Bab 4 : Thalia's Bedroom

2.3K 297 88
                                    


Sebelum baca tu, istighfar dulu banyak kali.

Astagfirullahalazim

Astagfirullahalazim

Astagfirullahalazim

Ok, dah boleh start

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Bab 4

Dahi sudah basah dek keringat yang tidak berhenti mengalir. Lehernya sudah memerah akibat terlalu lama berpeluh. Tangannya tidak berhenti dari terus menumbuk punching bag. Mulutnya sejak tadi terkunci. Hanya tangan melepaskan geram dan amarah yang menggunung. Dia sanggup taruhkan rasa cintanya kepada Hazran selain Sultan Mursyid. Tetapi hanya dengan sekali lafaz, hubungan mereka retak menanti belah. Hazran memberinya seribu satu rasa cinta dan akhirnya dia meninggalkan Thalia begitu saja.

"Looks like someone is mad of someone."

Suara garau yang bergema dari pintu depan gimnasium membuatkan Thalia terhenti seketika. Terus dia berpaling dan pandangannya tertancap pada satu figura yang sedang melangkah ke arahnya.

Tengku Khalif berjalan santai ke arahnya. Dia hanya berseluar pendek dan tank top berwarna hitam. Rambut perangnya yang serabai membuatkan dia kelihatan lebih kacak. Alis tebal yang cantik itu menambahkan lagi karismanya dengan iris hazel gelap itu. Lekuk di bawah pipi jelas kelihatan tidak ditumbui sedikit pun jambang. Bicepsnya juga kelihatan dan peluhnya mengalir deras di situ. Jelas menunjukkan dia baru saja pulang dari berjoging.

"Buka gloves tu."

Arah Khalif dengan senada. Thalia tidak bergerak. Matanya cuba membaca gerak-geri lelaki itu. Khalif suka cari gaduh apabila mereka berada di gimnasium. Kalau dulu, mereka sering berkelahi di dataran istana kerana berebut pedang. Jadi apa yang dia mahu dari Thalia sekarang?

"Aku bukannya nak makan tangan kau. Jadi buka jelah." Khalif menjenggil geram. Thalia akhirnya membuka sarung tangan pada kedua-dua belah tangannya. Di bahagian depan kekura tangannya sudah kelihatan berbalam-balam. Jemarinya juga sudah kelihatan kemerahan. Apabila dia ingin menggerak-gerakkan tangannya, rasa pergerakannya terbatas. Perlahan suaranya berdesis perlahan.

"The most fearless warrior paling bodoh aku pernah jumpa. Dah tahu marah, kau tak perlu lepaskan rasa marah kau pada benda macam tu." Khalif menujukan ke arah punching bag.

"Pakai semula. Kita sparring. Dah lama aku tak merasa nak tumbuk kau." Khalif turut mencapai sarung tangan berwarna hitam di atas rak kayu sebelum menyarungkan pada tangannya. Thalia sudah tersenyum lebar sambil memakai sarung tangan semula. Dia juga sudah lama tidak merasa ingin menumbuk lelaki ini.

"Macam biasa. Siapa kalah, jadi kuli seminggu." Thalia semakin tersenyum mendengarnya. Selama ni pun Khalif sentiasa kalah dengannya.

"Jangan berlagak sangat. Setakat tangan lebam kau tu, aku boleh patahkan la."

Mereka terus bergerak menuju ke gelanggang gusti. Masing-masing sudah mula meregangkan badan.

"Hari ni, aku nak kau lepaskan semuanya."

Thalia terkedu sendiri. Garang mana pun Khalif, tegas mana pun Khalif, jahat mana pun Khalif, lelaki ini masih mempunyai sifat seorang abang yang melindungi. Hatinya dipaut rasa terharu.

"As you wish." Bibir itu tersenyum lebar.

LIUR diludah kasar ke luar gelanggang. Rahang yang terasa sakit sudah berdenyut-denyut sejak tadi. Tubuhnya tersandar di penjuru gelanggang. Lehernya juga sudah acap kali terteleng ketepi akibat penangan penumbuk kuat Thalia.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Where stories live. Discover now