Tiga Serangkai

114 1 0
                                    

Sebelum ini, aku pernah sebutkan nama guru kami dalam perubatan, iaitu Haji Adi. Nama itu hanyalah nama samaran demi menjaga identiti beliau. Pernah juga aku tuliskan aksi beliau dalam karya-karya aku yang sebelum ini. Namun, untuk kali pertamanya baru-baru ini aku melihat beliau bersama dua orang sahabatnya merawat. Sangat membuka minda aku.

Oktober 2019

Ketika itu hari Sabtu, dan aku hanya di rumah bersama keluarga. Tengah hari itu, isteri keluar sebentar untuk mesyuarat bersama rakan sepejabat dan yang akulah yang menjaga Maryam, anak kami.

Ketika itulah, aku mendapat panggilan dari kawan sepermainan sejak kecil, Izah.

"Assalamualaikum Syafiq, kitak ngubat urang ka?"
(Assalamualaikum Syafiq, awak merawat orang ke?)

"Waalaikumssalam, bolehla cuba-cuba..ada apa oh?"

"Camtok..ada ustazah..lamak dah sakit..bini Ustaz Adha..boleh kitak rawatnya malamtok? Kedongnya ada di sitok..isoknya balit dah."
(Camni..ade ustazah..lame dah sakit.. isteri Ustaz Adha..bokeh awak rawat ustazah malamni? Kebetulan ustazah masih di sini..esoknya dia balik.)

"Hah? Ustaz Adha? Yang bukak kitab aqidah ya ka?"

"Yes! Ustaz Adha laaa. Boleh tulong ubat ustazah? Mintak Haji Adi sekali tulong, boleh?"

Aku tergamam sebentar. Dan akhirnya aku setuju untuk menghubungi guruku. Kalau Izah minta aku seorang yang rawat ustazah isteri Ustaz Adha, nescaya aku tolak. Tolak bukan sebab apa, sebab aku malu dengan Ustaz Adha. Wallahi! Izah pula aktif dalam satu persatuan Islamik yang meraikan majlis-majlis ilmu yang ada di Sarawak. Atas sebab itu, Izah ditugaskan dari rakan-rakan persatuan yang sekaligus menjadi pengiring ustaz Adha dan ustazah untuk menghubungi aku.

Ustaz Adha(bukan nama sebenar) adalah seorang ulamak yang besar dan sangat dikenali untuk para penuntut ilmu. Beliau sering ke Sarawak untuk menyebarkan dakwah. Beliau murid seorang habib berjanggut kemerahan yang masyhur di Yaman. Sapa yang tahu pasti sudah boleh mengagak siapa gerangan habib tersebut.

Jujur aku katakan aku terkejut. Mana tidaknya, seorang yang alim berhajat kepada kami. Lantas aku hubungi Haji Adi.

"Assalamualaikum Haji, maap ngaco kitak..kitak lapang ka kinek?"
(Assalamualaikum Haji, maaf ganggu Haji, Haji lapang ke sekarang?)

"Waalaikumssalam, kamek embak guru kamek, Ustaz Mad nyambut ulamak datang..pa kenak tek?"
(Waalaikumssalam, saya sekarang sedang bawa guru saya, Ustaz Mad pergi sambut ulamak yang datang ke sini..ade kenape ye?)

Aku khabarkan hajat dari Izah untuk merawat ustazah. Dan aku katakan mereka berhajat dengan Haji Adi sendiri.

Menurut Haji Adi, sebelum ini, Usman anaknya pernah merawat ustazah tersebut namun kurang kerjasama dari pihak ustazah dan itu menyukarkan sesi rawatan tempoh lalu. Malah, Haji Adi pernah meminta dari pihak ustazah untuk memberikan beliau gambar ustazah tanpa purdah. Namun, sehingga sekarang tiada respon yang diberikan.

Akhirnya, selepas beberapa minit, Haji Adi dan rakannya bersetuju untuk gambar ustazah berpurdah. Memang begitulah kaedah beliau untuk mencari punca. Kaedah ini digelar 'meneropong'.

Akhirnya punca dijumpai, dan aku sebagai orang tengah menghubungi Izah. Persetujuan dicapai. Pukul 10.30 malam masa temu janji.

Aku whatsapp Haji Adi, 'Pak Haji..Pak Haji dengan sapa rawat ustazah kelak?'

'Tiga orang.. kitak boleh datang malam tok..tengok cara.'
(Tiga orang..awak boleh datang malamni..tengok cara rawatan.)

Aku teruja. Adikku Faruk langsung aku ajak, namun dia sibuk dan tidak dapat hadir.

CERITA - CERITA SERAMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang