BAB 4

4.5K 73 1
                                    

IZZAD merenung lama permandangan di luar tingkap bilik pejabatnya. Tangan diraup ke muka yang kelihatan sedikit pucat. Dia tidak sedap badan hari ini. Hendak ke klinik, dia ada mesyuarat penting sebentar lagi. Segala dokumen yang perlu disemak dipandang sekilas. Kalau kerana kerja, dia sanggup lakukan apa sahaja. Tidak tidur beberapa hari kerana menguruskan projek sudah menjadi perkara biasa. Bagi Izzad, kerja sentiasa didahulukan. Dia tidak mahu apa yang telah dicapainya setakat ini akan hancur.

"Encik Izzad, bahagian pembangunan projek sudah menunggu di bilik mesyuarat." Setiausaha Izzad berdiri di muka pintu bilik.

"Thanks Lily. Nanti awak tolong call Adam, cakap dengan dia siapkan kereta. Habis mesyuarat saya ada hal nak keluar," pesan Izzad sambil mencapai kot dan disarungkan ke tubuh sementara Lily mengambil semua dokumen yang perlu dibawa ke bilik mesyuarat.

"Err... Encik Izzad tak sihat ke? Muka nampak pucat," tegur Lily perlahan.

Selalunya lelaki itu tidaklah kelihatan sebegitu rupa. Biasanya wajah kacak itu akan segar dan berseri-seri. Izzad tersenyum tawar.

"Saya okey. Thanks Lily."

Izzad melangkah diikuti Lily di belakang. Izzad menarik nafas panjang sebelum menolak pintu bilik mesyuarat. Dia boleh dikatakan antara anak muda yang tidak mengenal erti penat dan putus asa. Untuk mendapat apa yang diingini, dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Mungkin kerana faktor itulah, ramai klien tidak pernah merungut dan perjalanan syarikat dapat dijalankan sehingga segah ini.


++++

"KAU nak ke mana Izzad?" soal Adam sambil memandu keluar dari perkarangan syarikat. Izzad di sebelahnya hanya memejamkan mata.

"Klinik. Kau bawalah mana-mana klinik yang terdekat." Izzad membuka mata. Kot yang tersarung di badan, ditanggalkan.

"Kau pergi klinik? Biar betul? Kau kan takut dengan hospital dan klinik," gurau Adam. Izzad tersenyum kecil.

"Memanglah. Ikutkan hati aku tak nak pergi. Tapi, aku memang rasa tak sedap badan ni. Tak selesa," luah Izzad. Mukanya sudah sedikit merah.

"Aku rasa kau nak demam ni. Itulah, kerja kuat sangat," bebel Adam.

Izzad sudah kenal benar dengan Adam. Kalau bab membebel boleh tahan juga. Tapi, Adam memang kawan yang baik. Susah untuk mendapat kawan yang sehati sejiwa dengannya. Adam memberhentikan keretanya di hadapan Klinik Bahagia. Izzad yang sudah tertidur dikejutnya. Sempat Adam merasa dahi Izzad. Memang panas.

"Kita dah sampai." Beritahu Adam sambil keluar dari kereta.

"Hmm..." Izzad melangkah lemah. Sendinya terasa sakit. Rasanya mahu berjalan pun dia tidak larat. Seperti mahu pulang dan tidur.

"Kau duduk dulu. Aku pergi daftar." Adam mengambil kad pengenalan Izzad dan berjalan ke kaunter. Beberapa minit kemudian, Adam kembali.

Selepas beberapa minit, nama Izzad dipanggil. Izzad melangkah ke bilik doktor. Dia duduk sambil memandang doktor lelaki yang agak berumur di depannya.

"Encik Izzad, what's your problem?" Doktor yang memakai tanda nama Hamzah itu tersenyum pendek.

"Saya rasa tak sedap badan," jawab Izzad perlahan.

"Okay. Kalau macam tu, saya akan mulakan pemeriksaan." Doktor Hamzah mengambil suhu badan dan memeriksa tekanan darah Izzad. Kemudian dia mencatit sesuatu di kertas. Doktor Hamzah memandang lama muka Izzad yang pucat dan lesu.

"Suhu badan Encik Izzad agak tinggi. Ada rasa sakit-sakit sendi?"

"Betul. Sendi dan tulang belakang saya sakit. Dah dekat dua minggu. Dan saya selalu sakit kepala."

CALON ISTERI JUTAWAN (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now