01

1K 115 15
                                    

"Aku rasa baik kau bawa anak kau ni pergi jumpa doktor mental. Dah macam orang kurang siuman aku tengok dia. Cakap sorang-sorang pula tu" bisik Seulji, jirannya kepada ibunya. Yeonjoo memekakkan telinga. Dia segera menapak masuk ke dalam bilik.

"Aku tak gila. Kenapa semua orang cakap aku gila?" kata Yeonjoo sebaik sahaja mengunci pintu bilik. Dia terus menghentak kepalanya ke dinding.

"Dah janganlah. Biarlah orang nak kata apa." kata 'seseorang' sambil tangannya menahan kepala Yeonjoo daripada dihentak ke dinding. Yeonjoo memandangnya tajam.

"Kau tak faham! Kau tu khayalan aku je! Aku ni manusia! Lain tau tak!" jerit Yeonjoo. Mukanya sudah merah padam menahan marah.

"Alah janganlah macam ni. Kau kan budak baik." katanya. Tangannya mengusap-ngusap lembut rambut Yeonjoo.

"Kau boleh berambus tak San!" jerkahnya. Kali ini tangan San direntap. San hanya tersenyum.

"Aku akan sentiasa berada di sisi kau. Kau lupa?"

"Aku tak perlukan kau. Kau menyusahkan hidup aku." kata Yeonjoo. Lembut dia berbicara. San tersenyum lagi.

"Kau masih perlukan aku tak kira apa pun." katanya lalu ghaib. Yeonjoo mengeluh.

TBC

[C] FANTASI | SANWhere stories live. Discover now