersuara.

"buat apa dekat sini?"

Terus Taehyung bangun lalu menyapa gadis itu mesra.

"Hai Chorong. Lewat awak balik? biasa awak pulang petang."

"siapa awak nak sibuk?"

tersentak Taehyung mendengar teguran 'pedas' dari bibir gadis itu. Wajah yg penat dipaparkan. Taehyung faham.

"nak, kenapa cakap macam tu? Tetamu ni. Lelagi kawan baik kamu sendiri." Puan Lee mencelah bagi tidak menegangkan keadaan.

senyuman Taehyung masih lagi terukir walaupun dia terasa dengan kata-kata Chorong tadi.

"Duduk sini dengan kami. Berborak dengan Taehyung. Layan tetamu ni."

"Chorong nak mandi, lepastu tidur."

"Park Chorong." Tegas nada si ibu. Anak daranya langsung mengendahkan kata-kata Puan Lee dan terus masuk ke bilik.

"rasanya dia penat la ahjumma. Mungkin lain kali."

"Maaf Tae, maaf sangat-sangat dengan perangai dia tu. Maybe tengah pening dengan tempat kerja. Sampai rasa marah tu ditempias dekat kamu." Puan Lee cuba melembutkan lelaki itu. Taehyung pandang beg yg berisi baju Chorong. Hanya tinggal diberikan saja.

ya, Puan Lee sudah melihat pemberian lelaki itu dan dia sukakan sangat.

"saya balik dulu ahjumma. Terima kasih untuk cookies dan hot coklat."

senyuman diberikan. Taehyung pamit untuk pulang.

Be together | on g. Where stories live. Discover now