Blok 4 IPTA di Sarawak

143 1 0
                                    

Helo semua, Sekarang saya nak cerita pengalaman seram saya, kat pembaca semua. Kisah ni berlaku sewaktu saya masih bergelar pelajar di sebuah IPTA di Sarawak (Negeri kelahiran). Sepanjang saya belajar di sana atau lebih tepat lagi mendiami hostel/kolej di situ. Ini merupakan pengalaman agak menyeramkan bagi saya. Mana tidaknya, pertama kali melihat makhluk Allah lain, selain manusia secara nyata.

Untuk pengetahuan pembaca semua. Saya telah ditempatkan di Hostel/kolej kediaman X. Hostel/kolej kami dibahagikan kepada 4 blok. Manakala saya ditempatkan di Blok 3. Dalam banyak-banyak Blok, Blok 4 yang paling keras. Mana tidaknya, Blok 4 terletak paling hujung dimana tepi dan belakang hanya hutan sahaja. Manakala dihadapannya pula terdapat dewan makan tetapi sudah lama tidak digunakan. Alhamdulillah, saya tidak mendapat hostel di Blok 4. Walaupun hampir semua kawan-kawan saya di tempatkan di Blok 4. Ini kerana saya merupakan AJK Blok 3, sedikit sebanyak ia memberi kelebihan untuk saya tetap tinggal di Blok 3.

Kisah ini berlaku pada sem last saya berada di sana. Satu malam itu, kerana agak bosan duduk di Bilik. Saya mengambil keputusan untuk lepak di Bilik kawan saya di Blok 4. Maklum lah kebanyakan kawan saya tinggal di sana. Selepas siapkan segala kelengkapan untuk kelas pada keesokan harinya saya telah menghantar watsapps kepada Min menyatakan tujuan saya iaitu untuk lepak di Biliknya.

Setiap Blok dibahagi kepada 2, iaitu Wing A dan Wing B. Bilik Min pula di tingkat 3 di Wing A. Jam ditangan menunjukkan pukul 9.00pm bila saya sampai di Bilik Min. Di sana, Dia sudah menunggu di hadapan bilik. Dia memaklumkan rakan sebiliknya sedang mengadakan study group di situ. Jadi kami terpaksa menukar plan dengan mengambil keputusan melepak di Bilik kawan kami yang satu lagi iaitu Bilik Ina dan laila. Bilik mereka berdua masih di Blok yang sama tapi di tingkat lima dan Wing B. Nak dijadikan cerita di sini bermula peristiwa seram tersebut.

Sepanjang perjalanan menaiki tangga dan melalui koridor Wing B. Kami berdua tidak banyak bersuara kerana suasana di sana sedikit menyeramkan. Dengan api dihujung koridor yang disebelahnya hutan tidak bernyala, api yang terpasang sepanjang koridor pun malap sahaja dan ditambah lagi sunyi sepi di sana membuatkan kami berdua mempercepatkan langkah supaya cepat sampai ke Bilik.

Sampai je di Bilik, Cuma ada laila sahaja di sana kerana Ina tengah menyidai baju di ampaian. Untuk pengetahuan pembaca semua jarak ampaian dengan bilik agak jauh. Kerana ampaian baju yang Ina guna untuk menyidai berdekatan dengan tandas yang berada di sudut tengah yang mengabungkan wing A dan Wing B. untuk ke ampaian kita perlu melintas 2 atau 3 bilik sebelum belok sedikit untuk sampai ke ampaian. Kalau dilihat dari pintu bilik memang tidak nampak. Laila ketika itu sedang leka bermain Henpon sambil menyambut kedatangan kami berdua. Sementara menunggu Ina menyidai pakaian kami berborak kosong. Laila duduk di katilnya sambil bermain henpon manakala saya dan Min duduk di katil Ina. Kedudukan katil Ina adalah sebelah kanan pintu masuk. Bilamana buka je pintu dari luar terus jumpa katil Ina.

Tidak lama kemudian, Ina masuk ke bilik untuk mengambil sepit baju yang tertinggal dan keluar semula dengan membiarkan pintu terbuka separuh. Dengan posisi baring kami berdua memang boleh nampak suasana di luar bilik. Melihat suasana di luar bilik yang agak malap dan menyeramkan kami berdua Min membuka cerita berkenaan bilik berhantu yang dikhabarkan di Blok 4 (Wing B). Menurut laila, sepanjang berada di sana tiada perkara misteri yang berlaku kepadanya. Tetapi, memang ada dia mendengar cerita mengenai bilik berhantu di situ yang dikhabarkan sudah berapa tahun dibiarkan kosong tanpa berpenghuni. Menurut mereka tingkap bilik tersebut selalu terlihat terbuka apabila waktu malam. Dan kadang-kadang bilik yang berada di bawah mahupun di tepi bilik tersebut selalu mendengar seolah-olah bilik tersebut berpenghuni.

Tengah seronok bercerita, tiba-tiba kami bertiga mendengar bunyi orang berjalan seakan ingin melewati bilik tersebut. Automatik kami bertiga diam dan masing-masing menumpukan perhatian ke pintu kerana masing-masing berfikir Ina yang datang. Namun dalam 3 hingga 5 minit masih tiada siapa yang muncul. Memikirkan kami tersalah dengar, kami pun menyambung semula cerita hantu yang lainnya. Seperti yang pertama tadi, terdengar lagi bunyi orang berjalan mendekati bilik. Kami bertiga pun memasang telinga dan menumpukan perhatian ke pintu untuk melihat siapakah gerangan.

Tengah focus dengan hati berdebar-debar, tiba-tiba muncul tangan dari tepi memegang tombol pintu dan dengan pantas menutup pintu bilik tersebut dengan kuat. Terkejut bagai nak luruh jantung dibuatnya. Memandangkan yang paling dekat dengan pintu adalah saya, jadi yang paling jelas melihat tangan tersebut juga adalah saya. Menurut pandangan saya yang bermata empat ini tangan itu merupakan milik Ina. kerana tangan itu putih dan kurus memang serupa dengan tangan Ina. Jadi, menyangkakan Ina ingin bergurau dengan menakutkan kami, saya terus bangun dari katil dan membuka pintu bertujuan memarahi Ina. Namun sebaliknya saya yang terdiam sendiri di situ. Kerana tiada siapa-siapa di luar bilik mahupun bunyi orang berlari melarikan diri.

Bulu roma semua dah tegak berdiri, kerana kalau dipikirkan takkan secepat itu Ina berlari keampaian yang jauh itu. Tanpa saya sempat melihat kelibatnya. Mendengar tiada suara saya memarahi Ina. Min keluar dari bilik. Dan menanyakan di mana Ina. Saya hanya mampu mengangkat bahu sahaja untuk menjawab pertanyaan Min tadi. Kerana ingin memastikan kebenaran, saya dan Min pun mengambil keputusan menemui Ina di ampaian. Setibanya kami disana, kami berdua melihat Ina tengah sibuk menjawab panggilan henpon di sebelah ampaian yang dah selesai di sidai. Oleh kerana melihat muka kami berdua yang agak pucat. Ina segera menamatkan panggilan pada henponnya dan menemui kami berdua.

Pertanyaan pertama yang di tanya adalah. Kamu berdua kenapa? macam lepas tengok hantu je. Pucat sangat muka tu. Kami berdua berpandangan sesama sendiri sambil menelan air liur. Saya memberanikan diri bertanya adakah Ina ada balik kebilik dan menakutkan kami dengan menutup pintu dengan kuat dengan sengaja.. Malangnya, jawapan yang kami terima adalah Tidak. Sekali lagi jantung bagai nak terkeluar ja dari dada ni. Tanpa tunggu lama saya dan Min apa lagi, minta balik bilik terus je. Tak de dah nak pikir lepak lagi di situ malam tu. Jam pun dah menunjukkan pukul 10 lebih pada ketika tu. Kalau tunggu lama lagi, tiba-tiba si dia mempamirkan satu badan sekali dengan tambahan nyayian sayu tak ke naya. Percuma je pengsan sepanjang malam dekat koridor tu.

Itu sahaja kisah dari saya. Maaf kalau tak berapa seram dan ayat agak tunggang langgang dan tak teratur mahu pun kesalahan ejaaan yang terlepas pandang. Maklumlah, pertama kali mengarang. biasanya hanya buat karangan masa sekolah menengah je. Lama sangat dah tak menulis. Kalau baik datangnya dari allah, yang tak baik datangnya dari diri saya sendiri. Kalau diberi kesempatan mahu pun ada peluang lagi insha Allah saya akan berbagi lagi cerita dengan anda semua. Terima kasih. Jumpa lagi.

Kredit to Naz

CERITA - CERITA SERAMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang