Bab 2 : She Is Intoxicating

2.5K 315 71
                                    

Thank you my 300+ readers 💖
I appreciate it so much 💝

Bab 2

Selendang hitam dililit kemas pada kepalanya. Jarum disemat dengan cermat sebelum bibirnya dioles dengan pelembap bibir. Seusai subuh tadi, Thalia terus bersiap hendak ke makam Sultan Mursyid. Jubah hitam kosong yang tersarung pada tubuhnya ditepuk perlahan bagi menghilangkan debu bedak talkum. Dia hanya berdandan apabila ingin melawat makam ayahnya saja. Jarang sekali dia ingin mengenakan apa-apa dandanan pada wajahnya melainkan Sultanah Anisa memaksanya.

"Kalau Thalia labuhkan sedikit bahagian dada tu kan nampak lagi cantik."

Susuk tubuh Tengku Hanis mula kelihatan melalui pantulan cermin meja soleknya. Thalia hanya diam tidak menjawab. Baru saja dia hendak berlalu keluar, Tengku Hanis pantas menahan. Bahu Thalia ditolak perlahan sebelum tangannya mula menanggalkan jarum peniti di selendang Thalia.

Thalia hanya mendiamkan diri dan matanya tidak beralih dari merenung sepasang mata hazel pekat milik Hanis. Iris yang sentiasa memberi pandangan lembut kepada sesiapa pun yang memandangnya. Puteri kedua yang sentiasa meraih pujian orang ramai. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada Thalia. Hanis layak menerimanya. Hanis jauh lebih layak berbandingnya.

"See. Thalia nampak lagi cantik bila pakai tudung." Hanis tersenyum teruja melihat Thalia bertudung labuh. Tubuh genit Thalia lagi mencuitkan hatinya.

"Tapi...Thalia nak ke mana ni? Nak akak temankan?" Wajah Hanis berubah risau. Jarang dia melihat Thalia keluar dari istana seorang diri. Selalunya dia akan memberitahu Hanis dan ditemani oleh mana-mana abangnya.

"Nak jumpa ayah." Mata Thalia memandang tepat ke arah iris milik Hanis. Wajahnya menayang riak kosong seperti tiada perasaan.

"Akak temankan ya?" Terpancar wajah Hanis yang penuh harapan, berharap Thalia mengizinkan dia pergi bersama.

"Tak perlu. Kat luar bahaya." Thalia pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Sempat dia terdengar Hanis tertawa kecil. Bukannya mereka tak pernah keluar bersama. Hari yang mereka keluar dari istana untuk ke pantai member satu pengajaran kepada Hanis untuk memakai pakaian lebih tertutup selepas ini. Hanis tak sudah-sudah diusik oleh para pedagang di persisiran pantai. Nasib baik Thalia ada bersamanya

"Risau juga Thalia kat akak. Tapi, kan bagus kalau akak ikut sama. Akak boleh tahu siapa ayah kita." Tengku Hanis tersenyum nipis. Cuba merayu pada Thalia untuk membenarkan dia pergi.

Thalia terdiam lama. Selama 15 tahun dia hidup tanpa ayah kandungnya, belum pernah dia bawa sesiapa untuk menemaninya untuk menziarahi makam Sultan Mursyid. Bahkan tiada sesiapa yang tahu bila dia pergi dan bila masa dia pulang. Sultanah Anisa juga dia tidak pernah nampak wanita itu ke sana. Malah sibuk dengan keluarga baru. Fikirnya tiada siapa lagi yang akan teringatkan Sultan Mursyid. Tetapi kehadiran Hanis membuatkan dia terkedu seketika. Masih ada insan yang teringatkan cinta hati Thalia itu.

"Kau serius ke?" Suara Thalia bergetar. Bebola matanya yang menghangat sedaya-upaya menahan air mata. Hatinya terharu dan rasa tersentuh dengan keprihatinan Hanis. Adakah Hanis tidak memberi harapan palsu kepadanya?

"Ya, Thalia. Akak selalu tengok Thalia pergi sendiri. Apa kata kali ni, kita pergi jumpa ayah kita?" Hanis masih memujuk Thalia. Hatinya turut tersentuh melihat Thalia. Mata gadis kecil itu mula berkaca seakan-akan diberi secebis rasa kasih yang telah lama dia lupakan.

" Jom. Ayah mesti dah lama tunggu."

TANGANNYA memegang erat jag kaca yang sudah kosong. Makam Sultan Mursyid dipandang sayu oleh dua orang gadis itu. Masing-masing duduk melutut dan memegang batu nisan. Usai bacaan Yaassin tadi, mereka kembali menyepi dan langsung tidak bersuara.

Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ]Where stories live. Discover now